21 Jan 2012

Isu Portfolio Ugama Selangor: Pendirian Pemuda PAS Pelik

Apa makna orang agama kalau wang zakat disalahguna?

KUALA LUMPUR, 20 Jan: “Apa makna jawatan tertentu kalau diserahkan kepada golongan agama sekalipun, jika wang zakat pun boleh disalahgunakan seperti yang diledakkan Ketua Audit Negara?”

Itulah jawapan ringkas berbentuk soalan daripada Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) untuk membalas serangan bertubi-tubi media Umno terhadap PAS dalam isu exco agama kerajaan negeri Selangor.

Bagi beliau, serangan Umno menandakan pemikiran Umno masih berada di kotak lama kerana menganggap exco agama mesti diberikan kepada PAS, seolah-olah orang lain tidak layak; atau PAS hanya layak pegang exco agama; sedangkan portfolio lain tak layak.

Dalam memegang jawatan dalam apa bidang sekalipun, Tuan Ibrahim menegaskan yang penting ialah amanah seperti yang dinyatakan dalam satu nasihat Nabi Muhammad kepada Abu Zar Radiallahu'anhu.

“Dalam satu peringatan Rasulullah kepada Abu Zar Radiallahu'anhu, baginda menyatakan:

"Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah, sedangkan jawatan ini adalah amanah, dan ianya adalah penyesalan di hari akhirat, melainkan kamu menerimanya di atas kelayakan kamu dan kamu menunaikan hak kepada yang berhak menerimanya (tunaikan amanahnya).

"Jelas apa yang penting penyandang adalah mesti seorang yang amanah. Apa makna jawatan tertentu kalau diserahkan kepada golongan agama sekalipun, jika wang zakat pun boleh disalahgunakan seperti yang diledakkan Ketua Audit Negara?” kata beliau.

Kenyataan beliau ini dipercayai merujuk kepada kontroversi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggunakan dana zakat sebanyak RM63,650.00 untuk sebagai pendahuluan membiayai kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir dalam menangai kes permohanan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut berpendapat bahawa kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan perakuan untuk mengadakan perbincangan dengan PAS dalam isu-isu agama dan merujuk kepada pakar dalam isu-isu hukum telah menggambarkan kepada rakyat, sikap berhati-hati yang diambil kerajaan Selangor dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawab kepadanya.

Dalam perlantikan Dr Yunus dengan sokongan padu Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman, Tuan Ibrahim berkata ia memperlihatkan kepada umum betapa kepimpinan PAS bukanlah golongan yang mengejar jawatan. -HD

Exco agama: Yang pentingnya amanah, kata Mohd Sabu

KUALA LUMPUR, Jan 20: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) berkata, bukan semestinya orang belajar agama sahaja yang boleh mengambil tugas Exco hal ehwal agama, tetapi perlukan seorang Muslim yang amanah, jujur dan ikhlas.

Lagipun, katanya, Pembantu Exco Hal Ehwal Agama adalah kekal dipegang Adun PAS iaitu Dr Shafei Abu Bakar (Bangi).

Beliau berkata demikian ketika menyokong hujah Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam isu jawatan exco agama kerajaan Selangor.

Semenjak Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama yang disandang oleh bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang dipecat, media Umno telah bertubi-tubi menyerang isu ini kononnya PAS tidak Islam lagi tanpa portfolio tersebut.

Menjawab serangan tersebut, Mohamad berpendapat langkah Khalid adalah tepat kerana dengan pilihanraya umum yang semakin dekat, adalah perlu untuk satu institusi yang lebih besar untuk mengawal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“(Oleh itu), adalah lebih baik untuk Tan Sri Khalid mengambil exco agama. Bukan semestinya orang agama sahaja yang boleh ambil tugas itu, asalkan ia amanah, jujur dan ikhlas.

"Nasib yang melanda (Datuk Seri) Jamil Khir dan (Tan Sri) Muhyiddin Yassin memberitahu kita, yang penting ialah amanah dan takut pada Allah, bukannya siapa yg menduduki satu jawatan,” kata beliau kepada Harakahdaily.

Kedua-dua menteri Umno yang disebut Mohamad itu kini terlibat dalam skandal dakwaan salahguna kuasa dan wang.

Jamil terpalit dengan skandal menggunakan wang zakat untuk membayar kos guamannya, manakala Muhyiddin pula tertekan sebagai menteri yang meluluskan projek RM250 untuk Pusat Fedlot Kebangsaan (NFC) kepada keluarga Ketua Umno Wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Awal pagi ini, Tuan Ibrahim menegaskan amanah merupakan benda terpenting dalam memegang jawatan dalam apa bidang sekalipun.

“Dalam satu peringatan Rasulullah kepada Abu Zar Radiallahu'anhu, baginda menyatakan:

"Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah, sedangkan jawatan ini adalah amanah, dan ianya adalah penyesalan di hari akhirat, melainkan kamu menerimanya di atas kelayakan kamu dan kamu menunaikan hak kepada yang berhak menerimanya (tunaikan amanahnya).

"Jelas apa yang penting penyandang adalah mesti seorang yang amanah. Apa makna jawatan tertentu kalau diserahkan kepada golongan agama sekalipun, jika wang zakat pun boleh disalahgunakan seperti yang diledakkan Ketua Audit Negara?” kata beliau.

Menyambung hujah Tuan Ibrahim, Mohamad berkata tiada gunanya sekiranya seorang ustaz diletakkan di sesuatu jawatan “kalau dana zakat yang terang-terang salah boleh dihujahkan sebagai betul.”

“Buat apa? Tapi untuk Umno, lainlah, mereka parti yang suka tegakkan benang basah. Laporan ketua Audit Negara dah kata NFC bermasalah, masih nak buat audit baru untuk confirm audit ketua negara,” sindir beliau.

Muhyiddin yang turut terpalit dengan isu skandal NFC telah secara ironisnya mengumumkan hasrat kerajaan melantik sebuah firma perunding perakaunan bagi tujuan menjalankan penelitian wajar untuk mengaudit projek Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Cadangan tersebut dibantah oleh Jingga 13 dengan alasan Muhyiddin sebagai menteri yang terlibat dalam skandal tersebut sudah tidak mempunyai kredibiliti dan integriti lagi untuk berbuat demikian kerana sudah pasti ia akan menimbulkan prejudis oleh seluruh rakyat Malaysia. -HD


“Bahkan rela diberi kepada orang lain yang difikirkan sesuai dan layak demi memperkasakan jentera parti,” tambah beliau. -HD

Isu portfolio: Pemuda Pas mahu temu MB

SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas mahu mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berikutan perubahan portfolio 'penting' yang sebelum ini disandang oleh wakil rakyat parti Islam itu.

"Dalam masa yang sama juga, kami ingin mendapat gambaran penyusunan semula portfolio dan skop kerja bagi pimpinan Kerajaan Negeri Selangor selepas ini setelah berlakunya rombakan kecil portfolio yang telah diumumkan oleh Tan Sri Khalid (kelmarin)," kata Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss dalam satu kenyataan.

Beliau melahirkan pendirian itu menyentuh rombakan kecil Exco Kerajaan Negeri Selangor ekoran pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Pengerusi Jawatankuasa Adat Resam, Belia dan Sukan.

Adun Pas itu dilantik bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dipecat awal bulan ini.

Sebelum ini, Hasan, yang juga Adun kerusi Gombak Setia, mewakili Pas, diberi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Perubahan itu mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian ahli Pas dan juga dikritik pesaing politik parti itu.

Semalam, Ketua Pemuda Pas pusat, Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, sayap itu khuatir sekiranya berlaku perbuatan ‘tikam belakang’ oleh pihak tertentu sama ada dari parti itu mahupun dalam Pakatan Rakyat (PR) ekoran tidak bersetuju dengan pelantikan Dr Ahmad

Dr Ahmad Yunus sebagai Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, kelmarin.

Katanya, pemimpin dan penyokong PR yang tidak berpuas hati perlu menerima seadanya calon itu bagi melicinkan urusan pentadbiran negeri.

“Nasihat saya, jangan pinggir beliau (Ahmad) yang dilantik Menteri Besar selepas mendapat persetujuan semua pihak. Satu lagi, jangan buat perkara tidak baik seperti boikotnya kerana boleh menjejaskan program dirancang nanti untuk kebaikan kerajaan Selangor.

“Saya bimbang sekiranya mimpi ini jadi kenyataan dan timbul protes daripada mereka tidak suka kepada calon yang dilantik. Apa pun, paling penting, kita jangan khianatinya dan biarlah beliau menjalankan tugas serta amanah yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataannya di laman sosial berbunyi, 'Kalau hendak berkawan biar tahu membaca ragam. Kalau hendak berkawan biar tahu membuka gelanggang. Pas kawan siang dan malam, tetapi kenapa maruahnya dilagang.'

Khalid, dalam komennya semalam berkata, perubahan portfolio Exco yang dibuat kelmarin adalah selepas mengambil kira beberapa faktor antaranya pilihan raya umum yang semakin hampir serta bagi memastikan pengurusan pentadbiran lancar.

Katanya, beliau mengambil alih portfolio hal ehwal agama kerana adalah tidak adil sekiranya Exco yang baru yang juga merupakan Adun Sijangkang diberikan tanggungjawab tersebut.

Menurutnya, sebagai Exco baru Dr Ahmad Yunus memerlukan masa untuk memahami sistem yang ada.

Dr Ahmad Yunus kini memegang portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan.

Khalid berkata, tugas Exco Hal Ehwal Agama digalasnya kerana setiausaha Kerajaan Negeri dan penasihat undang-undang terdiri daripada ahli Majlis Agama Islam Selangor (Mais) maka ia memudahkan beliau untuk memantau perkembangan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Beliau berkata, rombakan tersebut perlu dilakukan setelah mengkaji faktor-faktor tersebut. -SH


Ulasan GB

Agak aneh pendirian Pemuda PAS. Sepatutnya mereka pergi bertemu pemimpin PAS terlebih dahulu sebelum pergi menemui MB Selangor.

Pendirian Pemuda PAS seperti seolah-olah masih berdiri teguh di belakang Hassan Ali dan membelakangi pendirian PAS Pusat di dalam hal berkenaan. Ketua Pemuda PAS "hadir" melalui sajaknya.

Peliknya pendirian Pemuda PAS semakin jelas semasa wakil mereka menyertai Himpun Sejuta Rakyat yang dihadiri Hassan Ali dan beberapa pemimpin UMNO sedangkan PAS Pusat & PAS Selangor telah menyatakan pendirian jelas tidak menghadirinya. Walaupun tidak menghalang ahli menghadirinya, tetapi sepatutnya semua ahli PAS memahami mesej Presiden PAS ketika itu.

Dan kini, pendirian Pemuda PAS di dalam isu potfolio seiring sejalan dengan pendirian UMNO, berdalih dengan menyatakan bahawa "khuatir sekiranya berlaku perbuatan ‘tikam belakang’ oleh pihak tertentu" sedangkan selama ini yang tikam belakang ialah Pemuda PAS sendiri!

Pilihanraya semakin hampir, Pemuda PAS masih di takuk itu. Lembab belajar dan lambat berubah.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pemikiran tahap sekolah pomdok

a.samad jaafar berkata...

sejak memegang jawatan ketua pemuda PAS..aku belum pernah yakin padanya..

Tanpa Nama berkata...

Itu lah bezanya org lama dlm pas dan org baru dlm pas ( pemuda )

Tanpa Nama berkata...

boring betul dengan kisah orang selangor ni...jangan jadi duri dalam daging....menyusah kan orang je....negeri lain cool jer...yakin dan istiqamah dalam perjuangan...orang Islam kenalah yakin dengan Ulama yg berjuang untuk Islam.

Tanpa Nama berkata...

ha'a pelik. nak kata bodo atau apa... siap buat kenyataan di tenet:
'Kalau hendak berkawan biar tahu membaca ragam. Kalau hendak berkawan biar tahu membuka gelanggang. Pas kawan siang dan malam, tetapi kenapa maruahnya dilagang.'

dlm isu pertukaran exco drp org yg dipecat kpd pemimpin pas yg baru, ada ka maruah pas didagang??? tak ada kan? so apa cerita ni.

“Nasihat saya, jangan pinggir beliau (Ahmad) yang dilantik Menteri Besar selepas mendapat persetujuan semua pihak. Satu lagi, jangan buat perkara tidak baik seperti boikotnya kerana boleh menjejaskan program dirancang nanti untuk kebaikan kerajaan Selangor.

ada ke org nak pinggir exco baru pas ni? ada ke org nak boikot melainkan geng UG tu lah agaknya dan geng2 hasan ali. mungkin org selangor lebih tau. pd pandangan saya kalau nak nasihat geng sendiri, tak payahlah heboh2 kat org luar, pergilah slowtalk dgn geng sendiri saja. di luar sana majoriti org pas elok2 saja, parti intact aja, tak masalah apa2, takut nnti nampak pulak macam pas ada masalah besar pulak, lebih2 lagi dlm musim nak buat p/raya umum, silap cakap akan dicanang oleh musuh sbg maasalah besar, takkan itu pun tak belajar2 lagi.

pas kena tarbiah pemimpin kepala otak tak berapa telly dgn parti, mereka selalu bagi gambaran negetif pd parti, paling penting jgn lagi lantik pemimpin yg macam ni. pewakilan kena ambil perhatian.
pewakilan berdosa jika salah lantik sebab mereka mewakili ahli2 biasa yg setia yg tak dpt memilih.