18 Feb 2012

Penagih Larikan Kereta Peronda Polis

Lari guna kereta peronda

BUKIT BE­­RU­ANG – Polis Melaka meminta keprihatinan orang awam untuk mengesan seorang suspek yang terlibat melarikan ke­reta peronda polis.

Suspek berasal dari Kampung Baru Kanan, Kemasek, Kemaman, Te­reng­ganu juga dikehendaki membabitkan dua kes dadah.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, dalam kejadian jam 9.50 malam semalam, suspek ke Balai Polis Trafik Alor Gajah untuk mem­buat laporan kemalangan jalan raya berlaku pada 14 Februari lalu.

“Tetapi nama suspek disenaraikan sebagai orang dikehendaki yang bersangkutan dua kes dadah di Pengkalan Chepa, Kelantan dan Tanjung Minyak, Melaka.

“Apabila mengetahui dirinya dikehendaki polis, suspek melarikan diri sebelum ditangkap semula. Dia tidak digari kerana tangan ka­nannya bersimen akibat kemalangan,” katanya.

Menurutnya, ketika dimasukkan ke dalam kereta peronda, suspek berjaya ke tempat duduk pemandu dan mengunci kesemua pintu sebelum melarikan kereta terbabit.

“Kereta peronda berkenaan ditemui pada jam 2.30 pagi semalam, di Kampung Panchor, Alor Gajah.

“Bagaimanapun, suspek mempunyai lima rekod kesalahan lampau menghilangkan diri,” katanya.

Ghee Lye berkata, suspek mempunyai ketinggian lima kaki dan berbadan kurus, dipercayai akan mendapatkan rawatan dari klinik dan hospital kerana kecederaan dialaminya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Orang ramai mempunyai maklumat boleh menghubungi IPK Melaka 06-2851999 atau Ibu Pejabat Polis Alor Gajah, 06-5564153,” katanya. -SH

Ulasan GB

Yang peliknya apakah polis cuai meninggalkan kunci di dalam kereta sehingga mudah ianya dilarikan?

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

GB.. Polis memang cuai.. tu sebabnya penjenayah bermaharajalela. Pihak yg dijaga hanyalah UMpoRNO.