17 Feb 2012

Kata Kau Dulu UMNO Perlu Contohi PAS, Bila Terdesak Kau Tuduh PAS Sesat Pula.

Sesat: Kenyataan Ahmad provokasi, terdesak

KUALA TERENGGANU, 16 Feb: Dewan Ulamak PAS Terengganu menyifatkan dakwaan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said kononnya PAS adalah ‘parti ajaran sesat’ kerana terdesak serta bersifat provokasi.

Ketuanya, Datuk Husain Awang menjelaskan bahawa ajaran sesat adalah ajaran yang menderhakakan Allah dan rasul-Nya.

Oleh itu, katanya siapakah yang melaksanakan peraturan mengikut hawa nafsu dan siapa pula yang melaksanakan peraturan mengikut al-Quran.

“PAS sebuah pertubuhan politik yang berdaftar secara sah di sisi undang-undang negara. Dasarnya ialah Islam dan hukum tertingginya adalah al-Quran, As-Sunnah, ijmak dan qias.

“Matlamat PAS melaksanakan hukum Allah SWT, hukum syariat dan bertindak melalui kaedah amar maaruf dan nahi munkar,” ujarnya pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS negeri, hari ini. (Gambar)

Menurutnya, pihaknya memandang serius tuduhan tersebut yang dikeluarkan orang nombor satu di negeri ini.

Katanya, PAS memerintah Kelantan lebih 20 tahun dan di manakah ajaran sesat yang dirancang serta dilaksanakan di negeri tersebut.

Bahkan, kata beliau kerajaan PAS Terengganu pernah meletakkan hukum yang tertinggi ialah al-Quran, sunnah, ijmak dan qias serta meluluskan Enakmen Hudud, Qisas dan Takzir. -HD

Ulasan GB

MB Terengganu yang dah terdesak dan tersesat. Pada hal dulu beliau yang menyuruh UMNO mencontohi PAS sebab PAS sebuah organisasi tersusun, tidak memburukkan sesama sendiri, ikut akhlak Islam.

Sekarang apa hal? Setelah banyak yang terlondeh di Terengganu, hendak disalahkan kepada PAS. Apabila melihat sokongan rakyat sudah mula beralih arah, beliau pula yang jadi tak tentu arah.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pernah dengar ajaran sesat ayah pin/kerajaan langit/nabi melayu....ini berlaku dinegeri terengganu!!!!

Tanpa Nama berkata...

inilah statement MB yg low mentality, MB cap ayam... MB ni sama level dgn ahsan ahlie jaaaaaaa

matABU berkata...

Penyakit baru UMNO - sendiri sesat kata orang sesat,sendiri parasite kata orang parasite,sendiri rakan Yahudi kata orang sokong Yahudi,sendiri buat kerja seleweng,kata orang menyeleweng.

Tanpa Nama berkata...

MB ni sebenarnye terdesak....tekanan kuat bukan dari pas sebenarnya,tapi dalaman parti sendiri.... diterengganu umno sendiri berpuak-puak.mcm arab jahiliah.

maaf kalau bahasa kasar sgt ye....he3..

1 Malaysia berkata...

Puak munafikun ni macam anjing tersepit. Bila tersepit, tokak ikut dan aja. Maklumlah sifat kemunafikan tebal dalam diri, tambahan lagi dok kederah benda haram. Semua dalam dirinya dah jadi HARAM, jadi bagaimana kita nak mengharapkan orang begini dalam soal percakapan benar dan betul?

Tanpa Nama berkata...

Mat Said yang sesat barat kerana sudah lupa statementnya sendiri.