22 Mac 2012

Akar Umbi Panggil Wanita UMNO Lembu, Shahrizat Perlu Letak Jawatan Dalam UMNO - Kamelia

Kuala Lumpur: Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menggesa sekali lagi agar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan beliau (sebagai Ketua Umno) bagi mengekalkan "kredibiliti parti, sayap, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.”

Beliau berkata, perletakan jawatan Shahrizat sebagai menteri setelah tempoh senatornya tamat pada 8 April adalah tidak mencukupi, perlu juga sekali dengan kepimpinannya dalam Wanita Umno dan Wanita BN, terutama menjelangnya pilihan raya umum akan datang.

Beliau menambah, ia mengenai tanggapan masyarakat bahawa terdapat sesuatu “yang salah dari segi moral dan politik” berdasarkan cara Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp), yang diuruskan oleh suami dan anak-anak Sharizat menggunakan pinjaman kerajaan.

"Apabila ia melibatkan dana awam, ia melibatkan rakyat. Masyarakat melihat ia sebagai isu negara yang telah mencemarkan imej Kerajaan. Masyarakat mempersoalkan bagaimana NFCorp boleh mendapat pinjaman yang besar dengan kadar faedah hanya 2 peratus dan diberikan tempoh lima tahun sebelum pembayaran balik sedangkan begitu sukar bagi rakyat biasa mendapatkan pinjaman.

"Dan mereka bertanya bagaimana NFCorp boleh membeli kereta dan unit-unit kondominium dengan pinjaman yang dimaksudkan untuk (membeli) lembu," katanya dalam satu temu bual.

"Kredibiliti kami dipertaruhkan. Saya telah pergi ke peringkat akar umbi dan ini secara umumnya apa yang mereka kata. Mereka mendapati sukar untuk bertemu dengan rakyat kerana imej pemimpin mereka (Shahrizat) tercemar.

"Masyarakat 'mempermainkan' Wanita dan memanggil kami 'lembu'. Akar umbi Wanita mengatakan mereka susah nak kerja (sukar untuk bekerja dengan isu yang sedang berlaku ke atas ketua mereka). Dan pembangkang pula memberitahu kami bahawa kami tidak perlu berbuat apa-apa kerana ia akan membuat kerja mereka (untuk pilihan raya umum) lebih mudah.

"Sebagai seorang pemimpin, kita perlu mendengar apa yang akar umbi berkata."

Kamilia mengulas perkara berkenaan dua hari sebelum Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadualkan untuk bertemu dengan pergerakan Wanita.

Beliau berkata, Najib telah menjelaskan bahawa beliau tidak mahu Shahrizat untuk terus menjadi menteri dan kini terpulang kepada Wanita untuk memutuskan sama ada masih boleh menerima beliau sebagai pemimpin yang diingini.

"Sebagai naib ketua, saya perlu melakukan apa yang terbaik untuk parti dan negara. Saya mungkin tidak popular tetapi saya bersedia untuk menerimanya kerana ia adalah sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab saya. Demi kepentingan parti dan Wanita, dia harus pergi," katanya.

Beliau menjelaskan, adalah sesuatu yang pelik bagi Shahrizat berkempen untuk sebuah kerajaan yang bersih, adil dan baik.

"Kami akan serahkan kepada kebijaksanaan beliau terlebih dahulu. Sebagai seorang pemimpin, dia sepatutnya dapat menilai sendiri. Takkan kita nak beritahu (jangan katakan yang kami perlu beritahu apa yang anda perlu lakukan).” -mstar


Ulasan GB

Apa yang GB tulis dulu dah jadi kenyataan. GB dah ulas dulu. Petikan:

Apa yang rakyat tahu sekarang melihat muka Shahrizat teringatkan muka lembu, begitu juga melihat muka Najib, Muhyiddin, Pak lah, Noh Omar & Khairy, termasuk peguam NFC, orang akan segera terbayang wajah-wajah lembu di Feedlot. Atau melihat wajah-wajah lembu, segera teringat muka-muka menteri UMNO itu. Salah siapa?


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




9 ulasan:

Sinner berkata...

What goes around comes around..

Tu la Shahrizat, dulu ko wat kat Kak Pidah.. skrg ko kena taik yg sama.. malah lagi teruk.

Silap la dok dlm lubang taik, pusing kot mana pun tetap terpalit taik..

Awanama berkata...

Mujur lembu x leh ngundi..hahaha

kahkah berkata...

Mada dia geng yang dok kipas Kak Jat hari tu ? Haa la ni awat tak pertahan Kak Jat ? Kipas la kuat-kuat. Dasar Pengampu !

Amuraria berkata...

TENGOK UMNO-BN NAMPAK LEMBU KAHKAHKAH !

Awanama berkata...

Mana pergi puak2 yang dok bersorak masa kat Jat sinsing lengan ari tuu....Ari tu kemain lagi...Dasar penjilat x sudah2...

Awanama berkata...

Jika shahrizat letak jawatan maka lembu akan bertukar semula jadi orang...? gitu..?

No..no...no...no..no..no...

Mulanya hanye seekor lembu daripada 'lembagalembu' yang dapat dibongkar oleh Pakatan Rakyat. Itupun peringkat mula dulu berabis nafi sana sini. Akhirnya ape yang dibongkar itu adalah hakikat.

Rupanya ada sekor lagi lembu mula mengamok kerana malau jadi lembu.

Bukankah umngok itu 'lembu' yang dilembagakan oleh british sebelum angkat kaki dari melaya dulu..?

Jika taknak jadi lembu maka kamu semua kena tinggalkan parti lembu tajaaan british dulu tuh...

mau kamu...?

kahkah berkata...

Eh eh eh kalau dapat la wahai GB, dipaparkan balik foto2 geng pengipas, pengampu dan penjilll tu tentu menarik. Tengok sikit apa brand mereka nie, kah kah

din rela berkata...

Awat la yang tongong sangat Zabariah nie, orang semua nak tolak Kak Jat, dia dok mau juugak. Kita kena sayang parti bukan sayang pemimpin !

Awanama berkata...

memang ada orang UMNO yang macam lembu dicucuk hidung