21 Okt 2011

Gantung Aziz Bari Lengkapkan Dunia Akademik Sebagai Sarang Professor Kangkung

Tindakan ala-ISA ke atas Prof Dr Abdul Aziz Bari akan 'mengkangkungkan' lagi dunia akademik negara ini, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Gambar: Demo pelajar UIA desak tarik balik gantung tugas Aziz Bari.

"Di negara kita sudah terkenal gelaran 'profesor kangkung' yang diberikan kepada pembodek-pembodek yang berjaya mendapat pangkat besar di universiti-universiti hasil membodek dan kemudian bercakap merapu melalui TV dan media tanpa mengikut fakta sebenar semata-mata mengampu pemerintah.

"Tindakan UIA (Universiti Islam Antarabangsa) menggantung tugas Dr Abdul Aziz akhirnya akan melengkapkan tindakan menjadikan dunia akademik negara ini sebagai sarang dan dunia professor kangkung," kata beliau.

Mohamad juga menyifatkan tindakan menggantung tugas Dr Abdul Aziz sebagai tindakan ala-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Itu tindakan ala-ISA. Dia belum sempat dan tidak diberi peluang yang munasabah untuk membela diri terus digantung.

"Nampak benar kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) ketagih ISA seperti ketagih dadah dan cakap-cakap kononnya hendak hapuskan ISA adalah pembohongan dan helah semata-mata," katanya sambil merujuk dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya ISA akan dihapuskan oleh kerajaannya.

Sambil memohon maaf kerana tidak dapat bersama-sama di dalam protes di Masjid UIA membantah tindakan ke atas pakar perlembagaan itu lantaran berada di luar negara, Mohamad berkata tindakan sedemikian sukar dielakkan oleh pelajar dan rakyat yang mahu menghalang dunia akademik negara ini menjadi dunia professor kangkung.

"Rakyat yang berkesedaran tidak ada pilihan melainkan menggerakkan lebih banyak protes sedemikian bagi menghalang dunia akademik negara ini menjadi dunia professor kangkung.

"Jika perkara itu berlaku, dunia akademik negara ini pasti menjadi dunia yang sangat hina dan apa maknanya rakyat negara ini menghantar anak-anak mereka ke universiti-universiti?

"Tidakkah berdosa dan mengkhianati ilmu jika menghantar anak-anak belajar kepada professor-professor kangkung yang hina, penjilat dan langsung tidak bermaruah?" kata beliau. -HD

5 ulasan:

Kamarul berkata...

Aku rasa reaktor UIA tu patut meletak jawatan kerana beliau seolah2 mahu mengajar ketam berjalan lurus.

Mempunyai fakulti undang2, mengajar pelajar undang2m tetapi menggunakan kuasa VETOnya menggantung pensyarah sesuka hati tanpa di bicarakan.
Apa punya HAPRAK UIA ni.
Apa punya LOW STANDARD nya REACTOR ni.

Betul2 memalukan Fakulti Umdang2 di UIA ni.

Harap kita semua pelajar2 UIA terus desak supaya REACTOR UIA ni keluar dpd UIA. Beliau tidak layak memagang jawatan ini.

Awanama berkata...

prof kangkung kata "Malaysia tidak dijajah oleh British"....mana perginya prof2 pengampu tu....jenis muka tak malu kaki bodek 1 Malaysia.

Awanama berkata...

Pemimpin-pemimpin ini suka kangkong.

Awanama berkata...

AYUH SEKALIAN MAHASISWA/I, BEKAS MAHASISWA/I, PEGAWAI PENDIDIKAN,PENSYARAH, BEKAS PENSYARAH, GURU, BEKAS GURU, PELAJAR BAKAL MAHASISWA KITA DEMO LAGI ... TEMA DEMO: TINGKATKAN SEMULA MARTABAT KEUNIVERSITIAN NEGARA KITA YG MERUDUM GARA-GARA KEKANGKUNGAN DAN PENGIKUT YAHUDI KHAZAR DAN SELAMATKAN NEGARA TERCINTA DRP PENIPUAN PILIHANRAYA !!

Awanama berkata...

Akhirnya Allah uji rektor UIA tu, sbb beliau antara yg agak lantang menyuarakan cadangan, usul kepada kerajaan, tapi bukan isu yg sensasi/bahaya pada BN, cuma klu tak salah isu2 keadilan utk wanita sbb beliau wanita.. Hok ni aku mmg sokong le... hok kes Prof Aziz ni, cam ne Prof Pn Rektor?