29 Nov 2011

UMNO Cuba Hendak Melembukan Semua Orang Melayu

Umno dakwa Melayu akan hilang semua kuasa jika ‘Parlimen gantung’

Orang Melayu akan hilang segala hak dan kuasa mereka sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang, dakwa Ketua Penerangan Umno hari ini.

Datuk Ahmad Maslan berkata, senario paling buruk berkenaan masa depan orang Melayu negara ini ialah apabila wujud “Parlimen tergantung” seperti di Australia, di mana Barisan Nasional tidak mampu melaksanakan agenda polisi-polisi ekoran hanya majoriti mudah.

“Jika wujud Parlimen tergantung macam di Australia, katakan 112 kerusi bagi kerajaan berbanding 110 bagi pembangkang, keadaan paling buruk akan berlaku.

“Bahasa Melayu akan hilang (kedudukan), kata selamat tinggal kepada Kesultanan Melayu, malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja... mereka tidak pernah terima gelaran diraja meskipun mereka ditawarkan,” kata beliau pada satu forum parti sempena perhimpunan agung tahunan 2011. -tmi

Ulasan GB

Kenyataan kKetua Penerangan UMNO di atas jelas membuktikan bahawa kini UMNO sedang cemas - sedang resah gelisah kerana nyawa UMNO semakin menipis...

Kita khabarkan kepada Ketua Penerangan UMNO itu bahawa Melayu di luar UMNO bukan bodoh macam lembu seperti Melayu dalam UMNO. Jangan cuba hendak heret semua orang Melayu untuk masuk kandang lembu UMNO - jangan cuba hendak memperbodohkan semua orang Melayu.

Segala apa yang berlaku adalah kerana tindakan UMNO selama ini yang telah begitu lama melembukan Melayu, menzalimi bangsa Melayu. Lantaran itu anda akan dihukum - dengan hukum kebenaran dan keadilan - lantaran kezaliman dan kekejaman kamu ke atas bangsa Melayu sendiri.

Bukti? Itu royalti minyak Kelantan, apa pasal sampai kini belum dibayar? Bukankah itu kezaliman UMNO yang amat nyata terhadap orang melayu sendiri?

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Muka malaon ni pun dah jelas keBODOHan nya.

Tanpa Nama berkata...

Peribahasa melayu..Melepaskan Anjing Tersepit..ini yg bermain difikiran bila membaca posting ni..tengok muka pun tau dah...&@@#$ tersepit

pakjol64 berkata...

tahniah maslan. teruskan buat kenyataan mcm ni. melayu tak percaya. cina makin lari.....

Tanpa Nama berkata...

umno akan kehilangan segala hak untok mendapat projek sekiranya pakatan rakyat merintah negara ini.

Tanpa Nama berkata...

Jangan risau. Kenyataan itu KHAS untuk lembu-lembu umno sahaja. Tak akan ada tergantung punye. UMNO/BN hilang semua kerusi di parlimen termasuk parlimen Pekan, Insya-Allah.

Biarkan lembu-lembu itu bersorak sorai sempene perhimpunan mereka. Sorak sorai yang terakhir. Macam nasib Pasukan Bola 'kura-kura' Malaysia. Cukup enam minit sahaja untuk dibungkus oleh lawan mereka.

Terkulat-kulat dedalu umno nak tumpang semangkuk.

Tanpa Nama berkata...

salam.. biar apa kata pencacai kami org2 muda kekal yakin pada perubahan... kerana hanya dari situ kita akan lihat dengan jelas siapa sebenarnya pengkianat bangsa dan negara..

Tanpa Nama berkata...

aku tak kira melayu ke apa ke yang aku kesah "islam" tak kiralah apa bangsa sekalipun.kalau nak melayu jer,macamana lak dengan jawa,banjar,minang apa2lah tapi yang pasti amat maslan ni tengah mendalamkan liang lahat umporno, kita tengok,biarkan,silakan dan kita datang untuk tanamkan.

Tanpa Nama berkata...

Maslan ni jual koyok kad Parit Jawa bolehlah.

Tanpa Nama berkata...

Ahmad Maslan ni jawa ke Melayu? Setahu aku beliau ni bukan keturunan Melayu, tapi kenapa terlalu over memperjuangkan Melayu.

Beliau bukan nak memperjuangkan nasib Melayu,sebaliknya nak mempertahankan kedudukan,kepentingan dirnya saja.

Wong jowo goblok kue

Tanpa Nama berkata...

Biasa lah org BODOH jerrr cakap cm tu....Apa UMNO ingat dia the best ker???? Tgk lah kali ini HABISSSS si umnogok....org dah nyampahhhh.....