22 Dis 2011

TGNA Bersuara, Halang Guna Media Musuh & Nafi Sokong Hassan Ali

Jangan guna media musuh – Nik Aziz

KOTA BHARU, 22 Dis: “Saya juga menyeru kepada semua pihak di dalam parti tidak lagi menggunakan media massa milik musuh politik PAS untuk memperkatakan tentang masalah dalaman parti,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS itu itu menyeru supaya perselisihan pandangan diselesaikan melalui mekanisme dalaman parti dan tidak memberikan peluru kepada musuh.

“Saya yakin, apa yang berlaku kebelakangan ini hanyalah merupakan ribut kecil yang sengaja diperlihatkan kencang di dalam media massa.

“Apa yang pasti selepas ribut kecil ini, turunlah hujan yang menyejukkan, insya Allah,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons berkaitan dengan Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat malam semalam yang memutuskan untuk memanggil bekas Pesuruhjaya Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip untuk memberikan penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit mutakhir ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyokong sepenuhnya keputusan itu dan menganggap ia sebagai satu langkah yang terbaik untuk meredakan kemelut yang sedang berlaku sejak kebelakangan ini.

“Selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), saya suka memberikan jaminan bahawa Majlis Syura Ulama selaku badan pemantau kepada parti sama sekali tidak akan berpeluk tubuh jika dasar parti dilanggar atau dirombak,” tegasnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Justeru, jelasnya dakwaan yang menyatakan bahawa Negara Berkebajikan yang disebut oleh Datuk Seri Presiden di dalam ucapan dasarnya di dalam Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini sudah tersasar dari perjuangan asal PAS adalah merupakan dakwaan yang tidak berasas.

“Di pihak Majlis Syura, kita menganggap idea Negara Berkebajikan yang disebut oleh Datuk Seri Presiden bukannya menggelincirkan PAS dari landasannya bahkan lebih mendekatkan masyarakat Malaysia kepada perjuangan PAS yang bercita-cita mendaulatkan Islam di dalam sistem pemerintahan,” ujarnya.

Dalam hal ini, katanya negeri Kelantan yang telah 21 tahun ditadbir oleh PAS menjadi rekod dan testimoni yang nyata terhadap cita-cita murni PAS itu.- HD

Nik Aziz nafi sokong Hasan Ali

KOTA BHARU, 22 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat menafikan beliau menyokong Datuk Dr Hasan Ali.

"Sukalah dinyatakan bahawa YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada menyokong atau tidak pendirian Datuk Dr Hasan Ali.

"Kenyataan terakhir YAB Tuan Guru dalam isu Datuk Dr Hasan Ali ialah menyerahkan isu ini untuk dikendalikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor dan seterusnya pimpinan PAS peringkat pusat.

"Justeru, tidak timbul isu YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS menyokong pendirian terkini Datuk Dr Hasan Ali," kata kenyataan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan itu.

Beliau mengulas laporan muka hadapan The Star semalam yang memetik bahawa pendirian Datuk Dr Hasan Ali disokong oleh YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am.

Ulasan ini dibuat ketika beliau sedang berehat di wad hospital.

"Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS masih berehat di dalam wad selepas dimasukkan ke sana pada hari Isnin, 19 Disember 2011.

"Keadaan beliau stabil dan insya Allah akan dibenarkan keluar sedikit masa lagi," kata kenyataan itu. -HD


Hasan Ali hits out at critics, says backed by Nik Aziz, ulama, Youth wing

KUALA LUMPUR, Dec 20 — Selangor PAS assemblyman Datuk Hasan Ali hit out today at his critics from within the party who have signalled he is not welcome, saying he has strong support from its top leaders as well as members from the Ulamak Council and the Youth wing.

“People say Datuk Hasan is isolated. I’m not,” he told a news conference at his home here today, refuting allegations from senior partymen that his comments on championing Islam, the Malay race and the royal institution were damaging to the party’s reputation.

“Tuan Guru Nik Aziz, two nights ago in a speech in Jeli, praised me for being highly-qualified, with a degree from the US,” Hasan (picture) told reporters, saying the PAS spiritual adviser had expressed sympathy and support for his stand in pushing the party’s original fight to make Malaysia an Islamic state.

He said he had received statements of support from the party’s religious quarters, the head of the Ulamak Council, Datuk Harun Taib, and its Youth chief Nasrudin Tantawi Hassan.


Hasan’s recent outspoken remarks backing political foe Umno’s push of the three “Rs” — religion, race, royalty — have raised the bristles of, among others, PAS secretary-general Datuk Mustafa Ali and vice-president Mahfuz Omar.

“I thought I must be objective, seen to be intelligent,” said the man who described himself as a “professional” instead of being grouped as an “ulamak” or conservative, as many believe him to be owing to his support of those three issues.

Calling Mustafa “arrogant”, Hasan demanded the senior partyman show proof he had been ensnared by Umno and was involved in the rival party’s agenda to weaken PAS.

He then lashed out at Mahfuz, whom he mocked as being “bankrupt of thought” for opening the door to his exit from PAS to enter Umno.

“I never thought that and I never will,” he said.

The Gombak Setia assemblyman backed down, however, from pushing for action to be taken against his two detractors, saying he left it to the top leadership to make the call.

But Hasan demanded the party take disciplinary action against Selangor information chief Saari Sungib, whom he claimed for initiating the internal conflict within the party.

He denied that he was unhappy or worried about being dropped for the next general election, as alleged, but urged the party to investigate the nomination process to clear the air over his candidacy. -TMI


Ulasan GB

Mursyidul Am telah bersuara menafikan kenyataan Hassan Ali yang kononnya beliau mendapat sokongan dari TG Nik Aziz. Ketua Pemuda dan Ketua Ulamak belum menafikan. Apakah Ketua Pemuda & ketua Ulamak menyokong pendirian hassan Ali yang menghentam PAS?

Mengguna penggunaan media UMNO, apa yang disampaikan oleh Mursyidul Am TG Nik Aziz tersebut bertepatan dengan apa yang GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Anehnya, Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa menggunakan media massa pro-UMNO menghentam PAS. Sesuatu yang pernah satu ketika digunakan oleh bekas pemimpin PKR bernama Datuk Zaid Ibrahim yang lantarannya beliau dihentam oleh ahli PKR (termasuk PAS juga).

Tapi berbeza dengan kes Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa. Mereka mengkritik parti menggunakan akhbar pencacai - dan sebahagian pemimpin PAS mempertahankan terutama mereka yang dikaitkan dengan UG.

Dahulu hanya GB bersendirian mengkritik Mustafa Ali kerana beliau dilihat merupakan master-mind UG di dalam PAS. Ramai juga yang menghentam GB selepas itu terutama dari kalangan UG yang "lubuknya" terdapat di Terengganu dan Selangor.

Tetapi apabila Mustafa sudah meninggalkan gagasan tersebut, maka GB tidak lagi mengkritiknya, malah bersyukur kepada Allah telah mengembalikan Mustafa Ali ke dalam saf perjuangan PAS yang sebenar.

Anehnya, yang mengkritik Mustafa Ali kini ialah pemimpin dan ahli yang masih setia dengan gagasan gila itu - kononnya Mustafa mendedahkan kelemahan pemimpin mereka secara umum tetapi mereka membisu apabila sebelumnya Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa mengkritik parti terang-terangan melalui media UMNO.



Laporan sebelum ini
klik untuk baca




11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah berapa kali dah nasihat macam ni TGNA dok cakap. Masa isu UG mola terbit dulu lagi dah, depa ni teatap dok layan sorat habaq UMNO..

Lagi tak pecat Dr. Hassan ni, dia akan ghairah bila Utusan Meloya nak buat press statemant pasai dia dah takmau dok dalam Pas dahh!!!

Tanpa Nama berkata...

Tuan Guru Nik Aziz sejak dulu lagi memang konsisten menolak UG.Bukan macam Presiden PAS,Hadi Awang yang "flip-flop" - sokong,tolak,sokong.Pendirian TGNA inilah yang menjadikan UMNO pening kepala hingga sangup menggunakan Istana Negara.Namun TGNA tetap tegas dan menolak UG.UMNO tak dapat nak beli mahu pun mempengaruhi TGNA.

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Tulah kata orang bila ada perselisihan pendapat sepatutnya awal-awal lagi pi muzakarah tapi yang dok lama tunggu lama-lama pasai apa ? Hingga kawan lain ketuk kepala ... sapa tak naik angin??

Bila dah terpaksa sangat terpaksa bagi statement melalui lidah orang lain tu menunjukkan lambat bertindak...nampaknya stail kawan makan kawan ni sama saja PAS dengan UMNO.....

Yang kurang terserlah dalam PAS kerana jarang sangat kes seperti ini tersebar luas...tapi kemaruknya hampir sama....

Maaflah kalau Pakcu masuk campur rumah laki bini orang lain tapi Pakcu sekadar sampai cakap-cakap orang ..itu pun kalau nak dengar dan nak ambil perhatian didepan hari..walahualam.

Tanpa Nama berkata...

Asalamualaikum
Apa yg susah sangat nak atasi masalah ni. Pak Hasan Ali ni dipecat sahaja dari parti PAS habis cerita. Dia merupakan duri dalam daging selama ni. Jangan tunggu lama-lama nanti sakit kepala.

Tanpa Nama berkata...

Asalamualaikum
Apa yg susah sangat nak atasi masalah ni. Pak Hasan Ali ni dipecat sahaja dari parti PAS habis cerita. Dia merupakan duri dalam daging selama ni. Jangan tunggu lama-lama nanti sakit kepala.

Tanpa Nama berkata...

Kepada Hassan Ali kalau nak bersama PAS lagi, letak jawatan EXCO dan tumpukan kepada PARTI sepenuhnya dan tumpukan juga kepada kawasan kerana banyak program yang memerlukan beliau ke kawasan. Kalau tak mahu bersama PAS sila 'angkat kaki'

Tanpa Nama berkata...

Kepada Hassan Ali kalau nak bersama PAS lagi, letak jawatan EXCO dan tumpukan kepada PARTI sepenuhnya dan tumpukan juga kepada kawasan kerana banyak program yang memerlukan beliau ke kawasan. Kalau tak mahu bersama PAS sila 'angkat kaki'

Tanpa Nama berkata...

sahabat semua, jangan dipecat si hasan ali ini. biarkan dia menjadi cacing kepanasan di dalam pas. jangan dibagi jawatan, jangan dijadikan calon malah jangan dilayan karenahnya kerana dengan sendirinya dia akan lari sehelai sepinggang malah meracau racau umpama laki yang gilakan talak. lagi lama dia nak duduk dalam pas, percayalah makin ramai yang akan meluat tengok muka HA. senang cakap kita tengok sapa yang lari malammm

jajajalan berkata...

Majlis Syura PAS sebulat suara untuk:
1- Memecat Hasan Ali daripada PAS.
2- Memberi amaran keras kepada Nasaruddin Mat Isa dan menggugurkan jawatan AJK PAS Pusat.
3- Ketua pemuda PAS dan Timbalannya diberi cuti 2 tahun untuk bersama Bob Lokman buat filem.

Tanpa Nama berkata...

hati sanubari hasan ali dah berada bersama umno cuma sebelum dia cabut terlebih dulu dia mengambil kesempatan untok membuat onar dengan cara itu pas terpaksa memecatnya kalau dia keluar sendiri nampak sangat tembelangnya oleh itu biarkanlah hasan ali dengan stratijinya.

Tanpa Nama berkata...

Dimana puncanya semua ni? Senang aje(kata Nujum Pak Belalang)- Jawabnya: Stopa Ali.PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak wajar pecat Stopa Ali dari jawatan S/U Agong dan Pengerusi Lembaga Pengarah Harakah.Walau pun Stopa Ali akan dipertahankan mati-matian oleh Presiden,Hadi Awang,tindakan tegas wajar dijalankan.Kalau Hadi Awang masih mempertahankan Stopa Ali,minta Hadi Awang letak jawatan.Nampaknya cacing sudah naik kemata.