24 Jan 2012

Isu NFC: Rafizi Tempelak Ibrahim Ali Pertikai Laporan Audit

Isu NFC: Rafizi terkejut kenyataan Presiden Perkasa

SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyelar kenyataan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sambil menyifatkan beliau cuba ‘berlagak pandai’ dalam isu projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Beliau menegaskan, Ibrahim seolah-olah cuba mengugut Ketua Audit Negara dengan memaksa memberin kenyataan rasmi bahawa tidak wujud masalah dalam projek berkenaan.

“Saya terkejut dia (Ibrahim Ali) berani kata Ketua Audit tak buat kerja, buat laporan pun salah. Sedangkan dia tu siapa? Seorang yang tidak ada pengalaman langsung dalam bidang tu.

“Tekanan yang diberikannya adalah satu intimidasi yang serius kepada Ketua Audit, dia tak ada hak nak campur tangan sebab memang terbukti dia tiada kepakaran dan tidak tahu hujung pangkal siasatan. Dia tak ada hak nak tentukan apa yang patut Ketua Audit buat,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Kelmarin, Ibrahim berkata, "kami mendesak beliau membuat kenyataan rasmi mengenainya dan berlaku adil kepada semua pihak supaya seseorang itu dibela atau dihukum atas sebab yang sah faktanya, bukan kerana persepsi politik."

Ibrahim berkata demikian selepas bertemu dengan Pengerusi Eksekutif Fidlot Nasinal Corporation (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail.

Menurut Rafizi, tindakan presiden Perkasa itu perlu diambil perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana bimbang boleh mengganggu siasatan ke atas NFCorp.

Beliau berkata, penglibatan Perkasa dalam hal ini menampakkan kepada dimensi baru skandal yang mungkin cuba digunakan NFCorp melalui politik untuk membersihkan nama syarikatnya

“Tindakan ini memburukkan keadaan, sudah empat tahun kebelakangan ini, kedudukan Audit Negara dilihat sangat penting dalam membongkar kes rasuah, melalui siasatan mereka kita sebagai rakyat dapat siasat balik.

Sementara itu, Rafizi turut menempelak dakwaan Ibrahim yang mengatakan beliau membeli maklumat daripada bekas pekerja NFCorp atas tujuan untuk membantu pekerja terbabit untuk membalas dendam.

“Saya nafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia kononnya saya membeli maklumat secara sulit. Apa tujuan dia nak cakap macam itu,” katanya. -SH

PKR: NFC Perlu Beri Penjelasan bukan Upah NGO

SHAH ALAM, 23 JAN : Tindakan Perbadanan Fitlot Kebangsaan (NFC) yang cuba menutup pelbagai penyelewengan berhubung salah guna dana rakyat secara politik disifatkan sebagai tindakan menutup isu asal berhubung pemberian projek kepada kroni yang menjadi amalan Umno selama ini.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, pihak NFC seharusnya menumpukan sedikit masa untuk mengemukakan bukti bagi menafikan dakwaan yang dibuat berhubung penyelewengan dana rakyat oleh syarikat berkenaan yang gagal dilakukan sehingga hari ini.

Namun sebaliknya menurut Rafizi, NFC sejak kebelakangan ini dilihat menggunakan agenda politik dengan membawa masuk 'kaki-kaki pukul' seperti Perkasa untuk membela mereka.

Sementara itu menurut Ketua Penerangan PKR, Dr Mohamad Nur Manuty, pihaknya tidak menolak kemungkinan NGO yang digunakan untuk memberi kenyataan kepada media dibayar untuk berbuat demikian.

Ikuti berita lanjut melalui vedio dibawah. -tvsnews






8 ulasan:

Amuraria berkata...

BILA SANG KATAK MEMBELA SANG PENYAMUN B!

pekaka berkata...

WAHAI IBRAHIM ALI, PEKASAM, TAK PAYAH LA MENYALAK MACAM ANJING, DUNIA DAH TAHU SIAPA DIA IBRAHIM ALI , KATAK,ANJING KURAP,JANGAN NAK JADI SERUPA TIKUS BAIKI LABU INI MASAALAH AUDIT NEGARA BUKAN NYA LAYAK PEKASAM MASOK CAMPUR POORAHH

1 Malaysia berkata...

Setiap kali bila ada pihak yang membongar penyelewengan, depa akan dituduh berniat politik. Hanya "manusia" bodoh @ spesis katak saja yang percaya bahawa laporan audit disediakan bermotifkan politik. Dah la katak, katak yang bodoh pulak.
Katak ini cuba kaitkan bukan Melayu dalam hal ini dengan menuduh depa ditipu dan dikhianati oleh pegawai bukan Melayu. Alasan yang dangkal. Yang sedih ialah Melayu ditipu oleh Melayu spesis katak ni.
Sudahlah. Sudahlah. Sudahlah. Kalau Melayu asyik cuba tipu Melayu, jadi tak hairanlah Bukan Melayu dok gelak kat kita. Maka benarlah Melayu memang tak pakai otak dalam menilai sesuatu isu tetapi lebih kepada perasaan @ sentimen.
Bagi AKU, sesiapa saja yang tipu @ seleweng, semuanya adalah salah, tanpa merujuk kepada keturunannya. AKU khuatir suatu hari nanti, Melayu akan dilabelkan sebagai bangsa yang korup (atau memang dah dicop sedemikian).

Tanpa Nama berkata...

Kalau dilihat balik apa-apa kenyataam dari Ibrahim Ali cukup 'ditakuti' oleh Agensi Kerajaan. APAKAH SEBENARNYA SUARA IBRAHIM ALI ITU SUARA PERDANA MENTERI NAJIB YANG BERSELINDUNG?

Tanpa Nama berkata...

KATAK DGN LEMBU NI SEDARA KEMBAR.
KATAK BOLEH JE DUDUK ATAS BELAKANG LEMBU, DEKAT JUBUR TAHIK.
KATAK BOLEH JE TUNJUK KAT LEMBU TU, NAK MAKAN RUMPUT HIJAU @ NAK LOPAK AIR.
LEMBU NI BAGI JE, KATAK TOMPANG SEKAKI.. KOT BOLEH KONGSI MAKAN SAMA-SAMA.
kongkongkong....bohhhhhh!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Breheng Ali masih tak sedar siapa diri dia tu. Dunia sekarang orang samseng dah tak dihormati bukan macam zaman dulu dimana bapa dia (Breheng) orang samseng (gedebe) orang hormat dan dilantik menjadi tok Gawa (Penggawa).

Makin hari makin orang meluat dengan cakap-cakap Breheng yang bermuka tembok.

Tanpa Nama berkata...

Brahem ni tengak cari mileage politik. Dia sedar masa PRU 13 yang akan datang ni confirm beliau jadi calun bebas di Pasir Mas. Nak dapat sokongan UMNO jangan haraplah. UMNO nak gunakan dia untuk menyalak seperti anjing buruan (Anjing Sukum), akhirnya dapat makan tulang. KIta tunggu dan lihat PRU 13 Brahem akan kehilangan wang deposit walau dimana beliau bertanding. InsyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

Katak oh katak kenapa kau panggil aku, mcamana tak panggil kau, pilihan raya dah nk dekat. time nilah aku segala katak2 yg ade dkt malaysia nk tonjolkan diri dan belang si katak.oooh katak terjun dgn labunya.........sian