12 Okt 2011

Benarkah Malaysia Tangga Ke-19 Terbaik Cegah Jenayah? Mana Bukti?

Langkawi: Malaysia berada pada kedudukan ke-19 daripada 156 negara di dunia yang mempunyai tahap pencegahan jenayah terbaik, kata Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), Datuk Kamarudin Md Ali.

Beliau berkata, untuk menambah baik kedudukan itu, yayasan akan meningkatkan program kesedaran secara berterusan kepada orang ramai dalam usaha mencegah jenayah di negara ini.

“Polis dapat menangani kes jenayah, manakala yayasan pula boleh membantu memberi kesedaran kepada orang ramai melalui pelbagai program yang diadakan,” katanya, semalam.

Beliau berkata, program pencegahan seperti ‘Sekata’ yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diadakan di seluruh negara bagi memastikan mesejnya sampai ke peringkat akar umbi. – BERNAMA

Ulasan GB

Benarkah dakwaan Datuk Kamarudin Md Ali bahawa Malaysia tangga ke-19 terbaik cegah jenayah?

Dari mana statistik itu diperolehi atau ia cuma rekaan semata-mata untuk menyedapkan hati dan menipu rakyat di negara ini?

Yang nyata jenayah menjadi-jadi, laporan jenayah di media massa tak pernah henti.

Kenyataan-kenyataan seumpama dakwaan polis berkenaan menyebabkan lebih ramai rakyat akan merasa sangsi terhadap kenyataan-kenyataan polis selepas ini.

Masuklah bakul angkat sendiri, tetapi jangan sampai menipu rakyat di negara ini. Tunjukkan bukti dari mana angka itu diperolehi.


2 ulasan:

LadyBird berkata...

mcm x logik jerk..
kes rogol hari2..
kes culik hari2..
kebanyakan x dpt diselesaikan..

macamana mungkin boleh tersenarai antara 19 terbaik..

Tanpa Nama berkata...

19 terbaik dari belakang percayalah,
bukti boleh tanya ketua polis negara pak mail