6 Mac 2012

[KEJI] Ibu Rakam Teman Lelakinya Ratah Anak Sendiri Berusia 11 Tahun

Seorang janda bukan sahaja bertindak keji membiarkan anaknya diratah teman lelakinya, malah tambah jijik dia tergamak merakam aksi rogol itu menggunakan telefon bimbit untuk kepuasan nafsu. Gambar Fail

Nasib kanak-kanak berusia 11 tahun itu mendapat pembelaan apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun terhadap wanita itu kerana bersubahat dengan teman lelakinya merogol mangsa, tiga tahun lalu.

Hakim Latifah Mohd Tahar turut menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 15 sebatan terhadap tertuduh Ma Kassim Sirat, 44.

Ma Kassim, pemandu teksi, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol mangsa di sebuah pangsapuri di Rawang pada 12 tengah malam, pertengahan Disember 2009 dan 30 Januari 2010, dan jam 10 malam, Mac 2010.

Sementara itu, ibu kanak-kanak itu didakwa bersubahat dengan teman lelakinya di tempat dan masa yang sama.


Pasangan kekasih itu didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Peguam Roland Engan dan M Hafiz Zainol Abidin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira pengakuan salah anak guamnya yang telah insaf dan menyesal.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Hemy Annerina Haja Mydin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana peranan ibu mangsa yang bersubahat dalam kes itu amat mendukacitakan.

"Perkara ini menyedihkan kerana ia tidak pernah didengar dalam mana-mana kes sebelum ini," katanya.

Beliau yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya R Kalaiyarasi berkata, mahkamah perlu mengambil kira kesan terhadap mangsa yang trauma sepanjang hayat akibat perbuatan kedua-dua tertuduh.

"Setiap hari, mangsa akan tertanya-tanya mengapa ibunya sendiri tidak menyelamatkannya (dari kejadian rogol). Hanya disebabkan oleh nafsu kedua-dua tertuduh, mangsa berdepan titik hitam dalam hidupnya. Kecederaan fizikal boleh diperbaiki, tetapi tidak emosi," katanya.

Berdasarkan keterangan mangsa, ibu memanggilnya masuk ke bilik tidur sebelum Ma Kassim merogolnya.

Pada kejadian kedua, ibu mengumpan mangsa dengan hadiah sempena hari lahir dan pada kejadian terakhir, wanita itu merakam perbuatan terkutuk lelaki itu. -SH

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

elok sgt kedua2 yg perbuatan keji itu disimpankan dlm penjara. Mudah2an beliau taubat dan mendirikan ibadat sehingga akhir hayatnya

Akhir zaman berkata...

kerje gila oleh ibu sendiri...mmg betul dunia nak kiamat...

Tanpa Nama berkata...

Keturunan Babi dua ekor nie.dua ekor nie mau sula ja sampai mampos.Panas ati betol la.xpasal2 aku maki org..

Tanpa Nama berkata...

Sedap sekejap, merana bertahun ...

Tanpa Nama berkata...

Entahlah tak tahu apa nak jadi. ditelan mati bapak diluah muntah punah ranah. sume bersalah dalam hal ini termasuk ketua kampung

ko manusia setan berkata...

aku rasa ada yg tak kena dgn ibu dia dgn setan yg bawa teksi ni.mungkin dua2 menagih dadah atau suka tgk video lucah.tapi kalau manusia normal mmg tak sanggup buat mcm ni

Laman Sis Nurul berkata...

Sedih sangat bila baca artikel nie.. Seorang ibu itu seorang yang begitu mulia.. Ibu sepatutnya menjadi perlindung dan sumber kekuatan kpd ank2nya.. tp kmana pergi kmuliaan ibu ini? Mana sumber kekuatan yg sharusnya dberikn kpd anaknya? Mana perisai pelindung utk anknya? Malahan snggup mnjdkn ank kandung sndiri sbg pmuas nafsu.. Smoga Allah mberikan Hidayah kpd ibu ini.. Dan smoga ibu2 d luar sana mngambil pngajaran dan ikhtibar drpd kes ini... Jdlah seorang ibu sbgmana Mariam mmelihara Nabi Isa dulu.. Sesungguhnya darjat seorang ibu begitu tinggi..

Tanpa Nama berkata...

Speechless....