9 Okt 2011

Pasangan Dicekup Di Chalet, Ada Coli Atas Katil

Kampung Raja – Walaupun berkelulusan tinggi, namun seorang wanita yang sedang menjalani latihan amali di sebuah resort di daerah ini tidak dapat mengawal nafsu hingga sanggup berkurung dalam bilik bersama teman lelaki di sebuah chalet di Pantai Air Tawar di sini tahun lalu.

Pelajar politeknik di Pahang berusia 21 tahun itu mengambil peluang bersama pasangan sebayanya itu dipercayai setelah mereka lama tidak berjumpa kerana tinggal berjauhan, memandangkan tertuduh lelaki bekerja di Selangor.

Namun perbuatan tidak bermoral mereka berjaya dihidu pihak berkuasa menyebabkan mereka ditahan ketika berdua-duanya di dalam bilik tersebut jam 2.30 pagi 30 Julai tahun lalu.

Tertuduh wanita berkenaan berasal dari Seri Gombak Indah, Batu Caves dan pasangannya seorang kerani am rendah beralamat di Taman Batu Caves, Selangor dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini kelmarin dan dijatuhkan hukuman denda RM2,500 setiap seorang selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Syarie, Mohd Nazri Yusof.

Mohd Nazri turut memerintahkan mereka dipenjara selama sebulan jika gagal membayar denda dikenakan.

Kedua-dua pasangan itu dituduh di bawah Seksyen 31 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzir) Terengganu 2001 yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof.

Menurut fakta kes, sepasukan anggota penguat kuasa yang membuat pemeriksaan di sebuah bilik di chalet itu mendapati keadaan dalam bilik gelap dengan pintu tertutup rapat dan berkunci, namun terdapat sebuah motosikal diletakkan di depan bilik tersebut.

Pegawai penguat kuasa memberi salam dan mengetuk pintu selama tiga minit, kemudian tertuduh lelaki cuba melarikan diri melalui pintu belakang namun gagal kerana chalet itu telah dikepung.

Namun akhirnya tertuduh lelaki membuka pintu dan penguat kuasa mendapat lelaki itu memakai kemeja T dengan seluar boxer, manakala pemeriksaan mendapati tertuduh perempuan duduk berhampiran katil sambil menangis.

Kata Nik Mohd shahril Irwan lagi, perempuan itu memakai seluar slek dan baju sejuk tanpa tudung, manakala di atas katil ada sehelai kemeja T dan coli.


Penguat kuasa turut merampas sehelai boxer dan coli berwarna kuning serta sehelai kemeja milik kedua-duanya yang dijadikan bahan bukti.

Mohd Nazri turut menegur tertuduh wanita yang berpendidikan tetapi tidak dapat membezakan antara yang baik dan buruk.

Kedua-duanya membayar denda yang dikenakan dan mereka dibebaskan.

Ulasan GB

Khalwat, Zina - sudah macam menjadi fenomena biasa bagi remaja dan anak-anak muda kini. Maksiat bermaharaja lela apabila hukum Islam dipersenda.

Sekarang fikir bagaimana bertindak segera untuk kembali "membersihkan" persikitaran kita yang penuh noda dan dosa.

Ingat pesan Nabi:

"Apabila maksiat sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan siksa dari sisi-Nya kepada mereka secara merata..." -HR. Ahmad

Tugas setiap umat Islam, mencegah kemungkaran dengan apa cara sekalipun yang termampu sebelum Allah swt turunkan bala.

3 ulasan:

Awanama berkata...

Nauzubillah

Awanama berkata...

Baik sangat kah pihak berkuasa yang menjalankan tugas? Mereka ini rajin menjalankan tugas ini kerana ketagihan untuk mengintai hal orang lain. lagi best kalau semasa serbuan, pasangan yang diserbu tidak berpakaian. Jangan berlagak macam orang berimam, kerana ramai yang berlagak beriman itu sebenarnya syaitan bertopengkan manusia.

Unknown berkata...

apabila orang biasa wat perkara x senonoh ni kat hotel murah hukumnya haram

tetapi bila orang yg berwang wat perkara yang sama dihotel besar hukumnya halal

apabila ada kes buang bayi satu malaysia kecoh

tetapi apabila pengguguran dilakukan diklinik xde sape ambek port

Orang kafir di America pun ade anti abortion lobby.

aku rase kes pengguran diklinik-klinik adalah lebeh banyak jika dibandingkan dengan kes buang bayi

heran kenapa kita diam membisu
kita selama ini tidak meletakan maruah isteri dan anak dara kite mengikut Islam

Maruah mereka tercemar, diperkosa secara professional.

kite rela anak isteri kita kangkang kepada doctor2 lelaki baik semasa bersalin dan mase mengandung.

Heran kenapa ward2 bersalin dipenuhi dengan doctor2 lelaki.
kita mesti balik pada cara Islam.
Maruah kaum muslimah kita adalah maruah agama kita ...

Kau perempuan yang kafir kat Amerika pun peka dengan keadaan ini dam memberi nasihat kepada kaum sejenisnya supaya berjumpa dengan doktor perempuan kerana itulah fitrahnya.

Ini lah akibatnya bila kita sendiri menjatuhkan maruah Islam ...menghina Islam ...

Mayat perempuan yang terbujur pun wajib dimandikan oleh kaum perempuan.

Kita telah menyimpang banyak ...kite telah menghina Hukum Allah ....jangan saje sibuk bab tudung ...jangan saje sibuk bab makan ... kalo makanan xde sijil halal satu kampung berkokok ... itu lah kite ... pasal perut mmg kite jage sgt ... tapi pasal maruah kite xlangsung peduli.

pasal maruah anak bini kite ... kite wat x taw ... emergency konon ...

Dia pencipta Alam .. Pemberi Nyawa ... Hidup mati kite semua Dia yang tentukan ....