12 Nov 2011

PKR Bidas Alasan Khairy "Kondo Lembu" Untuk Pelaburan

Ketua Pemuda Umno membuat kenyataan kurang bijak apabila berkata kondominium yang dibeli oleh syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil- yang terlibat dalam projek penternakan lembu- adalah untuk tujuan pelaburan.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata demikian mengulas kenyataan Khairy Jamaluddin hari ini.

Menganggap ia sebagai mengarut, Zuraida mempersoalkan apakah kaitan pembelian kondominum berkenaan dengan industri penternakan lembu yang dijalankan Pusat Fidlot Kebangsaan.

“Jelas dia (Khairy) seorang yang kurang bijak kerana (kenyataan) langsung tidak menggambarkan dia adalah seorang (graduan) Oxford,”

“Ini bukan isu pelaburan (membeli kondo) tetapi ini soal isu amanah dan kebertangungjawaban,” kata Zuraida kepada Keadilan Daily.

Khairy dalam tulisan di blognya hari ini berkata, pembelian kondominium oleh syarikat National Meat And Livestock Corporation (NMLC) yang dimiliki keluarga Shahrizat adalah untuk tujuan pelaburan.

Beliau juga mengakui unit kondominium mewah di Bangsar dengan bayaran sebanyak RM9.8 juta itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation (NFC) mengalami kelewatan operasi.

Isu penyelewengan NFC itu sebelum ini didedahkan KEADILAN apabila kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM250 juta, namun projek itu gagal mencapai sasaran.
Semalam, KEADILAN mendedahkan NFC membeli kondominium mewah berharga RM9.8 juta di Bangsar dari dana tersebut.

Bayaran untuk pembelian kondominium itu direkodkan sebagai ‘hutang’ NMLC kepada NFC pada Disember 2009.

Kondo untuk pelaburan: Alasan Khairy tak masuk akal – Rafizi

KUALA LUMPUR 11 Nov : Alasan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bahawa kondominium yang dibeli oleh Syarikat National Feedlot Corporatian (NFC) untuk tujuan pelaburan, adalah tidak masuk akal, kata Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Khairy bahawa bayaran sebanyak RM9.8 juta itu dibuat supaya National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC) mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh NFC mengalami kelewatan operasi.

“Alasan membeli kondominum sebagai pelaburan sementara menunggu projek itu berjalan adalah tidak masuk akal,”

“Kalau kerajaan sudah tiada duit untuk bangunkan ladang satelit yang terbantut, kerajaan (sepatutnya) mengambil kembali duit tersebut tapi kenapa beri duit itu untuk membeli kondominium,” kata Rafizi pada Keadilan Daily.

Semalam KEADILAN mendedahkan NFC yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil membeli kondominium tersebut di Bangsar yang direkodkan sebagai sebahagian hutang oleh NMLC.

Menurut Rafizi lagi jawapan yang diberikan Khairy tidak profesional dan terlalu emosi.

“Jawapan dia (Khairy) terlalu bersifat peribadi dan terdesak. Saya kesal dengan tindakan beliau yang terlalu emosi dalam kenyataannya,” katanya yang akan memberi respon lanjut pada Isnin depan.

Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan NMLC, yang juga dipunyai Shahrizat, berhutang sebanyak RM83 juta walaupun kegiatan NMLC hanya untuk tujuan pemasaran daging.

KEADILAN mendakwa jumlah sebesar itu sudah tentu datang dari pinjaman RM250 juta yang diberikan kepada NFC.

Ia menimbulkan persoalan sama ada pinjaman RM250 juta yang khusus untuk pembangunan pusat fidlot telah diselewengkan ke syarikat-syarikat lain yang dimiliki keluarga Shahrizat Jalil. -KD


Projek lembu: Beli kondo untuk pelaburan, kata Khairy

Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengakui bahawa syarikat National Livestock and Meat Corporation yang dimiliki anggota keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli unit apartmen mewah One Menerung di Bangsar, dilaporkan dengan bayaran sebanyak RM9.8 juta.
Pembelian kondominium itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi, kata ahli parlimen Rembau itu dalam tulisan di blognya, rembau.net.

"Apabila kelewatan ini berlaku, pihak pengurusan NFC berdepan dengan keputusan penting. Apakah mereka hanya biar duit yang diberi kepada NLMC itu dalam akaun semasa yang tidak memberi pulangan yang besar sambil menunggu ladang-ladang satelit dan pusat penyembelihan antarabangsa dibangunkan?

"Kalau dibiar sahaja duit itu dalam akaun semasa, bukan sekadar ia tidak membawa pulangan tetapi dengan iklim ekonomi dunia yang melihat fenomena inflasi atau kenaikan harga barang, nilai sebenar duit ini mungkin terhakis," kata Khairy lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan yang ditimbulkan ahli parlimen PKR Saifuddin Nasution dan juga pengarah strategik parti itu, Rafizi Ramli berhubung pembelian hartanah yang disifatkan sebagai penyelewengan dana awam.

Pembelian untuk kondominium eksklusif berkenaan telah direkodkan sebagai hutang NFC kepada NMLC, dakwa Saifuddin semalam.

Mengulas lanjut, Khairy pula berkata, NLMC telah membeli apartmen mewah itu daripada dana yang disalurkan daripada dana NFC.

"Menurut kajian saya, memang benar NLMC telah membeli apartmen One Menerung di Bangsar. Pelaburan ini dibuat dengan dana yang telah disalurkan kepada NFC daripada akaun pinjaman khas yang dikawal selia oleh kementerian kewangan dan juga kementerian pertanian dan industri asas tani.

"Daripada sumber ini, NFC telah memindah sebanyak RM81.2 juta kepada NLMC," katanya lagi yang menjelaskan bahawa peruntukan itu bertujuan untuk menampung kos operasi NLMC – menyembelih, mengasingkan daging dan tulang, serta pembungkusan dan penghantaran kelewatan projek fidlot.

Khairy juga berkata pengurusan NLMC membuat keputusan untuk melabur dalam aset hartanah yang "boleh dijual apabila duit diperlukan untuk operasi" akibat kelewatan operasi berkenaan.

"Sudah pasti mereka mencari projek perumahan yang berkualiti tinggi dan popular agar pulangan NLMC dalam bentuk sewa dan juga kenaikan harga apartmen itu lebih besar dari pelaburan lain seperti akaun simpanan tetap.

"Difahamkan, apartmen berkenaan telahpun disewa dan mula memberi pulangan kepada NLMC. Nilai apartmen tersebut juga telah naik sejak dibeli NLMC," kata Khairy lagi.

Mengulas mengenai kelewatan operasi projek lembu fidlot tersebut pula, Khairy berkata perkembangan itu bukan disebabkan pengurusan NFC tetapi memandangkan kerajaan tidak mempunyai peruntukan mencukupi untuk membangunkan ladang satelit.

"Apabila ladang ini tidak dibangunkan, sebahagian dari duit yang ada pada NLMC tidak dibelanjakan. Kerajaan juga masih tidak dapat membina pusat penyembelihan yang menepati piawai antarabangsa sepertimana perjanjiannya dengan NFC," katanya lagi.

Dengan panjang lebar, Khairy turut menjelaskan bahawa wang berkenaan tetap disalurkan kepada NFC walau berlaku kelewatan operasi kerana "kerajaan telah meluluskan penggunaan pinjaman dari akaun pinjaman khas kepada NFC mengikut perancangan awal tanpa apa-apa kelewatan kepada operasi NFC."

"Tetapi apabila keadaan ekonomi dunia dan negara menjadi lebih mencabar, adalah menjadi wajar untuk kerajaan menyusun semula keutamaan perbelanjaannya dan inilah yang menyebabkan kelewatan operasi NFC seperti dijelaskan di atas," katanya lagi.-mk

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pemimpin umno ni tak habis-habis nak tipu rakyat. rakyat yang macam lembu sharizat sanggup diperbodohkan.

kita merasa pelik, pemimpin umno ni tak merasa malu sedikit pun, apa tah lagi tak merasa takut terhadap balasan ALLAH nanti. barangkali mereka tak beriman dengan rukun iman (balasan baik dan jahat yang dijanjikan ALLAH - syurga dan neraka).

Tanpa Nama berkata...

hahaha statement bodo dari seorang menantu LEMBU

Tanpa Nama berkata...

Salam dan apa khabar GB dan semua, Tahniah Wanita Keadilan !.

Ingatkan lulusan luar negara sorang tu lebih pandai dari prof di UM, USM atau di UKM dalam pentabiran perniagaannya!, rupa-rupanya bangang kantoi dan banyak bodohnya pulak!. Kalau Prof yang kata gitu mahu juga dipanggil kankong, ini orang politik. Ada ke LEMBU dibela dalam CONDO? condo mewah pulak tu... sepatutnya LEMBU dijaga dalam kandang. Kalau setakat reban boleh juga diterimam macam reban ayam-itek, reban kambing ? atau babi?.

Nasib baik Wanita PKR tu boleh baca, nak harapkan Wanita UMNO,MCA, MIC membongkar ?. Tumpang sekaki-dua mahulah mereka!. Menterinya pun sama. Jangan-jangan itu kandang LEMBU kelas atas yang dagingnya hanya untuk orang kelas atas juga. Pandanlah dagingnya mahal sekali kerana kos selenggaraannya begitu tinggi ~ digembala dek orang setaraf Pak dan Mak Menteri, kandang LEMBU-nya secanggih condo. Tentu Lembunya dipakaikan lipstik berjenama, Avon tak mainlah. Gelang hidungnya juga dari mutiara macam yang ada-ada itu.

Pengembala klas atasan. Itu lah kita, semuanya dalam 1-Malaysia. Kesian PM kita, kesemuanya nak harapkan dia jaga. Em Bok!~ook .

Money,Money, Money !.

Tanpa Nama berkata...

Anon 1, klu dah mula sekali, nak lagi, nak lagi, nak lagi .... org melayu kata apa tu? hmmm.."alang2 buat jahat sekali bior buat lagi, nanti tua2 tobat le..."

Baik yg paling atas, atau pun yg keja opis boy, sama aje, cuma yg nunn atas tuuu, makannya besor, yg bawh tu, kecik le makannya. Yg penting, duit,duit, duit.

pantau sikit anak2 & keluarga kita, kot2 terjangkit

Bongkar, jgn tak bongkar ... banyak lagi tuuuuuu..

Tanpa Nama berkata...

lembu yg cuba melembukan rakyat, tapi rakyat yg dilembukan tetap undi lembu, cuba teka yg mana satu lembu .....

Tanpa Nama berkata...

WOW...
dan wow lagi.
Kah... kah... kah...

LEMBU kembali popular lagi.
UMNO vs LEMBU dalam PRU-13 nanti.

Sapelah yang menguasai pilihan rakyat agaknye.
Nak undi umno nampak macam lembu.
Nak pilih lembu memang dia lembu. Jadi aku lupakanlah kedua-duanya.

Aku dah nampak satu pilihan terbaik yang bukan lembu tapi menggunakan lembu.
LEMBU antara haiwan yang disunatkan buat ibadah KORBAN.