16 Okt 2011

Peniaga Perlu Timbang Rasa, Ada Yang Mati & Bersalin Dalam Kereta Kerana Kesesakan Lalulintas

Sebuah pasar malam di Kampung Delek Kiri, Klang telah menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk sehingga pernah meragut nyawa orang kampung apabila laluan ambulans tersekat oleh warong penjaja.

Pasar malam yang telah beroperasi selama dua dekad itu menjadikan simpang tiga jalan masuk ke kampung sukar dilalui kenderaan penduduk dan kenderaan kecemasan lain seperti trak bomba.

Kejadian-kejadian seperti ini yang menyebabkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengarahkan peniaga-peniaga pasar malam tersebut berpindah 150 meter ke hujung jalan yang sama supaya tidak menghalang simpang tiga tersebut.

Akan tetapi, segelintir peniaga pasar malam bertindak mengadakan demonstrasi pada hari Jumaat untuk membantah pemindahan itu. Mereka mendakwa perintah itu menjejaskan periuk nasi mereka.

Demonstrasi itu yang dipaparkan di TV3 juga menampilkan Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam yang turut mengkritik kerajaan Selangor. Hari ini ADUN Selat Klang Dr Halimah Ali menjelaskan sebab-sebab arahan pemindahan itu dikeluarkan.

"Sudah ada kematian disebabkan sakit jantung di mana ambulans tak boleh masuk. Ada yang bersalin dalam kereta kerana tidak boleh keluar. Ambulans tak boleh masuk ada yang sakit jantung yang telah meninggal."

Dr Halimah juga berkata mereka yang terlibat di dalam bantahan tersebut bukan mewakili suara semua peniaga pasar malam itu.

"Segelintir peniaga-peniaga yang tak mahu berpindah kononnya hilangnya customer, mereka dah lama. Katanya tak ada bangkangan dari penduduk. Ini tidak benar sebab saya dapat aduan daripada ketua kampung sendiri. Bahkan orang surau sendiri."

Halimah berkata demikian pada sidang media di UniSel. Beliau berharap, peniaga pasar malam akur dengan arahan MPK bagi menghormati perasaan penduduk.

"Saya nak nasihatkan kepada peniaga-peniaga yang majoriti bukan orang kampung itu dan penduduk terpaksa menerima. Masalah kerana mereka nak mengaut ke-untungan. Jadi saya harapkan semua jadi rasional. Kerajaan Negeri mengalu-alukan perniagaan tetapi jangan kita nak dapat keuntungan kita menyebabkan orang lain sakit, mati, susah."



4 ulasan:

Yong berkata...

Kesian orang Kapar yang ada wakil rakyat giler publicity.

Yong sokong Dr Halimah. Yes! Way to go!

Tanpa Nama berkata...

Peniaga yang bodoh, tamak haloba dan pentingkan diri sendiri

Ringgo berkata...

kan elok kalau kita bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah ..
yang melibatkan pelbagai pihak ..
Penduduk tempatan , Pihak Berkuasa Tempatan & Peniaga .. kenapa nak pentingkan diri sendiri ja ?

anti-zulnooding alghuyub berkata...

"kebanyakan" peniaga bukan org setempat..tp kalau dah ada kes yg melibatkan kematian,tindakan mengubah kedudukan amat dihargai..
YB Kapar tu walaupun PR,tp aku cukup meluat, silap sket semua nak hentam, tp x pernah tanya sebab apa dibuat..bodoh pianggggg