13 Jan 2012

[Video] Askar AS Kencing Ke Atas Mayat Orang Islam Afghanistan

Washington - Tentera Amerika Syarikat (AS) sekali lagi melakukan perbuatan biadap dan menghina orang Islam di Afghanistan apabila video menunjukkan askar negara itu kencing di atas mayat penduduk negara itu mula tersebar di Internet.

Tindakan tidak bertamadun tentera laut AS itu terdedah selepas rakaman dimuat naik di laman web YouTube menunjukkan empat askar AS berpakaian celoreng kencing di atas mayat tiga lelaki yang didakwa anggota Taliban.

Semasa melakukan perbuatan memalukan itu, seorang daripada tentera dalam video itu dapat didengar mengeluarkan kata-kata "semoga bergembira, kawan" kepada mayat tersebut sementara seorang lagi askar membuat jenaka memualkan mengenai tindakan mereka.

Pendedahan itu memaksa jurucakap tentera laut AS, kelmarin, mengumumkan siasatan akan dijalankan mengenai kesahihan video itu.

Perbuatan askar AS itu dikecam kumpulan hak asasi Islam di AS.

"Askar yang bersalah mesti dihukum dengan hukuman paling berat angkatan tentera dan mengikut undang-undang," menurut Majlis Perhubungan Amerika-Islam.

Sebelum ini, askar AS pernah melakukan perbuatan serupa apabila gambar diterbitkan majalah Rolling Stone, Mac tahun lalu, menunjukkan anggota tentera mengambil gambar dengan seorang budak lelaki Afghanistan yang dibunuh mereka. -SH



7 ulasan:

..cik faTiha Tea'ah... berkata...

sangat kurang ajar dan biadap!

Tanpa Nama berkata...

tentera kuffar yg tidak mengenal temadun cukup kurang ajar.

Oniemeth berkata...

OIC n negara2 islam lain,apa lg yg nk di tnggu tatkala melihat sndiri akan kebiadapan n kekejaman tentera US yg melangkaui dr peradaban manusia sbnrnya..sudah trlalu lama negara n umat islam diperkotak katikkan. ayuh! hentikan permusuhan ssama sndiri,bersatulah..maruah umat islam wajib dibela..ayuh! MULAKAN perjuangan..jihad kalian,khususnya OIC n buat negara2 islam lainnya amat2 dituntut n ditagihkan..

adanaberkat berkata...

harap 'anu' merekakan merana kerana perbuatan kurang ajar tu...

Amuraria berkata...

NI KES KIRA KECIK LA KALU NAK BANDINGKAN DENGAN YANG DEPA BUAT NAYA KAT GUANTANAMO ! ADA NEGARA ISLAM KISAH ?

Tanpa Nama berkata...

Tentera amereka kencin kat mayat org islam,kera jaan kita kencin kat kita yg masih hidup-hidup,semoga pembalasan setimpal bg perbuatan mereka2 yg dilaknati allah.Sniper

Tanpa Nama berkata...

Komen yang marah-marah tu jangan hanya tau nak marah. Cuba fikir kenapa negara-negara Islam tak bangkit memprotes? Adakah kerana mereka tak marah macam kita? Rasa-rasanya mereka macam kita tak sanggup melihat penghinaan sebegeni .Tapi apa boleh buat umat islam tak kuat , nak pertahankan maruah pun tak mampu.PERSOALANNYA KENAPA KITA TAK KUAT? JAWAPAN MUDAH , KITA BERCAKARAN SESAMA KITA,PERTAHAN EGO MASING-MASING .Macam apa yang berlaku dalam negara kita. Yang untung siapa? Kafir juga!!