13 Jan 2012

Sultan Bersetuju Perlantikan Hassan Ali Sebagai Exco Dibatalkan [updated]

MB : Pengganti Hasan Ali Akan Diketahui Minggu Depan

SHAH ALAM, 13 JAN : ADUN Pas yang bakal menggantikan Datuk Dr Hasan Ali bakal mengangkat sumpah pada Rabu depan selepas beliau diputuskan di dalam perbincangan antara Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid dan pemimpin Pas pusat dalam sehari dua ini.

Abdul Khalid berkata Sultan Selangor telah bersetuju untuk menulis surat pembatalan perlantikan Hasan sebagai ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.

"Saya telah mempersembahkan kepada Tuanku Sultan bahawa saya telah menerima surat rasmi dari PAS yang memaklumkan bahawa Jawatankuasa Perja PAS Pusat yang bersidang pada 8 Januari 2012 telah membuat keputusan memecat Dr Hasan Ali dari menjadi ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

"Memandangkan Datuk Dr Hasan bukan lagi ahli PAS, saya telah membuat keputusan bahawa Datuk Hasan Ali tidak boleh menjadi ahli MMKN dan telah menasihati Tuanku Sultan untuk membatalkan perlantikan beliau," katanya.

"Pada masa yang sama, DYMM Tuanku Sultan telah menurunkan kuasanya pada saya untuk melantik ahli baharu MMKN. Baginda Sultan juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi dari mana-mana pihak," kata Abdul Khalid.

Sebelum ini, PAS di dalam mesyuarat yang diadakan pada 8 Januari lepas telah memecat keahlian Hasan sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan itu dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan Hasan yang menyalahi dan merugikan kepentingan PAS sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Hasan telah menimbulkan pelbagai kontroversi di dalam PAS dan Pakatan Rakyat apabila mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti dan gagasan itu.



Ulasan GB

Suruh letak jawatan tak mahu. Sekarang tanggung malu sendiri.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hasan ooo Hasan
Menang sorak kampung tergadai
Ayam terlepas tangan berbau taik

tanda soal berkata...

cita2 dia nak pertahan institusi raja2 konon... nah amik kau.. raja dah tahan kau tau tak!

Tanpa Nama berkata...

Dia masuk lukah yang disediakan musuhnya dan namanya tercemar. Khabarnya dia lebih rela dan selesa menolong korporat dan syarikat ahli2 UMNO daripada dari penyokong Pakatan Rakyat. Minta tolong dengan jiran kau yang kaya tue laa, si Rozali toke air.