22 Dis 2011

Kerani Perempuan Ditikam 35 Kali Di Rumah Sewanya

Kuala Lumpur: Dalam kesengsaraan dan berlumuran darah selepas ditikam 35 kali di seluruh tubuh, seorang wanita masih mampu mengesot lima meter untuk meminta pertolongan orang ramai menerusi tingkap rumah sewanya di Jalan Puncak Desa, Kepong, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, Rozana Mohd Yusak, 35, yang dihantar ke Hospital Selayang oleh jiran, meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital jam 2.10 pagi.

Sebelum itu, pada jam 1.30 pagi, mangsa yang juga kerani bank ditikam dengan objek tajam 35 kali di seluruh tubuh termasuk lengan kiri, paha, bahu, rusuk dan belakang badan di dalam rumah sewanya ketika dia bersendirian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan ada seorang wanita berlumuran darah akibat kesan tikaman di sebuah rumah kedai pada jam 1.55 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa ditikam di ruang tamu rumah sewanya dan mengesot ke arah tingkap untuk meminta pertolongan. -hm


TEMPAT KEJADIAN...kawasan kediaman mangsa di Jalan Puncak Desa, Kepong.
Gambar kecil, Mohd Yusak, reda.





Jeritan sayu celah tingkap rumah

KESAN darah pada lantai dan kain milik mangsa masih kelihatan di rumah Rozana yang mati akibat ditikam 15 kali di Jalan Puncak Desa Kepong, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang kerani kanan sebuah bank yang cedera parah selepas ditikam sebanyak 15 kali sempat menjerit meminta tolong melalui tingkap rumahnya sebelum dia ditemui mati dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah semalam.

Kejadian pukul 1.55 pagi di tingkat satu sebuah rumah kedai dekat Jalan Puncak Desa Kepong di sini itu menyebabkan wanita bujang, Rozana Mohd. Yusak, 35, mati selepas ditikam di belakang badan, paha dan siku kiri.

Penyerang yang dikenali Rozana itu dipercayai terus melarikan diri bersama beberapa dokumen penting termasuk MyKad mangsa. Wanita itu yang sedang nazak di ruang tamu kemudian menggagahkan diri pergi ke tingkap depan rumahnya sebelum menjerit meminta tolong.

Seorang lelaki yang terdengar jeritan sayu itu menghubungi polis dan ambulans.

Rozana yang memakai seluar pendek dan singlet ketika ditemui bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Selayang 15 minit kemudian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Rosly Hassan berkata, pemeriksaan mendapati, terdapat dua tikaman pada paha kiri, tiga di siku kiri dan sembilan di belakang badan. -kosmo


3 ulasan:

Larasepi berkata...

kejam..mohon share>fb tq

Tanpa Nama berkata...

dari budak bukit cari simpang...

Assalamualaikum...

Ni jadi dek kerana cinta...
Tak patot..

perempuan ramai bro kat dalam malaysia ni....

yang mahal ada...

yang murah ada...

yang cheap sale pun ade...

pilih je ikut nafsu...

Bunuh bunuh ni seronok ke...?

meh aku tikam plak 34 kali kat seluruh tubuh orang yang tikam pempuan ni...
mmm bagi malu bangse je...

bila islam dikeluarkan dari cara hidup / pentadbiran, jadi macam ni lah...

Tanpa Nama berkata...

Saya merupakan seorang rakan yang berkhidmat bersama Arwah di organisasi yang sama tetapi di tingkat yang berbeza. Kami sentiasa bertegur sapa jika bertemu dan saya selalu berurusan dengannya, terutama dalam hal melibatkan kerja.

Saya mula mendapat khabar berita yang mengayatkan hati ini lebih kurang pukul 10.30 pagi pada hari Rabu 21hb Disember 2011. Apabila berita disampaikan kepada saya oleh rakan sepejabat, saya marah kepada rakan sepejabat saya itu, yang saya beranggapan tidak sensitif terhadap apa yang telah diperkatakan kepada saya. Saya tidak mempercayai langsung akan kebenaran cerita ini dan tidak mengendahnya.

Namun, berita ini mula mendapat pengesahan apabila ramai rakan sepejabat yang telah mendapat khabar yang pedih ini dari keluarga Arwah sendiri. Boleh dikatakan hampir keseluruhan warga kerja organisasi kami, yang berlainan bangsa, pangkat, umur dan sebagainya mula menjadi kaku dan terharu apabila mendengar pengesahan khabar berita sedih ini.

Buat Arwah Yan (yang dipanggil oleh kami semua), anda tetap kami ingati. Saya takkan lupakan anda kerana anda begitu ramah dengan saya. Anda merupakan antara orang yang pertama yang datang berbual dengan saya ketika saya baru memulakan kerja di organisasi ini. Saya amat terasa apabila anda telah tiada lagi, walaupun redha akan pemergiannya.

Walaupun kita sekarang telah terpisah antara dua alam, saya berdoa agar Yan akan sentiasa diberkati oleh Allah SWT, AMIN.