18 Feb 2012

Perlantikan TNC Universiti Pertahanan Dipertikai

PAS persoal Rugayah dilantik TNC UPNM

KUALA LUMPUR, 18 Feb: PAS mempersoal tindakan melantik Prof Dr. Rugayah Mohamed (gambar)sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Pengantarabangsaan) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang baru.

Dalam satu kenyataan, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, PAS terkejut dan kesal dengan perlantikan tersebut kerana Prof Rugayah merupakan bekas Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Innovasi), Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia yang telah ditamatkan perkhidmatannya pada awal Februari 2012 yang lalu.

Malah katanya, sumber yang diperolehi mendapati bahawa Prof Rugayah telah mengheret pentadbiran UTHM ke mahkamah termasuk dua orang Timbalan Nasib Canselor dan dekan-dekan fakulti.

Kes tersebut dijangka akan dibicarakan selama lima hari mulai 29 Mac hingga 3 April depan dengan seramai 13 orang staf disapina termasuk Mantan Naib Canselor UTHM Datuk Prof Ismail Bakar.

"Persoalan yang timbul bagaimana seorang yang telah ditamatkan perkhidmatan sebagai TNC di salah sebuah IPTA lain dan telah mengaibkan institusi terdahulu berkenaan dengan tindakan saman mahkamah telah dilantik pula ke sebuah institusi lain.

"Dalam keadaan pula kes tersebut akan dibicarakan dan belum dapat ditentukan saman tersebut fitnah atau sebaliknya diangkat pula sebagai TNC sebuah IPTA lain sedang IPTA tersebut mempunyai ramai bilangan Professor yang lebih layak dan mempunyai integriti yang tinggi," katanya.

Sementara itu, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Ahmad Al-Hiss dalam satu kenyataan turut mempersoal perlantikan itu.

Beliau mahu penjelasan, adakah perlantikan Prof Rugayah itu dibuat melalui Jawatankuasa Pemilih khas yang ditubuhkan untuk melantik Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor.

"YB Menteri Pengajian Tinggi juga pernah berjanji bahawa setiap lantikan Naib-naib Canselor dan TNC perlu melalui proses Jawatankuasa Pemilih (search committee) yang ketat.

"Maka tidak adakah calon-calon yang bersih dan mempunyai kredebiliti yang lebih tinggi layak untuk memikul tanggungjawab tersebut," soalnya. -HD

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yoo menarik juga tajuk nie. Hamba kurang arif dengan keadaan ini. Mohon menteri pengajian tinggi jawab akan persoalan ini. Tolong beri alasan yang munasabah !

Tanpa Nama berkata...

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Dr Rogayah adalah silapnya yang menyebabkan beliau direportkan terus ke KPT berhubung silap/kesalahan beliau tanpa melalui NC. Oleh itu rogayah ni ambil tindakan mahkamah yg berunsurkan fitnah ke atas pegawai kanan uthm. ada juga cerita lain yg mengatakan NC dalang sebalik kejadian ini dan menjadikan para pegawai kanan UTHM dikambing hitamkan berikutan NC dan rogayah tidak ngam/sebulu. tidak kisahlah siapa yang salah, anda mungkin terlepas di dunia tapi menganiaya orang ada balasannya di akhirat.masing2 ahli professional dan semuanya dah besar panjang.

Tanpa Nama berkata...

setakat sumber yang didapati, ada beberapa perkara yang negatif saya dengar berhubung diorang ni. NC dan Dr Rogayah. tidak pula dapat ditentukan apa yg negatifnya berikutan saya bukan kerja atau report terus kepada 2 individu ini. tapi kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang kan?memang betullah saya ada dengar dan terbaca, seorang penjawat awam yang tinggi krebilitinya bukan sahaja kelihatan 'bersih' malah bau juga 'bersih'. maknanya walaupun externalnya kita nampak ok pada kebanyakkan orang, pastikan tiada cerita2 yang kurang enak tentang kita.

Tanpa Nama berkata...

memang dapat dirasakan seperti ada konspirasi berniat jahat dan busuk untuk menjatuhkan mana2 pihak atau ada kejadian dikambing hitamkan disini. cuma saya sedih ianya melibatkan pertaruhan yang besar iaitu pengurusan Universiti yang juga melibatkan kebajikan pelajar secara tidak langsung. saya dapat rasakan ini lebih kepada serangan secara peribadi dan akhirnya merebak ke pengurusan tertinggi universiti. lebih sedih dan malang lagi ianya melibatkan kaum saya sendiri dan agama, melayu dan islam. kalau di universiti pun ada elemen2 politik/dengki/konspirasi macam ini maka tidak hairanlah IPTA di Malaysia TIDAK akan dapat ranking yang baik di dunia.