24 Sep 2011

Serangan BN Bertelagah, Mat Sabu Penyokong Komunis Atau Khomeini?

BN kena selaraskan serangan, sindir Pakatan

KUALA LUMPUR, 23 Sept: Barisan Nasional (BN) disarankan agar menyelaraskan serangan mereka terhadap PAS khasnya timbalan presidennya, Mohamad Sabu.

Ini kerana, cara serangan yang dibuat parti dalam BN sekarang terlalu jauh bezanya dan tidak ada penyelarasan langsung.

"Umno tuduh Mat Sabu komunis, MCA pula tuduh Mat Sabu Khomeini ..beza banyak tu!" kata Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail. (gambar)

"BN kenalah selaraskan serangan!" sindir Saifudin dalam Twitternya.

Sejak akhir-akhir ini, tembakan BN terhadap PAS umpama peluru penabur sahaja tanpa sebarang strategi dan penyelarasan antara satu sama lain.

Penyataan Mohamad Sabu adalah Khomeini di masa depan disiarkan dalam rungan editorial akhbar rasmi MCA, The Guardian.

Sedangkan sebelum itu, Umno telah menuduh Mohamad Sabu sebagai Komunis dan membuat lebih 1,000 laporan polis ke atasnya.

Laporan akhbar milik MCA, The Star, yang biasanya menjadi 'meriam' utama BN juga sangat kontras dengan apa berlalu sebenarnya.

Hari ini, The Star di muka depan melaporkan perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat tentang hudud tetapi akhbar itu tidak menyatakan di muka depannya pendapat MCA yang sangat berbeza dengan Umno.

Bahkan, Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek berkata, MCA akan meninggal BN jika Umno memutuskan untuk melaksanakan hudud.

Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan persidangan menjadikan negara berpendapatan tinggi satu realiti, di Subang Jaya hari ini.

"Apa yang jelas ialah MCA menentang hudud," katanya dengan tegas.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata, parti itu menolak usaha melaksanakan hudud atau mana-mana undang-undang teokratik kerana ia bertentangan dengan struktur asas persekutuan dan perlembagaan.

Chang juga berkata, kerjasama politik Gerakan dengan Umno tidak dapat dipertahankan dan mungkin berakhir jika hasrat melaksanakan Hudud diteruskan.

MCA calls Mat Sabu the next Khomeini

PETALING JAYA, Sept 23 — MCA has called Mohamad Sabu the next Ayatollah Ruhollah Khomeini in the making, taking a different tack from Umno’s offensive against the PAS deputy president for allegedly being a Communist sympathiser.

Khomeini was an Iranian religious and political leader who played an integral part in the Iranian Revolution that led to the overthrow of the Shah of Iran in 1979. He later became Iran’s Supreme Leader until his death in 1989.

The remarks about Mohamad, popularly known as Mat Sabu, were contained in an editorial contained within MCA party organ, The Guardian. Copies of the newsletter were distributed to participants of a conference organised here by the party’s think-tank.

“In a June interview... (Mat Sabu) found the late leader’s use of religion as a device of change refreshing seeing that, in his opinion, ulamas in Malaysia are keeping the powerful protected,” the editorial said.

“With such a revolutionary idol to look up to, Mat Sabu, if given a position of power, could easily follow in the path of the late Ayatollah and use religion as a platform for social change and dogmatic rule.”

“Wither democracy if this is the same ‘moderation’ PAS intends to showcase to the rakyat?”

MCA has been struggling to win back Chinese support since the 2008 general election, and has consistently tried to use PAS’s Islamic state aspirations to scare off voters from its main rival DAP.

Earlier today MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek said his party would quit Barisan Nasional (BN) if Umno tried to implement hudud law.

In recent weeks, Mohamad has come under immense criticism for allegedly glorifying Communist guerrilla Ahmad Indera as a true hero in the attack on Bukit Kepong police station in 1950.

Mohamad claimed trial yesterday to a criminal defamation charge over his alleged remarks, at the Sessions Court in Butterworth.

If found guilty of the offence under Section 500 of the Penal Code, the PAS leader face up to two years’ jail and/or a fine.

Mohamad was alleged to have defamed policemen and soldiers who defended the Bukit Kepong police station in a 1950 attack by communists.

The maverick politician also faces an alternative charge of defaming family members of the policemen and soldiers. -TMI


Ulasan GB

Kalau Mat Sabu penyokong Khomenei, maka dia bukanlah penyokong kominis kerana Khomeini adalah pemimpin Republik Islam Iran, sebuah negara penentang fahaman komunis. Jika beliau penyokong komunis maka dia bukanlah penyokong Khomeini kerana komunis bebas dari fahaman sebarang agama atau teologi.

Dah bengong kepala hotak BN. Nak buat tuduhan ke atas Mt Sabu pun dah saling bertentangan. Semakin Mat Sabu diserang, nama Mat Sabu semakin hebat dan semakin dijulang.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pihak umngok kata Mat Sabu kominih. Pihak MCA kate die khomini. Kominih vs Khomini. Satu tak bertuhan hok satu lagi syiah. Kadua-duanya tidak setepat ahlus-sunnah wal-jama'ah tentang Tuhan dan Syariat kehidupang. Orang yang menuduh pihak lain sesat dikhuatiri tuduhang itu kembali ke diri penuduh semula. MCA tuh memang tak beriman lagi pong.. omngok ape hal...?

Hidup mung pokcik Mat Sabu. Mulia dia kerana Islam dan jemaah yang dia berjuang bersame...

Zalee berkata...

srangan BN pd PR mmang sebgitu.bkn skdar mat sabu.dlm kes DSAI pun lbh krg je bertrabur.kjp ejen CIA,kjp rpt dgn Iran.satu hr dia 'hardcore homosexual',satu hr dh jd kaki prmpuan pulak.smua tuduhan tu kontra antara satu sma lain.