22 Dis 2011

Masuk Derma Ke Akaun Peribadi: Awang Adek Perlu Disiasat

Masuk derma ke akaun ahli politik 'tak boleh diterima'

Badan pemantau rasuah - Transparency International Malaysia (TIM) - berkata tiada alasan yang sah untuk memasukkan sumbangan - politik atau tidak - ke dalam akaun bank peribadi.

Bercakap kepada Malaysiakini, Presidennya, Datuk Paul Low berkata amalan sedemikian membuka mengakibatkan berlaku penyalahgunaan.

"Menerima sumbangan melalui akaun bank individu sememangnya langsung tidak boleh diterima. Ia membuka banyak ruang untuk penipuan dan tuntutan falsu. Ia boleh disalahgunakan," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan rasuah yang melibatkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husin, Low berkata ia masih sukar bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuktikan kes.

"Ia akan menjadi sukar untuk membuktikan rasuah kerana tidak ada peraturan-peraturan yang mengatakan bahawa ahli politik tidak boleh menerima sumbangan," katanya.

Semalam, Awang mengakui menerima sumbangan wang tunai dalam tiga akaun peribadinya, tetapi berkata wang tunai itu adalah untuk program kebajikan di Bachok, di mana beliau merupakan ketua Umno bahagian. -mk

Awang Adek akui terima deposit, tapi...

Timbalan menteri kewangan Datuk Dr Awang Adek hari ini menjelaskan bahawa deposit wang ke dalam akaun peribadinya, seperti didakwa satu blog, merupakan sumbangan untuk program sosial.

Ketua bahagian Umno Bachok itu mengakui telah menerima sumbangan yang dipertikaikan itu melalui salah satu daripada tiga akaun peribadinya.

Akaun peribadi itu dibuka pada 2004 untuk membiayai program di kawasan Bachok, katanya.

Bercakap dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Awang berkata beliau mempunyai semua rekod transaksi daripada sumbangan berkenaan yang dikendalikan oleh seorang pegawai khas.

"Banyak syarikat dan individu derma untuk jalankan kegiatan dan program untuk rakyat Bachok, bahagian saya. Semua diuruskan melalui akaun saya.

"Rekod ada. Siapa bagi, ada. Perbelanjaan pun ada," katanya lagi yang menambah, rekod berkenaan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Awang berkata, sumbangan dalam bentuk cek dan tunai itu digunakan untuk program seperti bantuan Hari Raya RM100 untuk seramai 4,000 keluarga dan juga kelas tuisyen pelajar di 33 sekolah rendah.

Katanya, beliau menerima semua sumbangan melainkan ia diberikan dengan niat tertentu seperti untuk mendapatkan projek.

Tegasnya, beliau tidak ada kena mengena dengan penganugerahan kontrak kerana ianya dibuat pada peringkat jawatankuasa dan beliau hanyalah seorang timbalan menteri. -mk


10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selaku Timbalan MENTERI KEWANGAN mustahil tidak tahu memasukkan ke akaun peribadi apa-apa sumbangan rasmi adalah satu kesalahan yang serius.

suahati berkata...

kalau kita nak minta derma walaupun utk surau dan NGO lain siap kena mohon permit....tp orang politik senang2 minta derma dan terima sumbangan terus masuk akaun dia......kartun apa punya cerita niiiii.Patut semua nak masuk politik dan berebut jawata tinggi sbb ramai orang nak sedekah duit kat depa.........

Tanpa Nama berkata...

Ni apa lak story nie?nauzubillah...
seronok agaknya makan duit derma ke?

Unknown berkata...

cuba korek lagi apa yang lain-lain tu buat ..... nazri, hamidi, shapei, sabry, mat hassan, ghani, zambry, ali, raziman, khairy ..... tak kan tak buat apa-apa kot...??? ... mustahil...!!!!!

Tanpa Nama berkata...

di malaysia ni pernigaan -politik-rasuah dah sebati. nakniaga untung besarkena guna kabel kuasa utk dpt kontrak lumayan. Tim menteri kewangan ada kuasa yg besar/banyak keatas sgensi penting negara spt epu-mten-ukas dll yg memutuskan kontrak besar. tentulah banyak lintah yg sukar kepada lembu gemuk. tapi bagila sikit derma dan sedekah kedlm akaun peribadi saya jika naksokongan saya. Saya pegawai kecil yg jaga projek baiki bangunan kerajaan pun biasa dgn ni. Wallahhualam.

Tanpa Nama berkata...

Sekadar untuk renungan semua:

Kalau Awang Adek tidak memegang jawatan sekarang, adakah orang lain sanggup menyumbang wang kepadanya? Adakah penyumbang tersebut akan sumbang kepada orang kampung yang tak ada apa-apa pengaruh dan jawatan? Sumbangan kepada Awang Adek ada memberi makna manakala sumbangan kepada orang kampung tak ada faedahnya (secara logik dari segi pengaruh).

Kalau betul niat ikhlas nak beri pertolongan/buat kebajikan kenapa penyumbang tak beri terus pertolongan kepada orang kampung yang tak ada pengaruh. SPRM wajib siasat segera supaya ia memberi gambaran sebenar kepada orang ramai berkaitan perkara ini.

Tanpa Nama berkata...

kalau betul org yg menderma tu nk beramal, dia xkan bg pd org politik. lebih baik pegi masuk tabung masjid atau terus ke rumah anak2 yatim. ni mesti ada udang sebalik batu. jgn fikir rakyat bodoh tak tau ape2.

hairan berkata...

kalo orang pakatan rakyat nih dah heboh satu cerekawala dan kena soal sprm sampai mati kot!!!

nih tentu sprm kecut telo atau sprm terus jadi auwwwwww (sori sebenonya auw lagik berani dari orang2 sprm nih)

Tanpa Nama berkata...

Bukan Awang Adik aje buat kerja ni,hampir semua pemimpin UMNO/BN dari Ketua Bahagian hingga keperingkat Menteri buat kerja terkutuk ni.Kalau tak percaya,sila siasat dengan rapi - InsyaAllah akan bertambahlah penghuni Penjara Sg.Buluh dan akan bertemanlah Khir Toyo.

Tanpa Nama berkata...

Setuju sangat2, jika seseorang tiada jawatan politik dan sebagai pemimpin orang tak bagi duit. Faham2lah termasuk gi aji pun. Jika beri kepada orang tak tau nak urus abis pitehnyo kekoh...