9 Feb 2012

[Video] Kakitangan KFC Tendang Pelanggan

Kuala Lumpur – Gara-gara tidak sabar menunggu ayam goreng yang dipesan, seorang pelanggan bukan sahaja ditumbuk malah turut ditendang oleh seorang kakitangan KFC dalam satu kes pergaduhan baru-baru ini.

Kejadian tersebut yang didakwa berlaku di salah sebuah cawangan restoran makanan segera tersebut di Shah Alam itu sempat dirakam oleh orang ramai.

Rakaman pergaduhan selama 28 minit itu kemudian dimuat turun ke laman perkongsian video, YouTube yang juga disiarkan di beberapa laman blog.

Difahamkan pergaduhan itu berlaku ekoran pesanan yang dibuat oleh pelanggan tersebut tidak sampai setelah menunggu selama satu jam ekoran KFC cawangan tersebut didakwa telah kehabisan ayam.

Pelanggan tersebut yang marah telah meminta pihak KFC untuk memohon maaf namun tidak diendahkan sebaliknya kakitangan restoran itu telah menjerit ke arah pelanggan: “Kalau mau makan, buat sendiri lah.”

Menerusi video tersebut, pertengkaran yang bermula dengan berbalas cakap itu akhirnya berakhir dengan tindakan seorang kakitangan KFC menumbuk dan menendang pelanggan tersebut sebelum dileraikan oleh rakannya.

Sementara itu, KFC Holdings (Malaysia) Berhad memaklumkan bahawa pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung kes pergaduhan itu yang didakwa berlaku awal Februari lalu. -kosmo




23 ulasan:

Awanama berkata...

"Kick Fight Choking"

din rela berkata...

Khiiiaaagggg Ftuiiiiiiih Cuihhhhhhh !

pak din tua berkata...

PELANGGAN SELALU BETUL ! kalau sesapa yang berniaga tak boleh berpegang kepada kata-kata ini, baik tutup kedai aje !

Awanama berkata...

pelanggan selalu betul..?? kalau pelayan KFC tu Imam Ghazalie bole laaa.... tapi kalau pelanggan kurang ajar penendang Jebat menyusuli....

Awanama berkata...

Tunggu statement dari orang yg dikatakan memukul pelanggan sebelum saya komen. Pelanggan dah bagi stetement tadi dimedia.

Awanama berkata...

Inilah buruknya budaya samseng yang disuntik kepada rakyat negara ini oleh pemerintah yang tidak bertanggungjawab.

Awanama berkata...

Pak din tua, gua sokong maa...
apa le sueh itu kedai dapat pekerja kurang sabar maa..

Tv kan selalu kempen senyuum, senyumm, senyummm maaa.. wlu kena marah. Ini pasal makan nak gaduh, gaduh juga ke.. tu lum lagi ditimpa kebulur, berebut makanan yg dicempakkan dari helikopter.

Awanama berkata...

anak pak din tua said

but klo pelanggan tu maki hamun sesuatu kaum, "cibai lu org ****** ", mmg pnumbuk n kaki makanan dia..

MNazri berkata...

Akibat tidak bersabar..camni lah jadinya.. Jgn ikutkan perasaan.

Bagi aku dua2 salah, dua2 tak bersabar. yg pelanggan tak jaga mulut, yg pekerja tak jaga kaki & tgn.

Awanama berkata...

aku pun naik angiin..tunggu sejam lebih...

Awanama berkata...

Aku paling benci orang sebut "Customer is always right" Fucklah cust kurang ajar...aku dah lapan tahun buat sales...cust ok aku layan baik ounyerr...cust jenis berlagak...sorry....aku dah biasa gaduh ngan cust...boss aku pun back up aku...hello lu ingan lu saper...tunjuk FUCK depan mata dia...

Awanama berkata...

Dua-dua bangang tapi yang paling bangang customer tu la. Lain kali ingat duit kita punya ayam KFC punya kalau tunggu lama order tak sampai belah je la. Cari la kedai ayam lain. Kalau tak ada cari la bapak ayam mesti dapat ayam yang umph... ha ha ha

Awanama berkata...

customer not always right la, if kita dah serve diorang elok2 tapi tetiba jer diorang maki kita x pasal2 sape x marah? bayangkan kita dah kerja dkat bjam jam n layan semua customer elok2 tetiba plak kena maki sebab bukan salah kita mana x menyirap and kalau nak ikut customer always right kau la yang tepaksa kena maki and says sorry to them for the mistakes that clearly not yours. F*&Kla!!!

Awanama berkata...

yang paling bangang ialah KFC sebab dah tau kedai tu teramat ramai pelanggan, kenapa tidak diubahsuai aturan order dan masak di situ?

KFC di KLCC yg juga teramat sesak dgn pelanggan, cara aturan di dapur nampak berlainan dari KFC biasa. tidak pula nampak orang menunggu sampai sejam di KLCC tu.

Awanama berkata...

kalau tak suka buat kerja sales tak suka layan customer benci dengar perkataan "customer is always right" eloklah berhenti kerja bahagian sales atau kerja yang berkaitan dengan "customer".lebih baik motong getah, jadi penulis ,pelakon,penyanyi,D.J,cikgu,pekerja kontrak,nelayan,tukang kebun,pak jaga sekolah,pekerja kilang,jadi pak menteri,pengarah ,tukang cuci,pembantu rumah,......yang lain tu sambung sendirilah

Awanama berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=ojB1yG9SrXY&feature

Awanama berkata...

saudara GB,sepatutnya pihak pengurusan KFC kena bagi anugerah pada "customer terbabit" kerana setia dan sanggup menunggu lama (selama satu jam ekoran KFC cawangan tersebut didakwa telah kehabisan ayam).setia dan sanggup menunggu untuk menikmati kesedapan ayam KFC.kalaulah ada sejuta customer KFC yang begitu,sanggup menunggu lama aku rasalah boleh bungkus perniagaan orang lain,sanggup menunggu tak mahu pergi tempat lain semata-mata nakkan KFC, walhal makan di situ kena bayar bukannya free,kalau akulah tak sanggup nak tunggu lama,lebih baik makan kat tempat lain yang lebih sedap makanannya.kalau tak makan KFC tak rugi apa pun,betul tak.!

Awanama berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=U_qbD_XP7ok

Awanama berkata...

kalau customer jenis kurang ajar mulut macam p.....k kalau dengan aku pun aku pelupuh peduli apa, kerja kfc pun bukan dapat gaji banyak, jadi jaga lagi dapat banyak gaji, ini jenis cina tak faham bahasa malaysia, lepas tu berlagak samseng tapi pengecut, kena debik sekali terus benggong macam ayam.

kadiak berkata...

Salah tu customer n sales person must together right baru betul istilah customer always right tu fahaman business yahudi nak kira untung jerk kalau fahaman islam kena ade akad jual beli sy jual dan saya beli. Dan kedua dua pihak akan menghormati beruntung bersama. Faham kite mesti ade english education hehehe

Awanama berkata...

alaa pi RFC la pulak.. (Radix Fried Chiken)

Sinner berkata...

Puas hati mmg puas la kot, dpt terajang org. Tp hasil dia lepas tu dapat apa..?

Ingat kalo tuko keje lain nnt dijamin takde kena maki, marah2 sume ke..?

Pehtu solution dia apa kalo berlaku lagi org maki hamun, marah2 lagi kat tempat keje lain..?

Nak terajang org tu..? pukul customer/client tu..?

Adakah itu cara yg terbaik nak layan org yg kurang ajar..? dia ckp ngan mulut aje, pehtu yg guna kekerasan fizikal tu watpe..

Kalo masuk mahkamah ni, psl guna kekerasan fizikal.. memang awal2 lagi dah kena :P

Toshio (Zharfan) berkata...

Bro GreenBoc.

Cuba tonton video baru ni.

Yang marah tu bukan Cashier dan Manager tetapi tukang goreng ayam.

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=8S3JS-QyHwU#!