12 Okt 2011

Kenyataan Yang Pahit: Ada YB Pakatan Rakyat Yang Sudah Lupa Diri - [Ulangsiar]

Pakatan tak upaya tolak rang undang-undang

Selain berkaitan perbekalan atau bajet, Pakatan Rakyat sebagai minoriti dalam parlimen tidak berupaya menolak undang-undang yang dibentangkan, termasuk Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011.

"Selain daripada undang-undang perbekalan atau bajet, tidak wujud (keadaan) kita sebagai minoriti boleh tolak. (Kita) tidak ada jalan untuk menolak rang undang-undang itu.

"Sebab dalam peraturan parlimen, kalau malam itu dia (BN) tidak cukup bilangan (undi), (mereka) boleh masuk keesokkan hari. Kalau ditolak malam itu, keesokkan hari boleh dibentang semula dan diundi," katanya.

Ahli parlimen Pakatan gagal menyekat rang undang-undang itu apabila undian yang diminta mereka menyaksikan 72 anggota dewan menyokong manakala hanya 28 tidak bersetuju ia dibacakan kali kedua.

Kegagalan itu menimbulkan kekecewaan pelbagai pihak, antaranya NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang menyifatkan kehadiran kecil anggota parlimen Pakatan menjukkan "seolah-olah mereka tidak serius".

Tian berkata, isu sama ada minoriti boleh menolak rang undang-undang yang dibentangkan tidak wujud dalam mana-mana parlimen demokrasi kecuali berlaku perpecahan undi parti pemerintah.

"(Contohnya) Gerakan atau MIC berpecah dan mereka kata, kami akan undi berbeza," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dalam majlis penerangan "Selamatkan Kampung Baru" malam tadi.

"Jadi tidak wujud, (sama ada) kita hadir 28 orang, 70 orang, atau 80 orang, kita tidak ada keupayaan tolak undang-undang itu."

Sebaliknya, Tian yang juga ahli parlimen Batu berkata, isu sebenar mengapa Umno tergesa-gesa pada hari pertama persidangan mengusulkan draf pindaaan tersebut.

"Itu isunya. Oleh itu jangan kita tersilap isu dan keluar daripada sasaran perbincangan kita," tegas Tian Chua-mk

KOMENTAR SIDANG PENGARANG TUKAR TIUB


sepatutnya YB PAKATAN RAKYAT
minta maaf kerana tak mengundi
bukan bersilat lidah
beri macam macam alasan


kenapa mereka tak ada di parlimen?
bukankah kerja mereka untuk:
membaca
meneliti
membahas dan mengundi perundangan

>mereka pembuat undang-undang
mereka di sana dipilih untuk KE PARLIMEN bukan untuk KE KELAB MALAM
jangan cuba lari larau
jangan cuba elakan persoalan induk
PERSOALAN INDUK IALAH KENAPA MEREKA PONTENG


jangan cuba kelintau mintau
jangan cuba guna teknik kongkang mongkang
tipu belit ialah kerja united malay national organisation

terima hakikat ramai YB PAKATAN RAKYAT PONTENG
kes KAMPONG BARU membuka mata rakyat
kini pilihanraya akan sampai
sebelum mengundi mereka
sebelum memilih mereka
tanya mereka berapa kali hadir ke parlimen?

rakyat seluruh negara wajib disedarkan bahawa:
yb bukan DIMINTA DATANG PERCUMA KE PARLIMEN
yb dibayar – mereka dapat fulus
yb dapat AP PERCUMA UNTUK BELI KERETA IMPOT
yb ada elaun
yb ada klim perjalanan
yb ada duit sewa bilik hotel bila bersidang
mereka ada pelbagai keseronokan yang KITA PENGUNDI TAK ADA


tak ada gunanya kalau kita pilih mereka tetapi mereka BERCANDA CANDA
tak ada gunanya kalau kita pilih mereka tapi mereka bijak
BERSILAT LIDAH BILA PONTENG
bila ponteng berikan banyak masaalah

kalau kita buruh hendak cuti kita wajib minta pada majikan
kalau kita murid sekolah kita nak cuti - wajib minta pada guru besar
kalau kita pekerja pejabat kita kena minta dari ketua jabatan
nampaknya dalam parlimen ini tak ada badan yang mengawal
maka rakyat semua SELALU KENA TIPU

kita tak tahu apakah YB yang kita PILIH pergi parlimen atau tidak
atau mereka hanya main teloo
telah sampai masanya kita tunjukkan kemarahan
kita tak mahu ditipu hidup hidup
macam mana kita bnak tahu YB kita datang atau tidak
kita perlukan satu NGO untuk ambil kedatangan YB PAKATAN RAKYAT
jika mereka TAK DATANG kita hebohkan
kita kempen jangan pilih mereka lagi

TENTANG YB GEROMBOLAN
datang atau tak datang
nak tidoo atau nak menguap
nak korek tahi hidung atau lubang telinga
bukan hal kita

mereka ambush cara mengundi
mereka kemukakan rang undang undang tengah malam
kemudian mereka luluskan secara gelap
kita tak usah ambil pot
itu memang perangai mereka
ini memang tabiat gerombolan
semua orang tahu mereka:
menipu
mengelat
kelentong
menipu ialah akigdah perjuangan mereka
yang kita ambil hitung ialah YB PAKATAN RAKYAT

kerana mereka siang malam berkokok berjuang untuk rakyat
tetapi dalam kes rang undang undang kampong baru jelas mereka kantoi

kita jangan dibodohkan
kita sedar mereka akan kalah undi
tapi dimana mereka KETIKA MENGUNDI
kalau berhujah bahawa semua undang undang akan lulus
pukimak apa ada YB untuk bincang
pukimak apa ada bacaan cadangan rang undang undanga pertama
pukimak apa ada bacaan cadangan kedua
kemudian baru lulus untuk dijadikan hukam hakam,

kalau hujah kita akan terus kalah
apa guna ada perwakilan YB?
dengan ini jelas parlimen
dilihat sebagai lembaga menipu
lembaga kelentong yang molok lagi molek
lembaga mengolah persetujuan orang ramai
untuk membuat kejahatan merompak harta rakyat
seperti kes rembat tanah kampong baru
dan:

YB PAKATAN RAKYAT HANYA ASESORI YANG DIPERLUKAN
YAB PAKATAN RAKYAT DI PERLUKAN SEBAGI PROP
UNTUK TURUT BERBINCANG
WALHAL SUDAH TAHU UNDANG UNDANG INI AKAN DILULUSKAN

NOTA:
kalau perangai sama macam YB gerombolan
lebih baik mereka kalah
kalau tak ada perwakilan pakatan rakyat
ada pun mereka main sandiwara
ada pun mereka hanya asesori
dalam parlimen lagi baik
kalah bisul kemarahan rakyat lagi besar
ombak meletusnya lagi hebat!


NOTA:
lu pikir laaa sendiri!


Ulasan GB

Nampaknya YB-YB Pakatan Rakyat sudah mula terkena penyakit sombong dan angkuh yang menjadi-jadi.

Tian Chua, listen here,

semasa kamu dipukul dan dipikul oleh polis, semasa baju kamu koyak rabak,
semasa kamu belum menjadi wakil rakyat

para blogger yang mendedahkan kesemuanya itu kepada rakyat
supaya kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan untuk kamu

para blogger juga membantu membela kamu
tatkala kamu diheret ke mahkamah kerana menggigit tangan polis

tapi kini apabila semua itu telah berlalu
dan kamu lepas dan masih menjadi ahli parlimen Batu
kamu pula membela
rakan-rakan YB kamu yang ponteng itu

kepada YB-YB yang beragama Islam pula,
GB sudah pun meminta penjelasan sebelum ini:

Ketidak-hadiran tanpa alasan itu ponteng namanya dan itu adalah "dosa" yang besar kerana mengkhianati amanah Allah, RasulNya dan pengundi anda sekalipun anda ketua parti.

Bawa bukti atau dalil sahih atau panggil mana-mana ulamak muktabar yang kamu ada untuk membuktikan pula tindakan ponteng kamu itu adalah sah di sisi agama!

Tambahan: GB rasa lepas ini, yang ponteng-ponteng itu "sakit" nak jadi wakil rakyat lagi. Itu adalah balasan terhadap "dosa" apabila amanah dikhianati, jika kamu-kamu orang yang mengerti.

GB sedia tarik balik perkataan GB jika kamu-kamu yang ponteng dapat menyediakan dalil sah bahawa kamu boleh tidak hadir tanpa alasan/uzur syarie dari menjalankan amanah.


Bagi para penyokong YB-YB yang ponteng tersebut, terima saja juga nanti hukuman daripadaNya kerana bersubahat dengan orang yang tidak amanah.

Lawan GB dengan hujjah, bukan dengan pembelaan buta atau taksub pemimpin.

Blogger seperti GB akan tetap di alam siber memperjuangkan Pakatan Rakyat, sekalipun semua YB PR sudah mahu menunjukkan lagak dan keangkuhan mereka depan kami.

Masa akan tiba dimana kebenaran akan terserlah juga, siapa yang benar dan siapa yang salah akan diketahui, Dia yang akan mendedahkannya.

GB suruh kamu semua sedar diri. Bahawa tugas Pakatan Rakyat lebih besar menanti. Tetapi tanpa akhlak dan disiplin YB-YB, maka jangan harap Putrajaya dapat ditakluki.

Kalau tak percaya boleh balik tidur lagi, tak payah datang parlimen macam tempohari.

Kami blogger bukan seperti wartawan-wartawan TVS, Keadilan Daily atau Harakah Daily, yang kamu boleh minta untuk tulis hanya yang wangi-wangi, kerana kami tak seperti mereka kerana mereka telah dibayar gaji oleh parti/kerajaan negeri.

Kalau demikian sikap YB-YB PR ini, tak mustahil BN menang lagi di PRU nanti. Episod sedih 2004 berulang kembali akibat YB yang sudah lupa diri

Kami menulis demi mempertahankan KEBENARAN & KEADILAN hakiki. Kami tidak bergaji. Ada janji sebuah kerajaan negeri untuk membantu kami sebelum ini, sampai kini tak menjadi realiti. Penipuan darjah tertinggi. Itu sebab kerajaan mereka lintang pukang diuji Ilahi sampai kini, sebab janji masih belum tertunai lagi.

Kami, terus tegak berdiri kerana kami yakin janji Ilahi bahawa kebenaran tetap menang nanti.

Turutlah orang-orang yang tidak meminta kepada kamu sesuatu upah, sedang mereka adalah orang yang mendapat hidayah. - Yaasiin : 21

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku teringat kisah 3 sahabat yg ponteng menyertai perang Tabuk ...

Tanpa Nama berkata...

tiada seorg pun YB dari PR buat open statement atau statement untuk mintaa maaf...

semestinya mereka kena beri penjelasan termasuklaah anwar ibrahim karpal singh, nurul izzah dan sewaktu dengan supaya rakyat jelas tentang sebab mereka tidak hadir supaya tidak di gelar kaki ponteng..dan makan gaji buta guna duit rakyat

Waris berkata...

Setuju.... kalah perang lebih mulia daripada lari dari berperang dengan alasan dah tentu kalah.

Mana ulama ulama pas yang sibuk mengejar mati syahid? Ujian kecil begini pun kamu tak amanah, ada hati nak berperang untuk syahid?

PR sudah hampir menyamai BN dari segi sikap buruk. Kalau menang majoriti macamana rasa rasanya?

adam berkata...

peringatan kepada YB PR. Belum nenang PRU tp telah menunjuk-nunjukkan ciri2 tak bersatu dan ponteng parlimen

Tanpa Nama berkata...

Tawar hati dengan pakatan rakyat..walaupun sakit hati dengan Pro Kerajaan..
Mane lagi rakyat mahu mengadu lagi.Kalau masing2 tidak menjalankan tugas seperti yang diamanahkan oleh rakyat...

Tanpa Nama berkata...

Kesimpulanya kita jagalah keluarga kita sendiri, cari rezeki yang halal, buat kebaikan banyak-banyak, sokong saja mana yang patut....mana yang tak patut biar dia lingkup.

Tanpa Nama berkata...

Salam buat teman2 dan rakan2 sekelian. Jgnlah kita terlalu lemah dek kerana seperkara ini. Ada byk lg yg perlu kita ambil kira. Bagilah peluang pada YB2 PR ini menyelesaikan isu mereka dgn cara mereka. Tolonglah jgn lemahkan semangat kita kerana hal atau satu perkara ini. Byk lagi perkara2 lain yg perlu diambil kira. Saya fhm semua kecewa saya sendiri teramatlah sgt. Kg Bharu tanah tempat saya dibesarkan selama 18 thn. Saya lagi sayangkan kawasan tersebut. Yg penting jgnlah kita berputus asa bersatu dan teruskan perjuangan kita menghadapi lebih byk lagi beban tugas kita yg belum selesai. Sama2lah kita jayakan dan belajar memaafkan. Saya percaya mereka2 ini (YB PR) ada cara mereka tersendiri utk menyelesaikan perkara berbangkit ini. Ayuh kwn2 kuatkan semangat teruskan usaha. Yg penting kita jgn lalai..Wslm.