12 Jan 2012

Hassan Ali, Sila Letak Jawatan Exco Segera.

PAS hantar surat rasmi minta Hasan digugurkan

PAS telah menghantar surat rasmi kepada kerajaan negeri Selangor bagi memaklumkan bahawa exco kerajaan negeri, Datuk Hasan Mohd Ali telah dipecat daripada menjadi ahli parti itu.

Menurut Harakahdaily, makluman pemecatan itu dibuat melalui sepucuk surat yang dihantar kepada pejabat Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada jam 2.00 petang semalam.

“Surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali itu disampaikan melalui faksimili.

“Surat itu disahkan penerimaannya oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husein,” petik portal rasmi PAS itu.

Bagaimanapun Harakahdaily tidak menyatakan sama ada pengganti Hasan ada dinyatakan dalam surat berkenaan.

Semalam, Hasan Ali tidak hadir pada mesyuarat exco di Shah Alam dan menurut rakan sejawatannya, Ronnie Liu, bahawa beliau sedang bercuti.

Ahad lalu, jawatankuasa pusat PAS semasa mesyuaratnya selama lebih tiga jam di Kuala Lumpur, membuat keputusan memecat Hasan berkuatkuasa serta merta.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, pemecatan dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS.

Hasan didakwa menimbulkan keresahan pelbagai pihak khususnya di kalangan anggota dan penyokong Pakatan Rakyat kerana mengambil pendirian bercanggah dengan partinya dan pembangkang.

Antaranya mempersoalkan konsep dasar negara kebajikan yang dterajui PAS.

Pemimpin kontroversi yang dikatakan mesra dengan Umno itu, sebelum ini mengecam golongan bukan ulama dalam PAS dan menuduh parti itu telah menyeleweng daripada perjuangan Islam.

Hasan mempunyai 30 hari bermula tarikh keputusan pemecatan untuk membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulama PAS. -mk


Pecat Hasan: PAS maklum kepada Kerajaan Selangor

KUALA LUMPUR,11 Jan: PAS telah menghantar surat rasmi kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi memaklumkan bahawa Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohd Ali telah dipecat daripada menjadi ahli PAS.

Pemakluman itu dibuat melalui satu surat yang dihantar kepada pejabat Menteri Besar Selangor jam 2.00 petang tadi.

Surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali itu disampaikan melalui faksimili.

Surat itu disahkan penerimaannya oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husein.

Hasan Ali telah dipecat sebagai ahli PAS melalui satu mesyuarat Jawatan Kuasa PAS Pusat pada 8 Januari lepas.

Bagaimanapun beliau diberikan peluang untuk membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulama PAS dalam tempoh 30 hari bermula pada tarikh keputusan pemecatan. -HD


Ulasan GB

Hasan Ali di dalam program Soal Jawab TV3 berkata, beliau tidak kisah jika digugurkan daripada jawatan exco serta tidak dipilih semula untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya.

“Yang jelas adalah perjuangan saya mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan institusi raja-raja.”

“Bagi saya ketiga-tiga ini merupakan landasan yang sangat penting dari dulu sampai sekarang,” katanya. -petikan TMI 22/12/2011


Sekarang kenapa terkial-kial untuk letak jawatan?

Anda tidak lagi berhak dan tidak layak memegang jawatan itu. Anda tidak lagi mewakili PAS.

15 ulasan:

Yong berkata...

Jawatan itu milik wakil rakyat kerajaan PR yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP. Hassan Ali ni parti aper pulok?

tanda soal berkata...

Islam adalah syumul, so x payah lah tekankan isu bangsa & raja... rasanya dia x betul2 fahami Islam sebenarnya... Lepaskan jawatan & tumpu pada apa yg di impi2 selama ini...

Tanpa Nama berkata...

oi, hassan ali.
kalau mu rasa kuat & handal.
lepaskan jawatan exco & wakil rakyat.
jangan ikut perangai ibrahim katak
menang atas tikit pas
tapi melalak dibawah payung umnoooooooo.
mengkhianati kepercayaan nik aziz & pas.
where got road lah.

Tanpa Nama berkata...

Oi.....Hasan + Ibrahim Ali !! buat la parti katak kamu berdua sendiri dan jeritlah sekuat mana yang kau orang hendak....hehehehe

Tanpa Nama berkata...

sayang ke jawatan jugak tuu..org dah pecat blah ajer laaa tak der maruah ...

Tanpa Nama berkata...

Kalau rasa dah hebat sangat, ayoh melalaklah sepuas-puasnya. Sekarang kan dah jadi wakil rakyat bebas. Buatlah sebebas-bebasnya, wahai keturunan Ali-Ali ketayap. Jangan ingat hang bekas Prof. hang rasa pandai sangat..... piiiilah.....

Tanpa Nama berkata...

apa yg dicarik hassan ali ni.....

Tanpa Nama berkata...

hasan ali kena le akur dan patuh untok letak jawatan EXCO.Hasan ali dilantik EXCO atas perlantikan parti PAS bukan peribadi.Orang akan hurmat bila kita tunjuk contoh dan tauladan yang baik.

Tanpa Nama berkata...

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Lirik lagu baru Jamal buat 2 orang anak Ali

MNazri berkata...

Tak kisah jawatan Exco konon!
Haa.. Tunggu apa lagi? Berambus lah ngko dari jawatan exco ngko tu.. Takyah nak cerita lebat, nak manis mulut, org dah menyampah..ko paham tak? MENYAMPAH!

Tanpa Nama berkata...

Hasan Ali janganlah anggap kami berada diluar PAS itu bodoh dan mudah diperbodohkan dengan tingkah laku dan kenyataan yang dikeluarkan oleh anda, kalau hasan ali rasa dirinya hebat tubuhlah parti sendiri bersama pengikut anda, anda bukanlah ULAMAK, anda hanya seorang motivasi sahaja.
Pandangan Hasan ali terhadap orang sekelilingnya adalah orang yang bodoh dan mudah diperbodohkan,
HASAN ALI YANG anggap dirinya PANDAI.
undi pru ditangan rakyat,RAKYAT yang beri kuasa pada anda untuk memerintah dimasa dahulu.

Tanpa Nama berkata...

boooo
Hassan Ali tak mauuuuu
BOOOOOOOOO!!!!!!!!!!!!!

WAKAKAKAKAKKAKAKA!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Hasan Ali dah sampai kepenghujung jalan.Satu iktibar kepada pemimpin yang ego dan bongkak.Pepatah Spanyol:Jika kamu fikir diri kamu hebat,orang lain bodoh,kamu hanya perlu melawat tanah perkuburan,disana kamu akan mendapti hanya ketulan-ketulan batu.

samagreen berkata...

Ni smua ujianNya san!!

Dulu kamu dipuji melambung seantoro dunia. Skrg apa dh jadi!!

Mufti pun pasrah!!

Tapi san, dlm keji tu...... bukan sikit jugak yg simpati dan sayang..... u might b lonely, but u r not alone!! Brsuyukurlh dgn apa yg ada, pasti Dia tambah lagi dari sumber yg kita sendiri tk sedar!!

"Brsabarlah, dan kuatkan sabar...." antara 4 prkara utk menang dunia akhirat!! (ayat akhir ali imran)

1 Malaysia berkata...

Nampak sangat kemunafikannya.
Masa depan TV 3/4, dia kata tak kisah kalau dipecat maupun digugurkan.
La ni bila orang pecatkan dia, dia buat hilangkan diri sebab tak sanggup terima surat "buangan" dia.
Letaklah secara terhormat sebelum dipecat pulak kali kedua oleh MB Selangor, ingat2, kali ni dipecat bukan oleh PAS tapi PKR. Sudah tentu alasan "DSAI" akan dijadikan modal 100%.
Dulu mukanya bersih. Sekarang bila AKU tengok mukanya yang tembam, teringat AKU akan muka Ba Alif Ba Ya. Ya, Allah swt, maafkan AKU yang terlanjur mencarut.