16 Feb 2012

Gadai Aqidah: Ramai Terkejut Mufti Perak, Harussani Buat Pusingan U

Thaipusam: Najib tak langgar hukum syarak, kata Harussani

BANGI - Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini tidak menyalahi hukum syarak, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata sebagai seorang pemimpin tidak salah untuk Perdana Menteri bersama-sama dengan bangsa lain dalam perkara yang berkaitan dengan adat.

"Sekiranya tiada niat untuk merayakan atau redha dengan perbuatan agama lain tidak mengapa tetapi kalau sama-sama merayakan baru tidak boleh," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Profesionalisme Penceramah Agama Umno
Bahagian Pekan 2012 oleh Perdana Menteri di sini hari ini.

Dipetik Bernama hari ini, Harussani yang hadir pada seminar itu berkata, Perdana Menteri memaklumkan kepadanya bahawa beliau hanya berada di dewan untuk menerangkan polisi kerajaan dan tidak terbabit dengan perarakan keagamaan dan tidak masuk ke dalam kuil atau dalam gua Batu Caves.

Mufti Perak itu sebelum ini dipetik sebagai berkata orang Islam yang merestui dan turut serta dalam upacara keagamaan lain melakukan perbuatan syirik.

Mengenai Najib yang memakai Kurta iaitu pakaian tradisional kaum India pada sambutan itu, beliau berkata, ia hanya budaya sahaja kerana orang Islam di India pun memakai pakaian yang sama.

Oleh yang demikian, Mufti Perak itu menasihatkan pihak yang cuba memutarbelitkan isu kehadiran Najib pada sambutan Thaipusam itu supaya menghentikannya kerana mereka membuat tuduhan tanpa usul periksa sehingga boleh
menjadi fitnah.

"Masalahnya dalam keadaan sekarang orang Melayu berpecah, masing-masing mencari peluang untuk menghentam orang lain terutamanya menghentam sesama bangsa, pantang silap sikit.

"Saya harap semua orang kita (Melayu) balik pada asal, balik pada musyawarah... soal politik berbeza itu bukan menjadi masalah," katanya.

Sebaliknya, Harussani lebih kecewa dengan tindakan Pas di Perak semasa majlis sambutan Thaipusam dengan mengadakan gerai dan khemah serta mengibarkan bendera Pas seolah-olah menyokong dan redha dengan orang yang melakukan kufur. -SH

LAPORAN KENYATAAN MUFTI PERAK, HARUSSANI ZAKARIA SEBELUM INI


Najib ‘gadai akidah’ hadir upacara Thaipusam di Batu Caves, tegas Harussani

KUALA LUMPUR, 10 Feb — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,”
katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.

“Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.

Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.

Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.

“Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan kufur yang boleh merosakkan akidah.

“Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.
-TMI


Ulasan GB

GB tak mahu ulas panjang. Masing-masing boleh buat penilaian sendiri mengenai dua kenyataan berbeza mufti berkenaan.

Sungguh dasyat.

26 ulasan:

pak din tua berkata...

( Oleh yang demikian, Mufti Perak itu menasihatkan pihak yang cuba memutarbelitkan isu kehadiran Najib pada sambutan Thaipusam itu supaya menghentikannya kerana mereka membuat tuduhan tanpa usul periksa sehingga boleh menjadi fitnah )
SIAPA YANG BUAT KENYATAAN TANPA USUL PERIKSA ?

Awanama berkata...

tudia!pusingan u cecah siku

rangilatcamtujugak berkata...

sekarang baru faham kenapa ada kepelikkan dalam "teguran " pertama dulu hahaha

orang "demi negara" ni memang macam tu hahahaha

lain kali kalu depa keluar apa2 kenyataan (umpan) pelik hangpa cari la punca dia hahahaha

jangan telan ja hahaha

Awanama berkata...

saya tak terkejut sikit pun, sebaliknya saya terkejut dia tegur PM yg first time tu sebab sebelum ni tak pernah dia tegur secara terbuka.

dah tau dah kepala otak dia ni.

Awanama berkata...

Harussani Harussani
Macam mana orang bukan Islam nak respect Islam
Sekejap Harus sini
Sekejap Haram sini
Nama anda dah tak harum sini dah

Awanama berkata...

tu dia...u turn sampai kena telinga. baguih2 tok mufti oiiiiiiiii. mudahan2 lepas nie dpt tan sri...syabas bettey

Awanama berkata...

HARAP DAPAT KOMEN DARI HARUSSANI BERHUBUNG KENYATAAN NAJIB PADA 24 NOV 2011 DI TANJUNG TUALANG PERAK " KITA (UMNO/BN) TIDAK AKAN BENARKAN (TENTANG/HALANG) PAS MENEGAKKAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI NEGARA INI"

Awanama berkata...

http://amenoworld.blogspot.com/2012/02/lagi-gambar-anwar-ibrahim-dalam.html

komen sikit..?

Awanama berkata...

apa kata kita merogol tapi tanpa ada niat nak merogol?

opisboi berkata...

aku suka harummanis...harusani? lu worang fikir sendri!

hairan berkata...

hmmmm... kesian mufti2 kat malaysia nih, pelik2 perangainya!

kejap haram, kejap harus, kejap sunat, kejap makruh... last2 boleh jadi 'HALAM' (halal + haram) hahahaha...

mcmana la orang kafir tak pening sbb kita org islam sendri boleh pening sampai muntah! kena tukar islam hadhari kepada islam umno... mintak jauh!

Awanama berkata...

Kalau berani harussani dptkan 1gerai edarkan alquran terjemahan pada pengunjung2 di batu cave...sambil beri keterangan yg JELAS tentang ISLAM....jgn main2 ya hurussani..ini jelas2 nya SALAH..., jgn betulkan apa yg tak benar.....PELIK sunggoh

Awanama berkata...

Cukup lah Tok Harus oi, boleh pencen dah tu......!

tanda soal berkata...

jangan jadi syai**n bisu 'special edition' yang boleh bercakap! kalau betul2 kerja kerana Allah, cuba bagi fatwa untuk GENTING tu dulu la...

budakboy berkata...

Duit. Duittttt.. Di mana engkau duit. Ade sesape yg nak duit???.. Sonang yo.. Memula engkau belasah umnomore.. lepastu, cakap le jangan salah paham. lepas tu belasah pulak PAS ke DAP ke KEADILAN ke.. lepas tu..?? sendiri pikir le..

Tok peti ni dah lama dapat Tan Sri dah..

Awanama berkata...

tok peti tok peti...duit dan jawatan punya pasal. HASNCOR YOP

non berkata...

harussani sepatut nya memohon maaf kepada org ramai atas kenyataannya yg lepas. jangan munuduh org buat tuduhan tampa usul periksa,org awam tak berni nak buat tuduhan kecuali mufti dan para ulamak, mufti yang kata tak bolih kami ikut shj, ini soal akidah , bukan hari ini kata tak blh besok kata bolih. lusa belum tahu lg hukum nya habis tu camana ni toloooooog la tuan mufti oooi

Awanama berkata...

Nak jaga peruk nasi youp.dunia punya pasal

kayu tiga berkata...

ni apa ni sendiri kata pas tu kata putaq belit pulak dah. Biaq betoi pa punya turrrr... lagu ni ka x boleh harap langsong mampuih...mampuih takut apa tok peti semua org kena mati bukan boleh bawak harta pun.

1 Malaysia berkata...

AlQuran tu hanya SATU. Ini mungkin kitab agama 1Malaysia kot. Kasihan melihat MUFTI PERAK ni berhujah. Adakah fatwa yang dikeluar oleh Mufti ini boleh dipercayai? Bagaimana kredibiliti, akauntabiliti dan integriti beliau dalam persoalan agama ISLAM kita?

Awanama berkata...

apa kata kita merogol tampa niat?
rogol tampa niat;
1,terpasa merogol kerana dipaksa dengan meletakkan muncung senapang dikepala.
2,orang gila yg tidak masuk dalam hukum mukallaf.
maka keduanya2 tidak dikenakan hukum hudud dan tidak pula berdosa.

Awanama berkata...

Tu pasai la statement dia yang first tu aku tak pecaya.. dia ni mufti hancusss.. elok dia masuk rancangan Raja Lawak.. kompom menang sebab puak umno akan undi dia.. do..

Awanama berkata...

Ada yang kata ular dalam semak. Apa maksudnya?

Awanama berkata...

cakap saja pada tok mufti tu terlanjut perahu boleh kayuh balik terlajak kata ...emas padahnya lagipun dalam Quran ada bermaksud dunia ini hanyalah keseronokan dan senda gurau tetapi akhirat adalah kekal abadi....tentu dia lebih arif lagi kan...

Awanama berkata...

lidah bercabang antara ciri-ciri orang munafik... alim ulamak sendiri yang mengajar... moga moga kita dihindarkan dari perkara ini... nauzubillah...

Awanama berkata...

korang baru tau ke mamat ni putar alam???

masa dia cakap kes murtad dulu dah tau mamat ni putar alam punya kaki...

mula-mula dia kata ratus ribu murtad tu... pas bila kena gertak... jadik ajaran sesat dah pulak...
pas tu siap dedah lagi nama perempuan yang bagi maklumat tuh... nak lepaskan diri dia...

sian perempuan tu kena buru...