9 Okt 2011

Perkasa Cemburu Namewee Kebal Undang-undang

Naib Ketua Wira Perkasa, Nurul Izham Anuar menggelar kerajaan sebagai `serigala hilang taring’ kerana takut bertindak ke atas Namewee yang kini menjadi pengarah filem Nasi Lemak 2.0.

“Namewee ini bebas buat apa sahaja selepas dimaafkan,” katanya.

Menurutnya, pandangan beliau itu bukan kerana Namewe seorang yang berketurunan Cina.
Beliau bertanya adakah Namewee dihukum atas kesalahannya mempersendakan lagu Negaraku dan azan?

“Jawabannya tidak. Namewee terus kebal, tiada tindakan diambil ke atas penghinan Negaraku sehingga kini.

“Mengapa dia begitu kebal,? tanya Nurul.

Namewee pernah mencetuskan kontroversi pada tahun 2009 apabila menyanyikan lagu Negarakuku ketika belajar di Taiwan.

Contoh buruk

Beliau berkata, pendirian Wira Perkasa mengenai perkara itu adalah jelas dan konsisten.

Katanya, Namewee adalah contoh yang buruk untuk diikuti oleh generasi baru dan kerajaan tidak seharusnya membiarkannya mempersendakan kerajaan dan rakyat.

Menurutnya, Wira Perkasa sangat khuatir apa yang dilakukan Namewee iaitu dengan hanya memohon maaf maka sesuatu itu boleh dianggap selesai.

Nurul juga mendakwa, Namewee mendapat perhatian istimewa kerajaan dalam pelbagai isu.
“Apa yang hebatnya lelaki ini diberikan perhatian begitu? Kita juga tidak ralat sekiranya ramai lagi Namewee bakal lahir selepas ini,” tambahnya. -FMT

Ulasan GB

Selama ini Perkasa yang kebal undang-undang walaupun mereka mengancam keselamatan dengan isu-isu perkauman sempit tak sedarkah?

7 ulasan:

Amuraria berkata...

PERKASAM DULU MAU MANDI DARAH WO LAGI PERKAUMAN DAN ZALIM DARI NAMEWEE ! SAPA PATUT CEMBURU SAPA ? PERKASAM TIADA TINDAKAN DIAMBIL TAPI LAGI JARUM DARI NAMEWEE !

Waris berkata...

Aku nak tengok sejauh mana makhluk perosak perkasa ni nak buat pada namewee. Kalau setakat cakap dan bakar gambar je... baik tak payah buang masa layan. Sekarang ni zaman realiti bukan zaman simbolik lagi.

Unit amal dia boleh bedal tak kan namewee dia tak boleh nak bedal. Dengan melayu yang tak melawan berani tapi dengan cina hilang telo.

BANGSAT punya MELAYU tak de telo...

mmtbosan berkata...

buat drama swasta la pulak,hahaha

belakun polis baik dan polis jahat, hahaha

penerbit eksekutip dia mesti orang yang sama hahaha

aku tak layan la drama2 ni hahaha

adam berkata...

mana org kuat perkasa? takkan kecut perut ngan namewee.? takkan hantar org bawah bakar gambar namewee je?

Martoiriat berkata...

PERKASA lahir dari seorang tokoh politik dongeng Berahim katak. Jelas di sini perjuangan PERKASA samalah dengan pemikiran presidennya yang rasis dan khianat. Wujudnya PERKASA bukan untuk memperjuangkan bangsa tapi sekadar untuk mencari publisiti murahan untuk kepentingan peribadi. Jika nak buat protes pun, carilah idea-idea yang boleh memberi manfaat untuk semua. Cara begini hanya bodoh dan dangkal...

Saif berkata...

Nama perkasa tu sepatutnya dibaca Perkakas.

Awanama berkata...

sabar, sabar org kuat Perkasam masih tak sihat lagi sejak hari pembentangan Bajet 2012 ari tu lagi....tunggu dia sihat besok, mesti dia lompat terus Iatana Negara tu...hehe