17 Feb 2012

Selain Kuantan, Himpunan Hijau 2.0 Akan Diadakan Di Bukit Merah Perak.

Mangsa radiasi Perak sokong himpunan anti-Lynas

Satu NGO anti pencemaran radiasi Perak akan mengadakan perhimpunan di tapak penapisan nadir bumi Asian Rare Earth (ARE) di negeri itu sebagai tanda sokongan kepada Himpunan Hijau 2.0.

Perak Anti Radioactive Committee akan mengadakan perhimpunan itu pada 26 Februari di Bukit Merah, Perak, serentak dengan Himpunan Hijau 2.0 yang akan diadakan di Gebeng, Kuantan.

Pengerusi NGO itu, Hew Yun Tat memberitahu Malaysiakini bahawa perhimpunan itu akan dijalankan di Perak kerana pengikutnya sukar untuk menyertai perhimpunan anti-Lynas di Gebeng itu.

Tapak ARE – yang kini ditutup sejak dua dekad lalu – menjadi tumpuan kepada salah satu operasi pembersihan radioaktif terbesar di Asia Tenggara.

Penduduk di kawasan itu mendawak masih mengalami kesan radiasi daripada tapak tersebut, termasuk leukaemia dan kecacatan bayi ketika kelahiran.

ARE yang ditubuhkan untuk mendapatkan nadir bumi daripada amang bijih timah, sering ditimbulkan dalam kempen anti-Lynas peringatan kepada kesan yang boleh timbul daripada perusahaan nadir bumi. -mkk

Lynas: Injuksi mahkamah jika lesen tidak dibatalkan

KUALA LUMPUR: Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai ‘Stop Lynas Coalition’ akan meneruskan injunksi sekiranya lesen ke atas pembinaan dan pengoperasian loji Lynas tidak dibatalkan.

Jurucakap yang juga Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Malaysia, Zulkefly Mohamad Omar berkata, semakan kehakiman dibuat petang ini menuntut agar pengeluaran lesen bagi projek nadir bumi itu dibatalkan.

Menurut Zulkefly, mereka menamakan tiga pihak terlibat; Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Jabatan Alam Sekitar dan Lynas Corporation sebagai responden dalam kes berkenaan.

“Kami tidak berpuas hati dengan lesen yang diberikan. Maka satu semakan kehakiman dibuat melalui e-filing agar membatalkan segala lesen yang diberi atau sedang dipohon dalam projek tersebut.

“Semakan ini juga dibuat agar satu kajian persekitaran terperinci dibuat semula. Ia dibuat mengikut peraturan dan pandangan semula masyarakat yang di kawasan berkenaan.

“Jika pemberian lesen terus diberi maka kami akan teruskan dengan memfailkan injunksi sebagai tindakan susulan,” katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

10 plaintif

Zulkefly mendakwa projek Lynas yang berisiko tinggi ini turut mendapat pelepasan cukai sehingga 12 tahun.

Melalui semakan itu turut dinamakan 10 plaintif yang merupakan penduduk setempat dan diwakili oleh Tetuan Tommy Thomas.

Semakan itu akan dibuat jam 3 petang ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pengerusi Stop Lynas Coalition, Andamsura Rabu pula berharap mahkamah memberi keutamaan terhadap kes ini kerana ia melibatkan kepentingan awam.

“Bantahan penduduk ada asas kerana tiada cara untuk melupuskan sisa itu kecuali menanamnya. Kita bimbang dengan projek Lynas ini ia akan makin teruk dan menjejaskan ekosistem di kawasan berdekatan termasuklah Balok dan Gebeng,” katanya yang juga Pengarah Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (Badar).
-FMT
.

Tiada ulasan: