21 Nov 2011

"Menteri-menteri Lembu" Patut Letak Jawatan

Projek lembu: NGO pula cabar Shahrizat berundur

Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, berikutan dakwaan penyelewengan wang rakyat oleh projek ternakan lembu, National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dimiliki, suaminya.

Dalam satu kenyataan media, presiden KMPP, Rahmad Isahak berkata, kepercayaan rakyat terhadap Shahrizat yang juga ketua wanita Umno telah hilang akibat dakwaan tersebut dan beliau kini tiada pilihan lain selain meletakkan jawatan.

"Sebagai seorang insan yang dilahirkan di Pulau Pinang beliau juga perlu membersihkan imejnya khususnya kepada orang Melayu di sini.

"Oleh yang demikian pihak KMPP dengan ini dalam situasi tanpa prasangka mencabar beliau supaya meletakkan jawatan sebagai menteri kerajaan pusat disebabkan beliau tidak layak dan telah kehilangan kepercayaan rakyat," katanya.

Sambil menyifatkan skandal tersebut sebagai satu lagi episod malang melanda negara, Rahmad juga menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian dan mengambil tindakan tegas jika dakwaan tersebut benar.

"Perkara berbangkit di sini yang menjadi 'crux of the case' tentang kewujudan yang nyata ke atas pembelian kondominium bertempat di One Menerung, Bangsar yang dikatakan pembelian hartanah berkenaan adalah bagi mendapatkan pulangan pelaburan memandangkan projek lembu Feedlot oleh NFC mengalami kelewatan operasi.

"Perlu diingat bahawa modus operandi syarikat NFC untuk mendapatkan pinjaman modal berkenaan adalah bagi tujuan industri penternakan dan bukannya pelaburan hartanah. Secara tidak langsung telah wujud situasi penyelewengan dan pecah amanah yang melampaui keraguan munasabah," kata Rahmad.

Tak boleh nafi lagi

Menurut beliau, walau apapun spekulasi yang timbul Shahrizat tidak boleh menafikan bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan tentang kewujudan NFC. Begitu juga soal pinjaman modal oleh pihak kerajaan dan pembelian kondominium mewah berkenaan.

"Penafian beliau secara total bakal mengundang padah kepada parti pemerintah dan seterusnya mendatangkan liabiliti yang tidak berharga kepada negara kita.

"Orang-orang Melayu khususnya sedang menilai situasi ini secara serius," katanya.

Pakatan Rakyat awal bulan lalu mendakwa kerajaan persekutuan menyalurkan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada syarikat NFC berkenaan bagi tujuan industri penternakan lembu.

Bagaimanapun ia didakwa tidak berjaya mencapai sasaran pengeluaran malah Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga menyebut projek berkenaan dalam keadaan 'kucar-kacir'.

Sebelum ini desakan sama, yang menuntut Shahrizat meletak jawatan, turut disuarakan oleh ahli parlimen BN sendiri iaitu Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan).

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) mendakwa tindakan menteri itu berkaitan Fidlot telah menyusahkan Umno Barisan Nasional.

"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.

"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," kata Bung. -mk

Ulasan GB

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Kita jadi hairan kenapa tiba-tiba pemimpin-pemimpin UMNO termasuk PM dan TPM dan bekas PM begitu kuat membela projek lembu NFC yang telah dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara mengandungi pelbagai penyelewengan dan salahlaku.

Kenapa marah kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang sekadar mengulangi apa yang didedahkan oleh Jabatan Audit Negara dan mengapa sampai ada ugutan dari peguam NFC yang bernama Mohd Shafee Abdullah untuk mengheret pemimpin PR ke mahkamah kononnya memfitnah tentang projek lembu?

Sudah jadi lembukah pemimpin-pmimpin UMNO dan peguam tersebut sehingga terlupa bahawa pendedahan awal penyelewengan itu adalah dari Jabatan Audit sendiri?

Apa yang jelas dan nyata dari laporan audit, penyelewengan memang sah wujud di dalam projek lembu berkenaan, jadi usah untuk pertahan dan cuba untuk menegakkan benang basah.

Kebenaran tidak dapat ditutup walaupun sekalian menteri kabinet UMNO bersekongkol menutup penyelewengan yang berlaku.

Apa yang rakyat tahu sekarang melihat muka Shahrizat teringatkan muka lembu, begitu juga melihat muka Najib, Muhyiddin, Pak lah, Noh Omar & Khairy, termasuk peguam NFC, orang akan segera terbayang wajah-wajah lembu di Feedlot. Atau melihat wajah-wajah lembu, segera teringat muka-muka menteri UMNO itu. Salah siapa?



7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ingat senang kah Menteri MELAYU kat Malaysia ni nak letak jawatan secara sukarela macam kat Jepun dan Korea bila terlibat skandal mcm ni.. sori la.. elok kita teruskan tekanan dan paksa dia letak jawatan pada PRU13 nanti walaupun sementara menunggu sempat lagi dia belasah wang rakyat ratusan ribu ringgit dlm bentuk elaun bulanan dan percutian..

Tanpa Nama berkata...

patut depa ni siasat ke akar umbi spt negara lain bukan dok sibuk pertahankan kesalahan..apada la msia

Tanpa Nama berkata...

Ntah le, yg kalah & tak masuk tanding pun bole jadi menteri.

Tanpa Nama berkata...

Yang kalah boleh jadi menteri. Yang kurang majoriti boleh jadi KM Pulau Pinang(Koh Tsu Koon). Malaysia serba boleh/

Tanpa Nama berkata...

Bukan sahaja Letak Jawatan, mereka juga mesti memulangkan wang rakyat yang telah mereka selewengkan. Bergadai bergoloklah kamu nak bayar hutang. Lain kali kalau nak bergaya gunakanlah wang yang datang dari tetek n peluh kamu sendiri.

Tanpa Nama berkata...

'..... sebab kita memerintah negara ini dengan adil," kata Bung. -mk

KMPP.. Kah... kah... kah...

Tak habis-habis berbohong dan berkhayal. Sejak bila pulak rakyat berasakan UMNO/BN tuh memerintah dengan adil..!!???

Khusus untuk KMPP.. Kahh.. kah... kah...
Kah... kah... kah...

Tanpa Nama berkata...

keluarga lembu memang tak kisah dan BN hanya buat pekak saja sebab, Shahrizat kata bukan dia saja, najib juga....