2 Feb 2012

Kanak-Kanak Guna Telefon Bimbit Tonton Bahan Lucah Meningkat

Ibu bapa diingatkan supaya mengawasi anak mereka dalam mengguna telefon bimbit pintar selepas kajian terbaru menunjukkan sebahagian besar mereka menggunakannya untuk mengakses gambar dan video lucah. Gambar fail

Hanya 13 peratus kanak-kanak itu dilengkapi dengan ciri pengawasan pada telefon masing-masing, menurut laporan yang dikeluarkan di London semalam.

Angka itu jauh berbanding dengan yang dipasang pada komputer dan komputer riba di rumah sementara 84 peratus komputer kanak-kanak mempunyai perisian anti-virus.

Kajian itu yang dilakukan oleh YouGov menyelidik tingkah laku web telefon bimbit kanak-kanak berusia lapan hingga 15 tahun.

Ia mendapati, seorang daripada lima atau 21 peratus kanak-kanak pernah mengakses laman web tidak sesuai menerusi telefon bimbit mereka, meningkat sepertiga di kalangan mereka yang berusia 14 hingga 15 tahun.

Sama ada mereka tidak sengaja menemui laman web yang tidak sesuai itu, ramai kanak-kanak dikatakan membaca atau melihat perkara yang mereka tahu hanya untuk orang dewasa.

Kajian itu juga menunjukkan ramai kanak-kanak turut mengaku berdepan dengan tindakan ibu bapa dan guru mereka kerana mengakses laman web yang sepatutnya mereka tidak layari menerusi telefon bimbit mereka. – DM

5 ulasan:

lovehijau berkata...

Kita berdepan dengan sistem masyarakat yang rosak dengan teruknya, keadaan lebih dashyat bila cara hidup Islam diketepikan di dalam kehidupan

abu berkata...

HANYA HUKUM DAN SYARIAT ALLAH SAJA YANG BOLEH MEMBENTUK SESEORANG ITU MENJADI MANUSIA YANG ADA KEMANUSIAAN NYA...

ABUGENeration berkata...

Abu,

betui, hukum dan syariat Allah boleh buat macam tu tiada keraguan lagi, janji Allah adalah benar

yang diragukan adalah ucapan2 dan slogan2 manusia, betui ka depa berusaha laksanakan apa yang di laung2kan tu? yang teruk lagi betui ka depa maksudkan apa yang depa katakan tu?

"islam adalah penyelesaian" sedap didengar dan memberi harapan

sedangkan manusia2 yang melaung2kannya pulak yang jadi masalah yang perlu dicari penyelesaian, menjadi FITNAH kepada islam itu sendiri

che ila berkata...

Kepada kaun ibu jangan lupa selain check telefon anak2 untuk pastikan mana laman web yang depa masuk.... chech juga akan si bapak mereka nie, bukan boleh percaya sangat ! Bapa borek anak rintik....

Tanpa Nama berkata...

check History pada web browser...
i dah cek dan terkejut...&%$%#@*