29 Nov 2011

RUU Perhimpunan Aman Diluluskan, Semakin Banyak Kerusi BN Akan Hilang

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman akhirnya diluluskan Dewan Rakyat selepas perbahasan kira-kira tiga jam oleh lima anggota parlimen.

Rang undang-undang itu - yang mengharamkan demonstrasi jalanan dan membenarkan perhimpunan lain dengan beberapa syarat ketat - lulus dengan undi suara ketika ketiadaan anggota Pakatan Rakyat yang keluar dewan sebelumnya.

Rang undang-undang itu dibahaskan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Abdul Hadi Awang (PAS-Marang), Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dan P Kamalanathan (BN-Hulu Selangor).

Ahli parlimen Pakatan bertindak keluar dewan hari ini bagi membantah tindakan kerajaan yang enggan membawa rang undang-undang perhimpunan aman untuk dibincangkan di peringkat jawatankuasa terpilih.

Mereka juga membantah keputusan Yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas. -mk

Pembangkang keluar dewan bantah Bil Perhimpunan

Ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dewan hari ini bagi membantah tindakan kerajaan yang enggan membawa rang undang-undang perhimpunan aman untuk dibincangkan di peringkat jawatankuasa terpilih.

Ahli parlimen berkenaan juga bertindak demikian bagi membantah keputusan yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas.

Kumpulan berkenaan bertindak demikian pada kira-kira jam 3.15 petang ini selepas perbahasan oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dan juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng (DAP-Bagan).

Kumpulan wakil rakyat berkenaan juga tidak akan mengundi secara belah bahagi untuk menghalang rang undang-undang berkenaan daripada diluluskan petang ini.

Salah seorang daripada wakil rakyat itu berkata, ahli parlimen pembangkang juga bertindak demikian setelah memutuskan bahawa rang undang-undang berkenaan mengandungi banyak kecacatan dan tidak sepatutnya diluluskan.

Ahli parlimen PAS Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, sekurang-kurangnya undang-undang itu perlu dibawa ke jawatankuasa terpilih parlimen untuk disemak semula.

"Sebaliknya (kerajaan) hanya mahu bulldoze (rang undang-undang perhimpunan) dan bahas selama empat jam," katanya ketika ditemui Malaysiakini di bangunan parlimen.

Kumpulan ahli parlimen berkenaan bagaimanapun memasuki Dewan semula untuk menyertai perbahasan selepas rang undang-undang perhimpunan aman diluluskan untuk bacaan kali ketiga secara undian suara.

Rang undang-undang itu dilulus selepas dibahaskan oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas), P Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) dan juga penggulungan oleh menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz.

Dewan Rakyat turut meluluskan pindaan berhubung tempoh makluman untuk mengadakan perhimpunan dan juga tempoh bantahan serta tempoh rayuan keputusan yang menyekat perhimpunan. -mk



Ulasan GB

Dengan mengenepikan dan menafikan suara dari rakyat yang mebantah RUU Perhimpunan Aman, ia bererti BN mengundang kemarahan rakyat dan ia bakal diterjemahkan di dalam undi semasa pilihanraya umum nanti.

BN menyangka mereka menang, walhal hakikatnya meraka kalah dan akan terus dikalahkan oleh rakyat. Sama-sama kita tunggu jawapan rakyat di dalam PRU nanti.

Itu hukum kebenaran dan keadilan: menang tak dapat semua, kalah tak hilang semua!

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tangan kita akan tuhjuk perasaan pada pru-13 nanti.

Tanpa Nama berkata...

konfim aku undi pakatan rakyat demi demokrasi masa depan.

Tanpa Nama berkata...

undang-undang yang makan tuan kalau pakatan berjaya tawan p/jaya.

maie1958 berkata...

bagi pr perintah malaysia,baru kita dapat lihat sapa yang kena?????

Tanpa Nama berkata...

Setuju GB,

Mereka rasakan perancangan mereka yang terbaik, tetapi sebenarnya mereka lupa dengan Pencipta Alam ini, sesungguhnya perancangan Allah jua yang terbaik daripada segala perancangan manusia.

Cukup malang, pemimpin UMNO yang mengaku Melayu beragama Islam, tetapi lupa dengan janji Allah di dalam Al-Quran.

x-ahli umno Muor berkata...

la ni dlam kamus hidup gua, umno dah mampossssss .....

Tanpa Nama berkata...

Nanti bila PR mengambil alih Putrajaya, UMNO dan Perkasa tidak boleh demonstrasi lagi. Yeh...Yeh...Yeh.... Kalau dia orang demonstrasi, polis boleh sumbat dia orang dalam penjara.

ka...ka...ka....ka.