23 Feb 2012

Wajah Imam Hosnan Yang Membaling Kasut Kepada Panel Hakim Mahkamah Persekutuan

Imam 'BERSIH' baling kasut ke arah hakim

Seorang imam yang diusir dari kuarters kediamannya atas dakwaan masalah disiplin bertindak membaling kasutnya ke arah panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini.

Kejadian sekitar jam 10 pagi itu berlaku apabila Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin menolak permohonannya supaya diberi kebenaran membuat rayuan.

Ini berikutan bantahan yang dibangkitkan oleh peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Zulkifli Che Yong bahawa afidavit imam itu difailkan di luar dari masa yang ditetapkan.

Imam berkenaan, Hoslan Hussain, yang tidak diwakili berdiri di barisan meja berhampiran pegawai pendakwa raya dan peguam semasa permohonan itu.

Difahamkan Hoslan merayu kepada Hakim Zulkefli supaya berlembut dan membenarkan permohonannya itu tetapi tetapi hakim dilaporkan mahkamah terpaksa membenarkan bantahan kerana ia mengikut undang-undang.

Hakim Zulkefli cuba menenangkan Hoslan tetapi beliau dikatakan tidak mahu mendengar alasan berkenaan tetapi sebaliknya mencampakkan kasutnya ke arah panel hakim yang hampir mengenai seorang daripda mereka.

Dua lagi hakim yang bersidang bersama pagi ini adalah Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari.

Berikutan kejadian ini, polis yang mengendalikan perbicaraan mahkamah memegang Hoslan dan cuba menenangkan beliau.

Adalah difahamkan bahawa ahli panel tiga hakim tidak membuat apa-apa perintah berhubung tindakannya yang menghina mahkamah itu.

Demi keadlilan

Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini, Hoslan berkata, rungutannya bukan tentang pengusiran, tetapi demi keadilan, kerana beliau telah membangkitkan dakwaan rasuah dan penyalahgunaan tabung di Masjid Ar Rahimah dan isu-isu berkaitan tidak dilayan.

Beliau mendakwa banyak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga pihak polis berhubung dakwaan penyalahgunaan berkenaan, tetapi tiada tindakan.

Malah, dakwanya, Umno turut terbabit menggunakan MAIWP untuk menyingkirkannya.

Menurut Hoslan, beliau menjadi imam rawatib sejak tahun 2005 dan sebelum itu, beliau merupakan bilal di masjid berkenaan.

Katanya, beliau tidak diwakili peguam dalam semua kes mahkamah, bukan kerana beliau tidak mampu, tetapi kerana MAIWP telah menggantung gajinya.


Hoslan juga mengaku menjadi penyokong kuat pembangkang, terutama PAS, dan berkata beliau turut membantu pada setiap kempen pilihan raya kecil yang disertai parti itu.

Ketika kemuncak BERSIH 2,0 tahun lalu, katanya, khutbah Jumaat di masjidnya menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan berkenaan.

Namun, sebaik mendengar khutbah itu Hoslan berkata, beliau mengangkat jubahnya sebagai protes di hadapan jemaah, untuk menunjukkan baju-T BERSIH yang dipakainya. -mk

Ulasan GB

Panel 3 hakim mahkamah Persekutuan yang bersidang sepatutnya tidak terlalu rigid dengan hanya mendengar pendakwa raya semata-mata kerana bantahan itu mengikut undang-undang.

Sebagai mahkamah tertinggi di dalam institusi kehakiman, rayuan yang ingin dikemukakan oleh Imam Hoslan berkenaan adalah "peluang terakhir" baginya untuk membuat rayuan dan demi kebenaran dan keadilan, panel hakim sebaik-baiknya berlembut dan mendengar rayuan tertuduh.

Namun tindakan para hakim berkenaan yang rigid menjadikan yang tertuduh tidak dapat mengemukakan rayuannya lalu hilang sabar dan bertindak membaling kasutnya dengan tidak lagi mengindahkan apa pun risiko yang bakal dihadapinya.

Peristiwa di atas sepatutnya membuka mata dan memeri pengajaran kepada para hakim di negara ini.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Padan muka

delaila berkata...

dah lama menunggu hakim2 kat Malaysia kena baling dengan kasut.

banyak sangat hakim jahat...

Tanpa Nama berkata...

Kat rakyat bawahan hakim2 bertindak macam SINGA.
tAPI, BILA BERSEMUKA DGN PEMIMPIN DDAN PENGUASA2 UMNO-BN, HILANG TERUS TARING SINGA TU.

DIMANA KEADILAN?????

Tanpa Nama berkata...

Dimana peguam PAS dalam hal ini?penyokong marhaen diabaikan begitu sahaj..kesian

Tanpa Nama berkata...

para-para hakim yang dikatakan adil lagi bijaksana... buatlah keputusan seadilnya... kerana tuan-tuan akan dipersoalkan kelak diakhirat... ingat tuan-tuan hakim sesungguhnya akhirat itu nyata dan disitu tuan-tuan hakim akan dibicarakan pula... ingatttttt tuan hakim... bertemu kita di sana...

Tanpa Nama berkata...

hari ini dlm sejarah. Alah.... biasa le tu.. kisah dulu2 biasa dengar.

Padan muka hakim. Imam tu mmg nekad dah, tak de hal pada dia.

kembara putih berkata...

Nampaknya hakim, mahkamah dan polis telah dibeli UMNO. Pokok pangkal kepada perkara ini adalah penyelewengan dana masjid oleh UMNO, dan entiti2 ini cuba melindunginya dari terbongkar.

nidzamzam berkata...

ALLAHUAKBAR....Itu lah tanda nya rakyat tidak lagi menghormati mahkamah dan para hakim. Hakim yang zalim memang patut di ajar. Tak tidur malam di buat nya. Tumbangkan BN PRU13

nidzamzam berkata...

HAKIM KANGAROO MEMANG PATUT KENA MCAM TU.

Tanpa Nama berkata...

Hakim dan peguam dapat projek buat lebuhraya

Tanpa Nama berkata...

Sabar dan buat tindakan itu lah cara kita utk menunjukkan kemarahan kita..
itu lah sebaik2 iman...dgn tindakan.
tp jgn takut rezqi allahswt yg beri bukan mknusia.......