4 Nov 2011

Jika Tiada Salahlaku, Kenapa Halang Rombongan Tinjau Ladang Fidlot Sharizat?

Usaha konvoi pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk beberapa ADUN Negeri Sembilan untuk melawat projek ladang ternakan lembu Pusat Feedlot Kebangsaan gagal apabila mereka dihalang dan dilarang masuk oleh pengawal keselamatan yang bertugas.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli minggu lalu berkata beliau akan mengadakan sidang media di ladang itu jika kerajaan tidak memberikan jawapan berhubung beberapa kepincangan yang didakwa membabaitkan projek yang bernilai RM73.64 juta itu.

Sebaik tiba di tapak ladang berukuran 2,000 ekar itu pada tengahari tadi, kira-kira 50 pemimpin Pakatan dan aktivis terpaksa berpanas selama sejam dalam usaha cuba memujuk pengawal keselamatan bagi membenarkan mereka masuk.

“Bagaimana awak boleh halang kami masuk sedangkan menteri yang bertanggungjawab kata kami boleh lawat projek ini kerana ia sesuatu yang berjaya dan tidak mempunyai sebarang salah laku?” soal Rafizi kepada pengawal keselamatan itu.

Wang rakyat

Hujahnya lagi, adalah menjadi prerogatif bagi wakil rakyat untuk meninjau bagaimana wang kepunyaan rakyat dibelanjakan. Namun semua itu tidak dihiraukan.

Sebaliknya, mereka diarahkan meninggalkan kawasan itu. Konvoi itu terpaksa akur dan bersurai pada jam 1.30 petang selepas mengadakan sidang akhbar di pintu masuk ladang berkenaan.

Pada 1 November lalu, Rafizi mendakwa Pusat Feedlot Kebangsaan bernilai RM73.64 juta itu merupakan projek yang tidak berjaya walau dijelaskan sebaliknya oleh menteri berkenaan, Datuk Seri Noh Omar.

"Kita persoalkan sasaran yang menteri kata telah dipenuhi. Ternak 8,000 ekor lembu dalam masa tiga tahun ini, petani di kampung mana-mana pun boleh buat. Tidak perlu ada RM250 juta," kata Rafizi.

Syarikat Agro Science Industries Sdn Bhd – salah sebuah daripada dua syarikat yang dipilih untuk menjayakan Pusat Feedlot Kebangsaan – telah diberikan sejumlah pinjaman daripada RM250 juta yang diperuntukkan dan juga geran sebanyak RM6 juta melalui kementerian pertanian.

Noh juga minggu lalu mengakui bahawa projek berkenaan telah diberikan kepada anggota keluarga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. -mk

Rombongan dihalang tinjau Pusat Fidlot Shahrizat

GEMAS 3 Nov: Rombongan pimpinan KEADILAN yang membuat lawatan ke Pusat Fidlot Kebangsaan hari ini dihalang daripada masuk meninjau ladang lembu itu.

Rombongan itu yang dianjurkan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Adun Sikamat, Aminuddin Harun disertai kira-kira 30 orang termasuk wartawan dan aktivis NGO, Jingga 13.

Rombongan itu tiba di pusat fidlot itu yang dimiliki National Fidlot Corporation (NFC) pada kira-kira jam 12.40 tengahari namun dihalang pihak keselamatan yang enggan membuka pintu pagar utama.

Rafizi Ramli cuba berunding dengan pengawal keselamatan dan menjelaskan bahawa KEADILAN sendiri telah menghantar surat rasmi kepada pihak (NFC).

Malah, kata Rafizi, Menteri Pertanian dan Indsutri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sendiri sebelum ini pernah menegaskan yang pintu pusat fidlot itu akan dibuka kepada sesiapa sahaja untuk dilawati sebagai bukti ketelusan kerajaan dalam penganugerahan projek itu.

“Ini kemudahan kerajaan. Bukan milik swasta,” kata Rafizi merujuk kepada RM250 juta yang dilaburkan kerajaan BN kepada NFC yang dimiliki keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

“Kita datang berdasarkan jemputan daripada Menteri Pertanian. (Beliau kata), sesiapa yang mahu datang, beliau akan buka pintu,” kata Rafizi lagi.

Pengawal keselamatan yang menjaga pagar kemudiannya berkata beliau menerima arahan daripada majikannya yang mengarahkan agar tidak menerima sesiapa untuk melawat hari ini.

Rafizi kemudiannya cuba berunding agar NFC membenarkan wartawan untuk masuk dan meninjau kawasan ternakan lembu seluas 5 ribu ekar dan didakwa menternak sehingga 1500 ekor lembu pada satu-satu masa itu.

Beliau juga meminta pengawal keselamatan itu memanggil mana-mana pegawai NFC untuk berunding namun kedua-dua permintaan itu tidak dihiraukan.

Malah, pengawal keselamatan itu juga mengugut untuk memanggil polis jika rombongan itu tidak bersurai dalam masa 10 minit.

Namun anehnya, di dalam pagar NFC sendiri kelihatan 3 orang lelaki yang kelihatan seperti polis Cawangan Khas membuat rakaman video ke atas rombongan terbabit.

NFC mencuri tumpuan orang ramai apabila ia diketahui diterajui Agro Science Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki keluarga Shahrizat Jalil.

Ia diberikan peruntukan kewangan sebanyak RM250 juta melalui RMK 9 namun sehingga ke hari ini gagal memenuhi keperluan pasaran sebanyak 40 peratus yang sepatutnya dipenuhi.

Sehingga ke hari ini, sebanyak RM141 juta telah diberikan kepada Agro Science dengan RM6 juta dalam bentuk geran dan RM135 juta lagi dalam bentuk pinjaman kadar rendah sebanyak 2 peratus setahun.

Menurut Rafizi, persoalan utama sekarang adalah Agro Science diberikan kadar pinjaman yang sangat rendah oleh kerajaan namun ia gagal melaksanakan tugas utamanya malah ada ura-ura daging lembu yang dihasilkan digunakan untuk memenuhi keperluan restoran mewah keluarga Shahrizat.

Justeru, Rafizi menuntut Shahrizat tampil menjelaskan perkara itu serta membersihkan namanya jika benar NFC dan Agro Science tiada apa-apa untuk disorokkan. -KD


Ulasan GB

Menteri-menteri UMNO BN yang sememangnya berperangai seperti binatang fidlot itu sendiri.

Kononnya pintu pusat fidlot itu akan dibuka kepada sesiapa sahaja untuk dilawati, tetapi itu hanya gimik dan lakonan oleh menteri lembu berkenaan sedangkan apa yang berlaku arahan telah dikeluarkan untuk menghalang sesiapa jua untuk melawatinya.

Memakan wang rakyat kemudian masih terus menipu rakyat.

4 ulasan:

Amuraria berkata...

HARAMKAN WALAU SATU SEN DUIT RAKYAT YANG DISALAHGUNAKAN ! MEMANG DASAR PEMIMPIN UMNO@APCO GEROMBOLAN PENYAMUN BERLESEN ! KAKI SONGLAP DAN SELEWENG HARTA RAKYAT DAN NEGARA MALAYSIA !

tanda soal berkata...

mana boleh masuk.. sbb x boleh bukak pintu..takut lembu2 tu lari keluar masuk PKR.. nanti rugi bertambah la lagi juta-juta...

Tanpa Nama berkata...

kalo den jadi tokey kandang lembu tu pon den tak bagi sapo masuk, nak mampus...sapo yg berani buka pekong

Gini...pakat kumpul ramai-ramai je depan pagar tu...mcm 'Bersih' hari tu la.

Tak pon sembelih lembu korban banyak-banyak depan kandang tu...panggil org kampong turun. TV3 jgn lupo jomput.,kang marah pulak dio.
'KORBAN & TERKORBAN'

Tanpa Nama berkata...

mungkin projek lembu ditukar kepada babi pasai tu depa tak benar masok takut rahsia terbuka.