23 Feb 2012

Pasangan Dicekup Kali Kedua

Batu Pahat – Sepasang kekasih yang pernah dicekup berkhalwat di daerah ini Januari lalu, dicekup buat kali kedua di sebuah hotel murah di sini, petang semalam.

Pasangan masing-masing berusia 40-an itu dicekup sepasukan penguat kuasa Agama Daerah Batu Pahat yang melakukan serbuan di hotel berkenaan kira-kira jam 2 pagi.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Agama Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan, pasangan terbabit sedang tidur dan terdapat seorang bayi tidur bersebelahan mereka.

“Ketika disoal penguat kuasa, mereka mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan suami isteri atau hubungan mahram.

“Hasil siasatan mendapati bayi tersebut yang berusia dua minggu itu dipercayai adalah bayi hasil hubungan terlarang pasangan terbabit yang dibawa untuk mengaburi mata pihak berkuasa yang akan menyangka mereka ini adalah suami isteri,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit yang sebelum ini sarat mengandung langsung tidak dapat dihidu keluarganya yang hanya mengetahui perkara tersebut selepas mereka diberkas.

“Berdasarkan rekod, ini adalah tangkapan kedua mem­­babitkan pasangan itu di mana serbuan menyasarkan hotel bajet di sini.

“Ketika ditahan pertama kali, wanita terbabit sedang sarat mengandung dipercayai hasil hubungan terlarang mereka,” katanya.

Saiful Ariffin berkata, difahamkan lelaki terbabit sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri, namun kini dalam proses penceraian berikutan ingin mengahwini kekasih hatinya itu.

“Pasangan terbabit yang merupakan warga tempatan itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut.

“Mereka disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Syariah Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan kedua mereka bakal berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

8 ulasan:

Kak Mahh berkata...

Kenapalah tak nikah terus..

Tanpa Nama berkata...

nikah ni payah. kena sdia duit ribu riban.kena sedia hantaran (benda ni yg paling jahanam dan babi sekali sbb menyebabkan pasangan terpaksa berhutang), kena sembelih lembu, kena sewa khemah dan dewan, kena pergi kursus kawin sbb nak dapatkan sijil kawin,kena upah kad kawin dan baju pengantin, kena mintak perkenan mak bapak (mak bapak tak stuju takleh kawin ).....arghhhhhhh

zina 10000000000000x lagi mudah. dapat menikmati seks tanpa menghabiskan byk duit dan berhutang.

Tanpa Nama berkata...

bodoh pnya statement... kahwin x mestinya kna pakai duit beribu-ribu ringgit... buat yg wajib dah laa... mas kawin pon dh ckup... hantaran tu adat jaa... zina tu haram dlm agama Islam... nk bg statement pon pk arr dlu... blh hilang akidah tau x...

Tanpa Nama berkata...

Ada satu lagi yg susah kat mesia ni iaitu nak dapat kebenaran poligami. Hakim perlu dibaling kasut baru boleh dapat kot

Tanpa Nama berkata...

kau ada tak..
kakak...
adek perempuan..
sedara-sedara perempuan...
atau emak engkau sendiri....
bagaimana jika mereka berzina, adakah kamu suka...


evil...

Tanpa Nama berkata...

ANON 8,07 DAN 8.46 MEMANG pekak punya org bodo bangang, itu lah pangilan yg pling sesuai di pagil untok orang mcm itu nak buat komen pun biar lah jgan pelekehkan ugama ,dgn mengatakan,zina i,ooo kali lebih baik adalah berdosa,dan yg anon 8,46 pula nak poligami susah,memang la susah kalau hang tu org susah ,kalau kerja kadar cukup makan aja sapa nak benar hang nak poligami pikir la sama jgn nk baling kasut kat hakim bodohhh

Tanpa Nama berkata...

aku setuju statement pasal hantaran tu, ada ke keluarga yang sanggup menolak menerima hantaran? sebab hantaran tinggilah mereka mengambil jalan mudah ke terjerumus ke ZINA.. cuba permudahkan.. kan senang

Tanpa Nama berkata...

Jangan persenda hukum Islam. Kalau tak setuju diam je. Janganlah tak setuju terus saja buat maksiat,lawan Islam. Ini boleh gelincir akidah kita.