3 Nov 2011

Jamil Khir Selewengkan Wang Zakat Keluarkan Buku Burukkan PAS

Kuala Lumpur 2 Nov: Ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar menuntut penjelasan segera Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kerana menyeleweng wang zakat untuk tujuan politik.

Gambar: Mahfuz menunjukkan surat arahan Jamil kepada Yayasan Taqwa untuk membayar sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk ' Bukti Pas bukan parti Islam'

Mahfuz menunjukkan surat arahan Jamil kepada Yayasan Taqwa untuk membayar sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk ' Bukti Pas bukan parti Islam'.

"Berdasarkan satu surat, katanya, menteri itu didakwa mengarah Yayasan Taqwa membayar kepada sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk ‘Bukti Pas bukan parti Islam’ kepada sekumpulan imam dan bilal.

Yayasan Taqwa ialah badan yang berada di bawah kementerian Jamil Khir yang menerima dan mengagih wang zakat.


Buku itu pula diberi kepada sekumpulan bilal dan imam masjid dalam sebuah program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau difahamkan, kandungan buku itu turut diulas dengan memburukkan Pas.

“Kita tiada masalah jika diserang, tetapi isunya ialah, mengapa serang Pas guna wang zakat?.

“Miskin sangatkah Umno sampai wang zakat pun diseleweng untuk tujuan politik umno,”
katanya dalam sidang media di parlimen hari ni.

Petikan surat itu berbunyi ‘sukacita dimaklumkan bahawa YB Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Bin Baharom, Menteri di JPM telah bersetuju untuk membeli buku itu sebanyak 250 unit,’

‘Mohon kerjasama tuan untuk membuat pembayaran ke syarikat itu,’ kenyataan surat itu dipetik dan ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Jamil Khir, Leftenan Kolonel Ab Jabar Mohamad Aris.

Beliau difahamkan, kursus yang sudah tiga kali diadakan itu turut dihadiri pegawai tertinggi polis Bukit Aman dalam setiap siri.

Manakala ucapan penutup disampaikan oleh bekas perdana menteri dan bekas presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kesemua bilal dan imam dari seluruh Kedah itu dibawa ke sebuah dewan di Bangi untuk mengikuti kursus berkenaan.

“Kursus itu kata peserta tidak lebih kepada brainwash untuk mereka dan mebmuruk-burukkan Pas atas nama program Jakim,” kata Mahfuz yang turut mengedar salinan surat itu kepada media.

Jamil sebelum ini didakwa menggunakan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32 ribu bagi membiayai yuran guaman beliau dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali dalam isu qazaf yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. -KD

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

patut laa rumah jamil tu besaq!..

jamil? jamil yg mana??

alaa jamilllll

Tanpa Nama berkata...

perut dia pun dah boroi la nie..jgn2 dok makan duit haram kot..

mahyuddinm berkata...

Maka celaka lah mereka-mereka yang menggunakan wang zakat untuk kepentingan sendiri, semoga Allah menghitung mereka dengan setimpalnya.

Tanpa Nama berkata...

Jamil...Jamil
Kusangkakan 2, rupanya 3. Mesti pandai membohong, mesti pandai temberang. Itulah syarat nak jadi MP umno. Lps tu seperti dunia, hai ana yang ampunya. Ntah la bang Jamil oi...

Tanpa Nama berkata...

Tidak kah kamu tahu orang yang mendustakan Islam itu? Mereka adalah dari golongan yang tidak amanah apabila menguruskan wang zakat.

Tanpa Nama berkata...

Sapa yg join UMno -->hancusss . Pulak tu dapat jawatan --> lagi le hancussssssssss!!!!

Tanpa Nama berkata...

siapa taja najib pegi Mekah?

Tanpa Nama berkata...

Seorang imam di Johor di penjara dan di sebat kerana menyeleweng kan kira RM19000.00 wang zakat... Menteri ni camne pulak?? kebal undang-undang??? YB mahfuz takkan buat sidang media jer... buat lah report..

Tanpa Nama berkata...

Kalau orang miskin(Islam)nak mohon wang zakat,bukan main birokrasi lagi.Ini Menteri sendiri yang salah gunakan wang zakat,bukan nak tolong orang miskin tapi nak jatuhkan Harakah Islamiah.Ini bukan bahalol lagi tapi haramjadah.

Tanpa Nama berkata...

nk mintak bantuan rm740 kt lembaga zakat utk bantu selesaikn sewa rmh,bkn main susah lg... kaunter kta 3 hr,... dh 3 hr diorg kta 2 mggu. lepas 2 mggu kta sebulan lbih pulak. kita mohon bkn suka2, terdesak, suami kemalangan 5 bln tk bekerja tiada pndapatan. tp menteri nya yg duit brkepuk amik senang2 duit zakat utk kepentingan dia dn parti politiknya... kesian yg benar2 memerlukan... wallahualam, Allah saja maha mengetahui......

Tanpa Nama berkata...

Jamil Khir memang memalukan angkatan tentera...