5 Okt 2011

Saiful Pendusta. Anwar Bukan Idolanya Kerana Sebenarnya Saiful Benci Kepada Anwar

Kredibiliti saksi utama Saiful Bukhari Adzlan terus dipertikai apabila bekas rakan universitinya menyatakan bahawa beliau membenci Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Perkara itu bertentangan dengan pengakuan Saiful sebelum ini yang menyatakan Ketua Umum itu sebagai pemimpin idolanya. Dia (Saiful) membenci Anwar.

Saya terkejut mengapa dia bekerja dengan Anwar, kerana dia membenci beliau (Anwar) kata Mohd Najwan Ali yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi hari ini Najwan yang dibawa peguambela dalam perbicaraan kes fitnah liwat kedua memberitahu bahawa beliau mengenali Saiful sejak tahun 2003 ketika menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Katanya Saiful adalah seorang individu yang bergiat aktif dalam program Baktisiswa di Uniten dan mempunyai sifat kepimpinan.

Najwan berkata beliau pernah melihat gambar Saiful di laman rangkaian sosial Friendster bersama-sama dengan pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) termasuk Syed Hamid Albar, Mustapa Mohamed dan Azalina Said Othman.

Malah jelasnya, beliau turut pernah bertemu dengan Saiful di ceramah politik termasuk mendakwa berkempen untuk parti Barisan Nasional.

Pada tahun 2008, Saiful meletakkan (status) bahawa dia adalah penyokong BN dan mengisytiharkan bahawa Anwar adalah munafik," kata Najwan di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Dia ketika di soal Sankara Nair.

Najwan yang kini bertugas sebagai pegawai khas kepada pejabat penasihat ekkonomi negeri Selangor berkata Saiful sentiasa dikenali sebagai penyokong pro-Barisan Nasional sewaktu di universiti.

Beliau kemudian berkata terkejut apabila mengetahui Saiful diterima sebagai pekerja di pejabat Anwar pada tahun 2008 walhal telah memberi amaran kepada Ketua Pembangkang itu tentang personaliti pengadu.

Saya memberi amaran kepada Anwar kerana saya fikir Saiful tidak sesuai untuk bekerja untuknya," kata beliau apabila diperiksa balas oleh pendakwa membawa Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Najwan kemudian bertegas menyatakan kepada pendakwaraya bahawa kenyataan beliau bukan spekulasi. Hakim Zabidin kemudian menangguhkan perbicaraan pada jam 9 pagi esok.



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

benci atau suka pada anwar adalah soal perasaan dan ia tidak mengganggu fakta bahawa air anwar berada dalam jubur saiful dan bagaimana ia dimasukkan.

Tanpa Nama berkata...

anon 1:27 di atas buta undang2.

Apabila kredibiliti seseorg saksi sudah dipertikaikan bererti seluruh keterangannya juga dipersoalkan termasuklah dakwaan beliau diliwat.

Mengenai air mani di dlm duburnya ia dah dijawab oleh peguambela bahawa ia amat meragukan bgmn ia boleh hadir dan boleh hidup lbh 100 jam. Bermakna ia dimasukkan kemudian.

Konspirasi pendakwa bersama-sama polis semakin terdedah.

Tanpa Nama berkata...

dalam teks tersebut menyatakan ketika Saiful berada di universiti, telah menyertai politik...kenapa pihak universiti tak ambil tindakan yg seseorang pelajar yang menyertai politik negara???
pihak universiti pon same jer....buat bodo jer...

Tanpa Nama berkata...

takutlah pada allat swt... amatlah pedih azab api neraka bagi mereka yg fasik, munafik & penyokong puak2 tsb... ya allah. lindungilah diriku dan keluargaku drpd terjerumus kedlm golongan org yg fasik & munafik & penyokong2nya. amiiin.