2 Feb 2012

[Kejam] Pembantu Kedai Kain Mati Ditikam 6 Kali Di Kedai Payang K.Terengganu

Wanita ditikam 6 kali meninggal dunia

KUALA TERENGGANU: Seorang pembantu kedai kain yang ditikam sebanyak enam kali di dalam kedai itu di Jalan Kampung Daik di sini malam tadi, meninggal dunia awal pagi ini.

Wan Manisah Wan Mansor, 27, meninggal kira-kira 2.015 pagi di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Mangsa dari Durian Mas, Dungun dipercayai ditikam oleh seorang lelaki tidak siuman dalam kejadian kira-kira 8 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K Manoharan, berkata suspek sudah dikenal pasti dan diburu.

Beliau berkata, suspek sering dilihat berkeliaran di kawasan sekitar Kompleks Paya Keladi, Pasar Besar Kedai Payang dan Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

"Suspek dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an, berbadan kurus, mempuyai ketinggian 150 cm, berkulit cerah, berambut kerinting dan sering memakai seluar pendek paras lutut dan jaket menutup kepala,"
katanya.

Manoharan meminta orang ramai yang menjumpai suspek supaya menghubungi Pengawai Penyiasat, ASP Ahmad Fauzi Mohd Nor di talian 012-6342539 atau balai polis berhampiran.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Memberitahu tentang kejdian itu, beliau berkata ia berlaku apabila suspek tiba-tiba meluru masuk ke kedai berkenaan untuk naik ke tingkat atas tetapi ditegah oleh mangsa.

"Berang dengan teguran itu, lelaki berkenaan bertindak memeluk mangsa dari belakang sebelum memukul dan menikam belakangnya.

"Lelaki itu turut mengheret mangsa kira-kira lima meter di dalam kedai namun mangsa berjaya melarikan diri ke bahagian belakang kedai sebelum pengsan," katanya. - BERNAMA


Bapa Wan Manisah: 'Apa salah dia?'

KUALA TERENGGANU - Bapa kepada seorang pembantu kedai yang maut ditikam malam tadi kebingungan ingin tahu apa salah-silap anaknya sehingga anaknya menjadi sasaran tikaman seorang lelaki.

"Kenapa buat anak saya macam ini, apa salah dia?" demikian rintihan Wan Mansor Wan Muda, 50.

Katanya anak sulungnya itu, Wan Manisah, 27, seorang yang baik dan anaknya tidak bermusuh dengan sesiapa.

Wan Mansor yang ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) jelas sugul dan terkejut dengan kejadian yang menimpa kakak kepada 12 beradik itu sehingga mengasingkan diri daripada anggota keluarga yang lain.

Ibu mangsa, Noorainie Yusof, 45, berkata kali terakhir dia bercakap dengan anaknya yang lebih mesra dengan paggilan Kak Long itu kira-kira pukul 5 petang semalam semasa mangsa menghubunginya untuk memberitahu tidak dapat pulang hari ini tanpa memberikan sebarang alasan.

"Semalam Kak Long menelefon dan memaklumkan tidak jadi balik ke kampung di Durian Mas, Dungun dan memberitahu tidak perlu menjemputnya namun dia tak beritahu kenapa dia tak dapat balik," katanya.

Noorainie tidak menyangka itu adalah perbualan terakhir dan petanda Wan Manisah akan meninggalkan mereka semua buat selama-lamanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, Wan Manisah ditikam seorang lelaki tidak dikenali yang dipercayai kurang siuman ketika sedang berbual bersama tiga rakannya di kedai kain yang terletak di Jalan Kampung Daik di sini.

Mangsa dikatakan menegah lelaki itu yang meluru masuk untuk ke tingkat kedai menyebabkan lelaki itu berang lalu bertindak memeluk mangsa dari belakang sebelum memukul dan menikam belakang Wan Manisah.


Lelaki itu turut menyeret mangsa kira-kira lima meter ke bahagian dalam, namun mangsa berjaya melarikan diri ke belakang kedai sebelum pengsan. Mangsa disahkan meninggal dunia pukul 2.05 pagi ini ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan HSNZ.
-SH


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MALAYSIA TIDAK AMAN DAN SELAMAT LAGI. KERAJAAN BN TELAH GAGAL MENJAMIN KESELAMATAN WARGANEGARA MALAYSIA DEK KERANA RASUAH DAN TERIKUT-IKUT DGN KEHENDAK KAPITALIS YG HENDAKKAN BURUH BERKOS RENDAH.

HIDUP PAKATAN, HIDUP WARGA MALAYSIA

Tanpa Nama berkata...

m'sia da ramai org tak siuman dan gila akibat dr kelalaian krjn mengawal rakyat melalui aktiviti merosak akal spt meminum keras, isap gam , ganja dan sebagainya. bila org buat aktiviti meramaikan org ke masjid krjn melalui jbtn agama juga selalu jd pengacau dan xbenarkan. lama2 msyrt hanyut dgn hidup xketentuan-layan dadah, arak last otak pun mereng. da x siuman sampai la jadi kes d atas. kasi jatuhkan krjn bangsat BN kalo nk lbh selamat.