16 Okt 2011

Pasangan Remaja Dihempap Pokok Pulai, Seorang Mati

Rembau: Hasrat seorang remaja menghabiskan cuti hujung minggu bersama rakan dipercayai teman lelakinya meragut nyawanya selepas dia terbunuh dihempap dahan pokok pulai seberat lapan tan di Hutan Lipur Gunung Datuk, di sini, semalam.

Nor Syahira Mat Edde, 14, dari Kem Terendak, Melaka dikejarkan ke Hospital Tampin kerana cedera parah di badan, tangan dan kaki, namun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di bilik kecemasan.

Rakannya, Mohammad Zul Afiq Abdullah, 22, turut dihempap pokok berkenaan namun hanya cedera di kepala.

Difahamkan, dalam kejadian jam 11.40 pagi, kedua-dua mangsa baru meletakkan motosikal yang ditunggangi berhampiran pokok berkenaan.

Menurut saksi yang juga penyelia hutan lipur itu, Abdul Rahman Idrus, 40, ketika kejadian, dianggarkan lebih 200 pengunjung dan pendaki berada di kawasan tapak kaki gunung itu.

“Difahamkan dua remaja dari Kampung Melekai, Johol, itu baru meletakkan motosikal berhampiran pokok berkenaan.

“Kami kemudian terdengar jeritan kuat dan terkejut melihat seorang lelaki dan perempuan cedera di kepala dan kaki selepas dihempap pokok. Selain itu beberapa kenderaan dan motosikal turut dihempap dahan pokok,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, kejadian itu pertama kali berlaku di hutan lipur berkenaan sepanjang menyelia kawasan itu sejak November tahun lalu.

Sementara itu, seorang lagi saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad, 45, berkata ketika kejadian dia mencari tempat letak kenderaan selepas menurunkan empat anaknya untuk mandi di kawasan jeram itu.

Menurutnya, sebaik meletakkan kereta, dia dikejutkan dengan bunyi kuat seperti benda jatuh.

“Saya terperanjat mendapati dahan pokok jatuh dan terkena bahagian depan kereta, mujur ketika itu hanya saya di dalamnya,” katanya. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Zamrus Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.58 pagi dan enam anggota serta sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

“Pasukan bomba mengambil masa 30 minit untuk membersihkan laluan yang terhalang dengan dahan pokok.

“Siasatan mendapati pokok pulai dipercayai berusia 200 tahun seberat lapan tan itu sudah reput, menyebabkan ia tumbang,” katanya.

Kejadian itu menyebabkan kecederaan dan kerosakan pada kenderaan lain membabitkan dua kereta, dua motosikal dan satu basikal. -hm

Ulasan GB

Pada setiap sesuatu bencana yang menimpa ada pengajaran yang tersembunyi untuk yang hidup.

Tidak ada satu pun ciptaan atau kejadian dari Allah itu sia-sia.

6 ulasan:

Yong berkata...

Yong risau bila baca kes budak2 bawah umur "berkawan" dengan lelaki dewasa. Emak bapak tak pantau ke?

Awanama berkata...

yong

dalam rumah ada youtube,
luar rumah ada mat letup

mana mau lari skrg?

Awanama berkata...

Allah taqdirkan musibah ni berlaku krn bersebab...knp Allah kenakan pd mereka, knp Allah pilih mereka, knp Allah tunjukkan ini pd kita, etc... maybe Allah nak hentikan sesuatu yg busuk dr berlaku, sesuatu yg memalukan semua, sesuatu yg lebih mencelakan diri n ibubapa, etc...byk sdh anak2 gadis bunting, hilang, mati, etc..
Apa yg pasti, Allah sygkan dia sblm lebih jauh hanyut..di dlm murkaNya..

Ringgo berkata...

takut bila tgk berita camni .. tiap2 hari ada ..
institusi kekeluargaan kita semakin lemah dan longgar ..

Awanama berkata...

Ye btol..perkara begini sememangnyer berlaku akibat kemerosotan institusi keluarga...keluarga bermasalah..anak2 turut terasa tempiasnye..sehingga bermacam2 perkara mcm ini berlaku...saya kenal dgn arwah gadis ini... sedih bila mendapat berita buruk ini..semoga kite dapat dapat jadikan ikhtibart dan..membentuk dan menjaga institusi keluarga kita supaya dapat mengelak kan perkara begini berlaku od kite

Awanama berkata...

teringatlah saya ketika anwar ibrahim jadi menteri pelajaran dahulu, bukan saja diwajibkan pemakaian tudung/menutup aurat di sekolah, penerapan nilai-nilai islam lagi dan lain2 dikuatkuasakan sekolah tapi syng semuanya sudah musnah maka berlakulah pelbagai perkara yang tidak diingini .... bayangkanlah ..