9 Feb 2012

Mengapa SPR Takut Dengan Pemerhati Asing Pantau Pilihanraya Malaysia?

SPR ingatkan pembangkang tidak ghairah tarik pemerhati asing

KOTA BHARU -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan parti-parti pembangkang supaya tidak ghairah menarik pemerhati asing ke negara ini untuk memantau proses Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pemerhati asing, yang mungkin mewakili badan bukan kerajaan (NGO) tertentu, tidak memahami undang-undang pilihan raya di negara ini.

Katanya mereka juga tidak faham budaya berpolitik di Malaysia selain tidak memahami sensitiviti rakyat negara ini. "Dia (pemerhati asing) datang seminggu sebelum pilihan raya, kemudian buat andaian dan kesimpulan mengenai proses perjalanan pilihan raya di negara ini.

Adilkah kepada rakyat Malaysia? Tentunya tidak!" katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Taklimat Persediaan PRU Ke-13 kepada pegawai polis dan pengurus serta penolong pengurus pilihan raya di Kelantan di sini, hari ini.

Wan Ahmad berkata pemerhati dalam negara adalah lebih adil kerana mereka memahami undang-undang pilihan raya negara ini, memahami sensitiviti rakyat malahan mereka mempunyai kepentingan dalam pilihan raya kerana mereka adalah rakyat negara ini.

"Janganlah kita ghairah hendakkan pemerhati asing, pemantau dalam negara oleh rakyat kita sendiri adalah lebih wajar. SPR akan kaji perkara tersebut yang mana (pemerhati dalam negara) kita nak lantik, sebelum pilihan raya bermula kita boleh putuskan," katanya.

Beliau berkata sistem dan proses pilihan raya di Malaysia adalah sistem yang sesuai bagi negara ini kerana penambahbaikan dilakukan daripada satu pilihan raya ke satu pilihan raya.

"Pemerhati asing ini, dia suka memantau pilihan raya di negara kita tambahan sekarang dengan aktiviti parti politik yang suka menarik perhatian negara luar, macam pemimpin pembangkang pergi ke luar negara bercakap sana-sini, tentunya menarik minat pemerhati asing untuk datang memantau pilihan raya di Malaysia,"
katanya.

Wan Ahmad berkata berkata pasukan pemantau pilihan raya, yang diketuai pegawai SPR dan disertai pegawai polis, pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan wakil calon, akan diwujudkan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara kecuali di Sarawak mengikut Parlimen bagi memantau perjalanan PRU
Ke-13 akan datang.

Beliau turut mengingatkan rakyat yang mencapai umur 21 tahun supaya segera mendaftar sebagai pengundi bagi membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mengundi. -SH

Ulasan GB

Mengapa SPR takut dengan "pemerhati asing" jika benar pilihanraya di negara ini adil dan telus sepertimana yang didakwa?

Pengerusi SPR sendiri pernah ke Bangkok kerana dipanggil untuk menjadi pemerhati antarabangsa bagi pilihan raya umum Thailand. Saya ingin bertanya kepada kepada SPR berapa kali SPR ada memanggil pemerhati antarabangsa untuk perjalanan pilihanraya umum atau kecil di negara kita? Jawap! Ya, kosong kali, kenapa? Sebab SPR tidak pernah mahu berlaku bersih di dalam pilihanraya. Malah pemerhati dalaman pun seperti MAFREL ditakuti SPR sehingga tidak diiktirafkan sebagai pemerhati.

Apakah pihak berkuasa Thailand pernah menyatakan bahawa pemerhati asing seperti Tan Sri Abdul Aziz tidak tahu selok belok undang-undang di negaranya seperti kenyataan Wan Ahmad yang cuba memperbodohkan rakyat ini?

Dengan sebab itulah, mengapa rakyat berpersepsi bahawa SPR adalah komponen BN dan ternyata apa juga alasan yang diberikan oleh SPR, alasan-alasan berkenaan kesemuanya in favour of the ruling party, BN.

Ingat SPR, tanggungjawab SPR bukan sekadar kepada rakyat di negara ini tetapi kepada Allah. Dan pengerusi dan timbalan pengerusi boleh mengeluarkan hujjah-hujjah di depanNya nanti. Hukum Kebenaran dan Hukum Tuhan tetap berjalan. Yang bersalah akan tetap menerima balasanNya.

13 ulasan:

Awanama berkata...

nk komen dari sudut lain...
contoh sebuah organisasi...ada audit internal dan external.audit internal dah ada tapi tetap perlu pada external...betul tak?baru lebih telus....

Awanama berkata...

orang POLITIK UMNO mengunakan wang untuk membeli UNDI dan rasuah wang kepada pengundi semasa kempen PRU sedang berjalan yang dinamakan BOOM duit, POLITIK WANG yang diamalkan dalam UMNOBN adalah RASUAH,

SPR takut dengan permerhati ASING dalam PRU kerana SPR telah memjadi BARUA kepada PARTI POLITIK UMNOBN dan PATI dapat IC dan boleh mengundi diMALAYSIA, pekata ini akan memberi kejutan kepada PEMERHATI PRU ASING diseluruh DUNIA.
pekara ini akan memdedahkan kebodohan RAKYAT MALAYSIA di mata dunia.itulah kelemahan SPR selama ini.

batu pelangi berkata...

SPR pun telah di BTNkan oleh UMNOYAHUDI.Macamana nak berlaku adil.
Untuk maklumat, semua Jabatanx Kerajaan yang membutakan mata dan hati walaupun tahu ianya menyalahi
undangx sah sudah diBTNkan oleh
UMNOYAHUDI.Wajib membuat perubahan
dalam PRU13 kelak!!!!Tumbangkan YAHUDI ini.

Awanama berkata...

bodoh punyer Boss SPR. Ari tu yang ko sibuk2 pi Thailand buat per? Nak Makan elaun ker? Kami rakyat Malaysia tetap mahukan pemerhati asing masa p/ray nti. itu hak kami.....

Yong berkata...

Undang2 pilihanraya negara ni pelik sangat ropernyer sampai pemerhati asing tak faham.

Awanama berkata...

saya masih ingat masa SPR dibawah Rasyid, masa tu tengah kira undi PRU10... bila seorg wartawan tanya (live kat TV lagi)boleh dia jawab..."nampaknya kita telah mendahului kiraan dari peti2 undi...."
jelas dah dia (Rasyid/SPR) mmg BN punya orang dg membahasakan "kita" yg seeloknya gunalah BN kalau SPR tu bersikap adil... poorahhh SPR..!!!

Awanama berkata...

Selepas Merdeka sehingga kinipun, masih ikut undang-undang Asing.
Orang Asing yang ajar dia soal demokrasi, kini dia kata orang Asing tak tahu selok-belok PRU.
Kan nak memperbodohkan rakyat Malaysia yangmana sebahagiannya dah dibodohkan oleh ketuanana Melayu.
Yang terpenting sekarang Rakyat harus bersatu menjatuhkan manusia2 puaka ini.

ABU berkata...

Kalau proses PRU telus dijalankan jgnlah takut nak jemput pemerhati luar..lainlah pemerhati luar tu pun diBTNkan..

Awanama berkata...

senang cakap, spr memang jahat, jadi barua amno, sebab tu takut, kalau bersih tak tipu2, tak berat sebelah, tak perlu takut.

pemerhati aja namanya pun, bukan boleh buat kecoh, kecualilah spr berniat nak menipu atau nak berat sebelah, tu yg takut sgt tu.

selama ni sejak merdeka, parti pembangkang ditekan bukan main lagi, jual daftar pemilih dgn harga mahal, macam2lah, tengok 2,3 hari lepas tiba2 aja spr bagi cadangan supaya mansuh perarakan semasa penamaan calun, apa kes??? tak ada angin tak ada hujan tiba2 nak mansuh.

yg 8 tuntutan bersih 2.0 yg rakyat nak sgt tu, tak nak dibuat pulak, pelik sungguh. perarakan tu nak dimansuh kami taulah apa sebabnya, sebab pembangkang ramai penyokong ikut serta, geng bn tak berapa ada org, dengki hati tak habis2.

Awanama berkata...

Seminggu datang Malaysia dan buat kajian dan pemerhatian memang tak cukup! betul tu!

Tapi politik Malaysia bukan baru wujud 2 tahun! Dah banyak penganalisa politik dan scholar luar negara dah hasilkan kajian, kertas kerja dan paperwork yang lebih mendalam pasal Malaysia, lagi hebat dari kajian orang Malaysia buat sendiri! Setakat datang seminggu takut ape?Pejam mata je dorg buat..huhu..

Awanama berkata...

Memang pemerhati luar negara kurang arif tentang pilihanraya di Malaysia.
Yang arif tentang pilihanraya di sini seorang sahaja iaitu bekas Setiausaha SPR.

matABU berkata...

Takut apa pada Pemerhati Luar sekiranya SPR adil dan telus.Zaman Dunia Tidak bersempadan ni,jangan fikir orang luar tak tau atau tak faham apa yang berlaku diMalaysia ni.Tim.Pengerusi SPR jangan fikir orang bodoh macam dia.Ramai pelabur asing lari dari Malaysia sebab depa tau apa yang berlaku dinegara ni.Depa lari keIndonesia,Vietnam,Thailand dan juga Taiwan.Apa sangat yang nak disorokkan tu?

Awanama berkata...

boss spr. aku tak halalkan gaji kau dunia akhirat