18 Feb 2012

Selepas Meroyan, Hassan Ali Semakin Meraban, Tuduh Kerajaan Kelantan Ada Parasit

Hasan Ali: Kerajaan Kelantan pun ada parasit

KUALA LUMPUR - Datuk Dr Hasan Ali mengulangi dakwaannya bahawa golongan parasit semakin mencengkam kuat Pas sehingga kini sudah menjadi majoriti dan memegang kuasa dalam parti Islam itu.

Sehubungan itu, kata bekas Pesuruhjaya Pas Selangor ini, dalam kerajaan Pas negeri Kelantan juga wujud parasit yang dekat dengan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abdul Aziz juga merupakan Mursyidul Am Pas.

"Takkanlah (Presiden Pas Datuk Seri Abdul) Hadi Awang dan Nik Aziz tidak layak jadi Perdana Menteri.

"Takkanlah pasal pakai kopiah tidak boleh jadi Perdana Menteri sedangkan terdapat banyak pemimpin luar tidak fasih berbahasa Inggeris. China jadi kuasa ekonomi dalam dunia walaupun tidak pandai cakap orang putih," katanya semasa ditemu ramah dalam program bual bicara Helo Malaysia BernamaTV di saluran 502 Astro malam ini.

Disebabkan sudah tidak mendapat ruang dalam Pas yang katanya kini dikuasai oleh golongan parasit, beliau menubuhkan "Jati" (Jalur Tiga), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang keahliannya adalah terbuka termasuk kepada ahli Pas dan Umno jika niat mereka mahu memilih Islam sebagai kuasa ketiga.

Hasan berkata, Jati tidak akan bertanding dalam pilihan raya tetapi akan menjadi kuasa penentu kerana ramai orang Melayu dan Islam hari ini sudah putus asa dengan senario politik sekarang.

"Jati boleh bekerjasama dengan Umno mahu pun Pas jika perkara Islam, Melayu dan Raja menjadi keutamaan," katanya.

Hasan berkata, Pas harus dikembalikan ke tangan ulama.

"Sekarang konsep negara Islam sudah ditinggalkan dan pemimpin (Pas) hari ini hanya bercita-cita untuk ke Putrajaya.

"Bagi saya Putrajaya itu adalah bandingan yang paling hampir, seharusnya bandingan perlu dibuat lebih jauh, lebih 1,000km. Ini kalau setakat Putrajaya, dia bukan seorang yang layak menjadi pemimpin," kata bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor ini.

Katanya, jika Putrajaya jatuh ke tangan golongan parasit itu, negara Islam tidak akan dapat ditegakkan kerana ini sudah dibuktikan di Selangor apabila syariat Islam yang kecilpun susah hendak dilaksanakan.

Dalam temu ramah kali ini, Hasan yang dipecat Pas awal bulan lalu berkata, terdapat pemimpin kerajaan Selangor termasuk daripada Pas sendiri menerima perbuatan maksiat oleh umat Islam sebagai satu cabang hak asasi manusia.

Beliau berkata, dalam tempoh lebih tiga tahun menjadi anggota exco menjaga hal ehwal Islam kerajaan Selangor, beliau cuba menegakkan Islam melalui peruntukan enakmen syariah negeri terhadap orang Islam tetapi mendapat bantahan kuat daripada DAP dan PKR, dua parti yang bersama Pas membentuk kerajaan negeri Selangor.

"Mereka memberi alasan apa yang saya buat bertentangan dengan prinsip hak asasi, kebebasan untuk buat pilihan dan ada yang menyatakan apa salahnya siang-siang sudah teruk bekerja dan biarlah malam dia melakukan sesuatu yang melegakan dengan 'girlfriend'," katanya.

Hasan berkata, bahawa dalam urusan pembangunan, beliau mendapat kerjasama cukup baik daripada rakan-rakan dalam kerajaan negeri tetapi dalam perkara-perkara untuk menegakkan Islam tentangan yang diterima amat kuat.

Ketika ditanya tidakkah beliau mendapat sokongan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam urusan Islam, Hasan berkata:

"Saya tidak boleh letakkan 'percentage' pada ketua saya, tetapi apa yang saya boleh katakan dalam hal-hal sedemikian saya tidak dapat sokongan padu daripada atas dan teman-teman exco yang lain... bila tentang Islam, memang banyak halangan".

Hasan, yang dipecat oleh Pas kerana didakwa melakukan perbuatan yang menjejaskan kepentingan parti, berkata prinsip sangat penting dalam perjuangan beliau dan kerana itu beliau sanggup mengorbankan jawatannya untuk menegakkan Islam, Melayu dan Raja.

"Apa yang berlaku pada saya adalah di luar aspek konvensional di mana saya digugurkan bukan kerana salah guna kuasa, tidak bermoral, minum atau liwat tetapi saya dipecat kerana hendak tegakkan Islam, martabatkan Melayu dan nak tegakkan institusi raja," katanya. -SH

Ulasan GB

Hassan Ali terlupa ketika satu jarinya menunjuk orang lain, empat jarinya yang lain menunjukkan dirinya sendiri sebagai parasit.

Ketidak-jujurannya bersama PAS semakin terserlah. "Hukuman" yang diterimanya lansung tidak menyedarkan dirinya, malah menjadikan beliau semakin hanyut dan semakin sesat sekaligus mengesah dan membuktikan keputusan pimpinan PAS memecatnya adalah satu tindakan yang amat tepat.

Syukur kepada Ilahi dan terima kasih kepada Shaari Sungip yang telah menyebabkan timbul hal berkenaan Hassan Ali ini sekalipun Shaari Sungip terpaksa menerima hukuman "diberi amaran".

Jika diminta pendapat GB mengenainya, GB akan berkata: Shaari a.k.a Abu Urwah sepatutnya diberikan penghargaan bukan amaran kerana jasanya membersihkan PAS dari mereka yang munafik itu.

Namun semuanya sudah berlalu, ada hikmahnya di sebalik segala kejadian itu.

Kini apabila Husam Musa mendedahkan rancangan sebenar Hassan Ali selepas PRU2008 yang lalu, Hassan Ali bingkas cuba menuduh Naib Presiden PAS yang juga exco kerajaan negeri kelantan itu sebagai parasit.

Semakin jelas beliau kini seperti "gila talak" apabila terus merapu dan meraban setelah dipecat dari PAS.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




3 ulasan:

neonazi berkata...

mereka yg tinggal disekitar masai & p.gudang, johor.
per;kuliah maghrib (18 feb 2012)
oleh; ustaz mat esa deraman
tempat;masjid jamek cahaya baru
kitab;al-fawaid-ibnul qayim al jauziyah

p/s; semua dijemput hadir....

kembara putih berkata...

Parasit ada banyak dalam tubuh dia terutama pada organ hati, sebab tu hati sentiasa busuk dan hasad dengki

Awanama berkata...

pergi jalan dengan parasit ko tu...tak bawa makna