4 Feb 2012

[WASPADA] Ibu Tunggal Derita Tulang Reput Akibat Makan Jamu Mengandungi Steroid

Derita kerana jamu, steroid punca tulang reput

KUANTAN - Niat seorang ibu tunggal untuk mening­kat­kan kecergasan badan akhir­nya menderita apabila tulang pinggul kirinya pecah dua tahun lalu akibat pe­ngam­bilan jamu yang dipercayai mengandungi steroid.

Kamisah Abdul Rashid, 52, berkata, dia yang menjual barangan jualan lang­sung mengambil jamu itu selepas di­perkenalkan rakan dan mencubanya tiga tahun lalu.

Menurutnya, selepas pe­ngambilan ja­mu itu dia menjadi lebih bertenaga se­hinggalah dia terjatuh dari kerusi.

“Selepas kejadian itu, dok­tor menge­sahkan saya me­nga­lami osteoporosis ia­itu tulang reput menyebabkan tulang pinggul saya pecah akibat hentakan kuat ketika jatuh.

“Malah doktor mengata­kan terdapat kandungan ste­roid dalam badan saya me­nyebabkan tulang reput.

“Saya terpaksa tinggal di wad selama sebulan untuk me­nerima rawatan di Hos­pital Tengku Ampuan Afzan (HTAA),” katanya ketika di­temui pada Program Ziarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di rumahnya di Ta­man LKNP Bukit Setongkol.

Hadir menyampaikan sumbangan, Pengerusi Ma­yang Parlimen Indera Mah­kota, Datuk Mohd Hazmi Yusof.

Kamisah yang juga ibu kepada tiga cahaya mata ter­paksa berpindah ke rumah ibu bapanya, Abdul Rashid Ali, 76, dan Siti Zaharah Em­bong, 75, di Taman LKNP kerana memerlukan perhatian kerana tidak mampu me­nguruskan diri sejak kejadian itu.

Katanya, dia kini hanya mampu ter­baring dan mengguling-guling badannya untuk bergerak.

“Kalau boleh saya mahu sembuh se­perti biasa tetapi mungkin harapan tipis kerana saya tidak boleh menjalani pem­bedahan kerana ada masalah paru-paru.

“Nasib baik anak kedua, Nor Zaleha, 19, yang sedang belajar di Ikip boleh me­nguruskan saya,” katanya.

Kamisah berkata, sejak ja­tuh sakit, perbelanjaan dia anak-beranak hanya bergan­tung pada duit simpanan yang tidak seberapa.

“Kesulitan itu menyebab­kan anak bongsu, Muhammad Amirul Hassan, 18, membuat keputusan untuk tidak me­lanjutkan pelajaran sebaliknya bekerja untuk menampung perbelanjaan kami,” katanya.

Sementara itu, Mohd Haz­mi berkata, dia akan mem­beri bantuan sewajarnya kepada Kamisah bagi mengurangkan penderitaan ibu tunggal itu.

“Dia memohon untuk mendapatkan kerusi roda yang sesuai dan kita akan usahakannya,” katanya.

3 ulasan:

medic berkata...

Assalamualaikum , saya juga pernah kena akibat/kesan seperti pengambilan steroid ni . sy mengambilnya untuk mengubati resdung saya (hidung saya tersumbat menyukarkan sy untuk meneruskan hidup dengan normal dan menumpukan kpd pelajaran ) . setelah mengambilan suntikan dan pil yang dipercayai mengandungi steroid , badan saya menjadi bertambah gemuk dan berjerawat di sekitar badan . percernaan saya juga bermasalah, tubuh menjadi letih , tidak cergas.. Sungguh berbahaya kesannya. Ini yang dizahirkan luaran .Setelah disyaki mengandungi steroid bahan-bahan y sy ambil itu, sy tidak mengambilnya selepas itu, nasihat daripada ibu sy juga.. setelah lebih kurang setahun , badan sy beransur cergas dan pulih sy rasa.. Alhamdulillah ... berkenaan suntikan y sy nyatakan di atas, sy pernah mngambilnya suntikan y dipercayai mengandungi steroid ini drpd seorang Doktor y agaknya tidak bertanggungjawab kerana dan memntingkan wang ringgit terus menjual suntikan steroid itu walaupun membhayakan pelanggannya (saya) .. satu suntikan lebih kurang 150 ringgit.... dan pil pula sy perolehi dari sesorang seperti bomoh kampung ...nasib baik sy tahu/terkesan kandungan steroid ini sebelum perkara lebih teruk terjadi ..yang mungkin paling teruk setelah pengambilan sesuatu y mngandungi steroid ialah berat badan bertambah dan tubuh bertambah gemuk ..

Tanpa Nama berkata...

Bole tak beritau ciri2 bahan2 yg mengandungi steroid tu? Sbb klu disiarkan jenama jamu, kopi ke, ubat dll, nampaknya tak boleh, silap2 haribulan kena saman.

Betul tak? Apa lagi le kat Msia ni.

Sapa2 ada maklumat, sila beritahu ye, sekurang2 ramai yg dapat manfaat, pahala sbb menolong.