9 Okt 2011

Mohd Sabu Ulas Insiden Labis: Tindakan Provokasi Amalan Primitif

Labis - Tuan Haji Mohammed Sabu, Timbalan Presiden PAS menyifatkan tindakan pihak yang cuba melakukan provokasi pada majlis ceramahnya di Labis seolah-olah masih berada di alam primitif.

''Kita kena keluar dari alam primitif. Berlawanlah dengan hujah.'' tegasnya.

Mohammad atau dikenali sebagai Mat Sabu menegaskan perkara ini dengan katanya adalah suatu yang tidak bertepatan dengan amalan demokrasi dalam negara ini dengan cara mengganggu majlis orang lain.

''Kita memilih jalan pilihan raya. Ini cara amalan demokrasi bukan mengancam majlis orang. Ini tindakan yang tak betul.'' ujarnya.

Semalam Mtd Pas Benut melaporkan wujudnya cubaan menggagalkan majlis ceramah sehingga mengakibatkan seorang petugas Jabatan Amal cedera dibaling batu sewaktu bertugas mengawal lalu lintas di Labis.

Beliau menambah lagi dengan katanya amalan demokrasi yang sihat adalah memberi ruang kepada rakyat melakukan perbandingan dengan penyampaian dasar parti masing-masing, bukan membuat 'kacau'.

Sebaliknya menurut beliau lagi dengan menimbulkan ketegangan itu, ia tidak mendatangkan kebaikan bahkan lebih memburukkan lagi keadaan.

''Kalaulah UMNO buat penerangan, kami tak menghalang untuk pergi dengar. Dia (UMNO) buat sebelah sana. Kita (PAS) buat sini. Buat perbandingan. Inilah amalan demokrasi yang sihat. Kalaulah UMNO buat ceramah, Unit Amal ganggu, sayapun tak setuju'' terangnya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapannya pada majlis pelancaran Gerakan Kebangkitan Peneroka Kebangsaan (BANGKIT) dan Kempen Mansuhkan Hutang Peneroka di Dataran Cikgu Mala, Pekan Labis, dekat sini, jumaat lepas.

Beliau berkata lagi bahawa negara-negara maju dilihat jauh lebih matang dalam pengamalan demokrasinya dan mengharapkan agar negara ini mengikut cara yang diamalkan oleh kebanyakan negara dalam dunia.

''Kalau kacau orang dengan cara yang tak elok ini bukan amalan demokrasi bagi negara maju seperti Eropah, Jepun. Semua orang dah keluar dari alam primitif. Berlawanlah dengan hujah.

''Sudahlah guna tv-radio. Tak cukup, guna akhbar. Kita tak kisah. Kita harap, kita dah lama merdeka, kita sudah semakin matang bukan makin teruk''
ujarnya lagi.

Pada majlis yang sama kaunter pendaftaran ahli baru dibuka kepada orang ramai dengan melibatkan beberapa NGO seperti BANGKIT, KERABAT, ANAK dan Jabatan Amal.

Hadir sama, Dato' Dr. Mahfodz Mohammed, Pesuruh jaya PAS Johor, Saudara Mazlan Aliman, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Hj. Adly Zahari, Pesuruh Jaya PAS Melaka. -fb mtdpasbenut

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

APCO / BN , dulu ,kini selamanya mana mahu perubahan . Ia lebih rela rakyat malaysia letak ditapak kaki mereka dengan semangat satu malaysia supaya dapat diteruskan kebodohan , kebangangan , kejumudan dan terus menyokong membabi tuli pemimpin korup dan zalim ini.

Tanpa Nama berkata...

Pekasam dan UMNO mana ada hujah.Hampir 60 tahun tipu rakyat,depa pakai hujah bohong dan seleweng.UMNO dan Pekasam guna kaedah gangster,PDRM pun ikut sama.Bezanya,gengster UMNO dan Pekasam,UMNO yang bayar,gengster PDRM kerajaan yang bayar gunakan duit rakyat.