25 Jan 2012

Kain Rentang Fitnah Pemuda PAS Selangor, Salah Siapa?

Pemuda PAS Selangor kecam pasang kain rentang

KUALA LUMPUR, 24 Jan: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengecam tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak yang cuba untuk melaga-lagakan Pemuda PAS negeri dengan kepimpinan Pakatan Rakyat negeri Selangor apabila didapati beberapa kain rentang telah dipasang di Selangor yang menunjukkan sikap tidak puas hati Pemuda PAS Selangor.

Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan menegaskan pihaknya menafikan segala kenyataan yang tertera di kain rentang tersebut dan menganggap tindakan itu hanyalah tindakan pihak yang ‘nakal’ yang cuba untuk mengeruhkan hubungan baik Pemuda PAS negeri dengan kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor telah mengarahkan pemuda-pemuda di setiap kawasan untuk menurunkan kain-kain rentang ini dan membuat laporan polis di tempat masing-masing,” ujarnya dalam satu kenyataan. -HD

Ulasan GB

Baru saja GB tegur sikap dan pendirian Pemuda PAS Pusat yang mahu mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berikutan perubahan portfolio 'penting' yang sebelum ini disandang oleh PAS.

Sikap dan pendirian Pemuda tidak seiring dengan pendirian pimpinan PAS Pusat tetapi lebih mirip kepada sikap dan pendirian UMNO.

GB mengulas begini, petikan:

Agak aneh pendirian Pemuda PAS. Sepatutnya mereka pergi bertemu pemimpin PAS terlebih dahulu sebelum pergi menemui MB Selangor.

Pendirian Pemuda PAS seperti seolah-olah masih berdiri teguh di belakang Hassan Ali dan membelakangi pendirian PAS Pusat di dalam hal berkenaan. Ketua Pemuda PAS "hadir" melalui sajaknya.

Peliknya pendirian Pemuda PAS semakin jelas semasa wakil mereka menyertai Himpun Sejuta Rakyat yang dihadiri Hassan Ali dan beberapa pemimpin UMNO sedangkan PAS Pusat & PAS Selangor telah menyatakan pendirian jelas tidak menghadirinya. Walaupun tidak menghalang ahli menghadirinya, tetapi sepatutnya semua ahli PAS memahami mesej Presiden PAS ketika itu.

Dan kini, pendirian Pemuda PAS di dalam isu potfolio seiring sejalan dengan pendirian UMNO, berdalih dengan menyatakan bahawa "khuatir sekiranya berlaku perbuatan ‘tikam belakang’ oleh pihak tertentu" sedangkan selama ini yang tikam belakang ialah Pemuda PAS sendiri!


Ternyata apa yang dinyatakan di atas akhirnya menjadi kenyataan. Pihak "tertentu" mengambil kesempatan daripada pendirian Pemuda PAS untuk menaikkan kain rentang menyatakan DPP Selangor menuntut jawatan EXCO Agama daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




6 ulasan:

zailani berkata...

setuju dengan pandangan saudara...kadang kadang sakit hati bila melihat cara Dewan Pemuda PAS menangani satu satu isu....nampak tidak matang dan cetek berpolitik...mungkinkah mereka ini termasuk dalam golongan 'kemuncup' dalam perjuangan sebagaimana maksud TG Nik Aziz...?

Tanpa Nama berkata...

pandangan DPP Selangor yang seakan ada agenda yang tersirat. Kalau nak bantah pun , lihatlah keliling kita kerana ada yang lebih terpenting dari yang penting, wala' kepada kepimpinan adal kunci kejayaan , di dunia mahu pun diakhirat nanti.

Tanpa Nama berkata...

cara berfikir dan bertindak ketua dan timbalan dpp pusat (nasruddin hassan tantawi & nik abduh) amat meresahkan ahli2 jemaah kerana mereka dilihat sebagai penyokong kuat UG selama ini yang berdiri teguh di blkg Hassan Ali.

kedua-dua mereka perlu dicari ganti.

Tanpa Nama berkata...

Itu lah bezanya pas dulu dan sekarang

Tanpa Nama berkata...

anon 12:42 PM,

yg kain rentang tu fitnah utk DPP selangor, org lain yg buat, betul tak tekaan saya, jgn termakan umpan musuh, mereka saja melaga-lagakan org pas.

dan saya bersetuju sgt2 dgn anon 1:36 PM, 2 org yg disebut tu pastikan diganti dgn org lain dlm next pemilihan, ahli2 pas dah tak tahan dgn gelagat 2 org ni, termasuklah nasharuddin mat isa dan geng UG yg lain2 tu.

rmj berkata...

Dulu zaman ayh saya masih aktif dlm PAS.,

Dia bersama rakan terhencut hencut memasang Poster.,bulan bintang.,dan berhadapan dgn pemuda tahan lasak umno.

Waktu itu setiap kata senada dari pucuk pimpinan sahingga lah macai bawahan.,hati dan tekat hanya satu,berjuang utk meneggakan Agama/hukum(Islam).

Tapi hari nie..bila sudah bolh berjalan dgn maksud ada tanda tanda dah nak bolh berlari.,berbagai bagai karenah berabangkit.,dan dlm banyak pelaksanaan keputusan.,selalu saja berbeza beza.

Kalau begitu lebih baik PAS mcm dulu semua bersatu dlm apa jua keadaan.,wpun tidak menang dlm pilihanraya.,tapi Jemaah PAS amat kuat dlm soal Agama.