24 Mac 2012

Kes Anak Nazri Aziz Dituduh Pukul Pengawal Akan Disembunyikan?

Satu lagi jenayah tersembunyi yang dilindungi UMNO bakal berlaku, kali imi melibatkan anak lelaki Nazri Aziz, menteri di jabatan perdana menteri.

Anak Nazri, Mohd Nedim Mohd Nazri Aziz, didakwa memandu Porschenya ke satu bangunan kondominium di Mont Kiara diekori pengawal peribadinya dengan sebuah MPV, terlibat dalam satu pergaduhan dengan penyelia keselamatan bangunan tersebut,

Ini bukan kes keganasan pertama melibatkan anak lelaki Nazri. Tahun 2004, seorang pelajar undang-undang berusia 23 tahun Darren Kang dipukul hingga mati oleh sekumpulan pekerja restoran di Desa Sri hartamas, berhampiran Mont Kiara, setelah satu selisih fahan yang melibatkan anak Nazri. Pekerja-pekerja tersebut- 10 warga Thai dan seorang warga tempatan ditangkap. Manakala anak Nazri dibebaskan selepas soalsiasat polis.

“Ketika ini, untuk berlaku adil pada semua pihak, perlu ada siasatan lanjut.Lapuran yang dibuat kepada polis oleh kedua dua pihak dan maklumat mesti didedahkan. Tidak harus ada apa-apa yang disembunyikan.Apa berlaku dimasa lalu tidak harus dibiarkan berulang samula- bukan sekrang di tahun 2012,” Timbalan Presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

“Tambahan lagi, harus ada penjelasan kenapa anak lelaki Nazri mempunyai banyak wang dan memandu Porsche, perlukan pengawal peribadu yang memamdu MPV. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia patut terus bertindal dan bukan purapura tidak sedar keadaan ini. Kes jenis ini menunggjukkan keangkuhan keluarga elit Umno. Malah kerabat diraja juga tiada hak untuk membuli orangramai, tanpa mengira samada mereka rakyat Malaysia atau pekerja asing, golongan profesional atau buruh.”

Tahap keangkuhan yang mengejutkan

Ketua Polis Daerah Brickfieds Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan menerima 2 lapuran polis berkaitan insiden itu. Anak lelaki Nazri, Mohd Nedim Mohd Nazri Aziz, didakwa memukul penyelia keselamatan di sebuah kondominium pada malam Selasa lepas.

“Kes ini diklasifikasikan dibawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan melakukan kekecohan di tempat awam,”
Ketua Polis Wan Abdul Bari dilaporkan berkata. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Kedua laporan polis tersebut dipercayai dibuat oleh pengawal peribadi Nedim dan penyelia keselamatan berusia 50an dan mengalami lebam. Penyelia itu yang awal membuat lapuran di Balai Polis Jalan Travers, pada malam kejadian selepas menjalani pemeriksaan di sebuah hospital.

Menurut lapuran berita, penyelia tersebut mahu Nedim mendaftar nama sebelum membenarkan nya memnadu masuk dengan Prosche nya, tetapi Nedim enggan menurut. Nedim dipercayai baru mendirikan rumahtangga. Pengawal peribadi nya kemudian memberitahu pengawal keselamatan Nedim ialah seorang ’Tengku’ atau kerabat diraja, tetapi penyelia itu masih berkeras..

Naik marah, Nedim didakwa turun dari kereta, mencekik leher penyelia dan menumbuk kepala nya sementara pengawal peribadi nya memegang penyelia tersebut. “ Penyelia itu tidak dapat melawan kerana dipegang oleh pengawala peribadi,” satu sumber dari pengurusan kondominium dilaporkan berkata.

Dilaporkan juga pihak pengurusan kondominium diberi tekanan hebat untuk melindungi kes ini.

Cerita dari pengawal peribadi

Satu lagi laporan polis oleh pengawal peribadi Nedim bagi pihak majikan nya di balai yang sama. Pengawal itu mengaku ada kekecohan dan menuduh penyelia itu menimbulkan provokasi dengan berkelakuan biadap.

Menurut sumber dari pihak Nedim, penyelia itu yang mula menumbuk pengawal peribadi dan mencabar pengawal tersebut untuk bertumbuk. Pengawal peribadi Nedim kemudian menendang perut penyelia itu manakala penyelia itu menumbuk muka pengawal peribadi. -Malaysia Chronicle

Pengawal keselamatan dakwa diserang anak menteri

Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara pada malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa dua laporan polis berkaitan dengan kejadian itu telah dibuat.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan," katanya, yang keberatan memberikan butiran lanjut kes itu.

Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu. Beliau enggan mengulas lanjut dan berkata butiran kejadian perlu dirujuk kepada polis.

Menurut sumber, kejadian berkenaan sempat dirakamkan melalui kamera CCTV.

Pengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya ‘menutup’ kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka.

Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium teresebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatnnya yang memandu sebuah MPV mewah.

Pengawal peribadi itu dilaporkan turun dari kenderaannya untuk mendaftar butir-butir peribadi bagi tetamu yang melawat bangunan itu tetapi pengawal kondominium berkeras bahawa kedua-dua pemandu mesti berbuat demikian secara berasingan.

Ini menyebabkan pertengkaran hangat dan penyelia keselamatan dipanggil bagi menyelesaikan masalah itu tetapi perkara sebaliknya berlaku. -mk




9 ulasan:

Amuraria berkata...

NAPAK GAYA KES NANTI SEPI LOR ;)

Waris berkata...

Jawapannya mudah saja... humbankan BN dalam pru13 kemudian bicarakan menteri dan anak anaknya sekali. Kalau salah sumbatkan dalam penjara. Baru ada akal sikit.

Tanpa Nama berkata...

ha ha ha bacul punya jantan!

berani sebab ada bodyguard!
berani tumbuk org dah berumur!!

kalau one to one mesti mencicit lari tak cukup tanah!

bapak samseng, anak pun samseng!

lain kali kalau nak memb***t, baca laa doa apa yg patut. baru laa keluar anak yg elok!

ha ha ha dah la botak, bingai pulak, melayu lagi ahakss

Tanpa Nama berkata...

anak dengan bapak sama je...tengok muka pun dah tau...muka kuat rasuah..masa main nazri x baca niat tu...

opisboi berkata...

jgn buat pitenahla dia org main lat ta li lat tam plom & tene-teng tapi sbbkan penyelia tu ada darah tinggi tetiba pitam kemudian di pegang olih bodigad..anak najeri ini adalah salah seorg para wali melayu yg thap makamnya mcm agung tidak perna buat dosa..cume korang jer suke berdengki jeles dgn anaknya yg wakrak itu.

Tanpa Nama berkata...

bila la rakyat malaysia ni nak tukar kerajaan sekali... buleh buat shopping list untuk orang-orang yang patut dihantar ke penjara... termasuk yang empat tahil tuh...

Tanpa Nama berkata...

Malaysia boleh

Ngah Phg berkata...

org umno ni dah hidup mcm raja..anak2 pun melampau biadap. .rakyat ada jawapan umno..siapkan kubor kau masa PRU13 NI..kami pun dah melampau meluat kat umno ni..

Tanpa Nama berkata...

Jangan banyak cakap..pru13 ini buat keputusan dengan bijaksana. Mendidih dah ni...