24 Sep 2011

Najib Akan Halang Hudud Dilaksanakan Di Malaysia

Najib beri jaminan hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia

TANJUNG TUALANG: Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini.

Perdana Menteri berkata, hukum itu tidak sesuai dilaksanakan kerana berpaksikan kepada realiti yang ada di negara ini.

Najib berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival 1Malaysia Tanjung Tualang di pekan Tanjung Tualang sempena lawatan turun padang sehari beliau ke Perak, sebentar tadi. -BH


Ulasan GB

Terdedah kini bahawa Najib akan menghalang perlaksanaan Hudud di negara ini. Beliau berkata "hukum itu tidak sesuai dilaksanakan kerana berpaksikan kepada realiti yang ada di negara ini" menunjukkan KEJAHILAN beliau terhadap Islam dan hukum Islam. Cukup memalukan untuk mempunyai seorang PM sedemikian.

Dari awal lagi GB sudah meragui mengenai pengetahuan Islam manusia bernama Najib ini. Beliau tidak mahu membaca dan meperdalami Al-Quran dan Hadith, maka itu beliau begitu berani secara terangan-terangan menentang hukum Islam. Beliau tidak tahu apa itu "syumul", beliau amat jahil mengenai hudud. Lantaran itu beliau menghalangnya dari dilaksanakan di negara ini.

Sebelum ini GB sudah ulas:

Bukan sekadar Karpal Singh atau Lim Kit Sinag, tetapi kini UMNO kena penamparnya - MCA secara terus terang menyatakan bahawa ia akan keluar BN jika hudud dilaksanakan.

Ini membuktikan "kejayaan" UMNO memberikan gambaran buruk terhadap hudud dan hukum Islam selama ini kepada masyarakat bukan-Islam.

TPM, Muhyiddin Yassin cuba berkeluk-klek mengenai hudud menyatakan UMNO tidak tolak hudud tetapi hakikat sebenar tidak boleh ditutup.

PM-PM Malaysia silih berganti menghina hukum Allah semata-mata kerana takut kehilangan kuasa kepada PAS. Najib sendiri satu ketika pernah menghina dan menempelak hukum Islam dengan menyatakan "negara akan huru-hara jika Islam dilaksanakan". Inilah mentaliti PM Malaysia yang jahil terhadap agamanya sendiri yang memberikan imej buruk Islam kepada orang bukan Islam.

Izinkan GB beri peringatan bahawa kamu-kamu di dalam UMNO telah menghina hukum Allah maka kelak Allah akan menghinakan kamu-kamu semua apabila Dia menegakkan hukumNya di mukabumi ini.



9 ulasan:

Awanama berkata...

pemimpin yg tolak hudud.. bmakna pemimpin yg tolak hukum Allah.. btul x??? maag jika silap.. dr hamba yg jahil...

Awanama berkata...

Itu dia pemimpin orang melayu. Wahai orang-orang melayu yang mengaku beragama Islam, hendakkah kamu berIMAMkan pemimpin seperti itu? Sebelum dimurkai Allah, ubahlah dalam PRU 13 nanti.

Awanama berkata...

jangan lawan hukum 2 allah takut 2 kalau mati nanti bumi tak terima sudah lah tu bertaubat lah balik lah kejalan allah

1 Malaysia berkata...

Jelas dan amat jelas ...

Inilah pemimpin AGONG MELAYU.
Melayu yang hanya sesuai jadi Melayu. Hukum Allah swt tak sesuai dengan semasa. Ini juga membawa implikasi bahawa Tok Jib dan UMNO tak sesuai jadi orang Islam.
Ingatlah saudara AKU, Allah swt tidak perlu pertolongan kita untuk memperjuangkan agamaNya malahan dia yang memberi pertolongan kepada kita. Ingat bahawa kita boleh berterima kasih pada manusia dan tak boleh hidup berpaksikan manusia. Paksi kitahanya pada Allah swt. Yang memberi rezeki tu Allah swt, bukannya UMNO keparat. Sedih melihat ramai saudara yang imannya tersasar jauh dan sebahagian besarnya telah berlaku syirik terhadap Allah swt. Apa yang AKU mampu lakukan kini ialah .... UNDILAH, UNDILAH, UNDILAH.
Ya, Allah, Ya Tuhanku, selamatkanlah umat Islam di bumi yang bernama 'Tanah Melayu' dari puak munafiqun dan puak fasiqun.

Awanama berkata...

UMNO Baru dulu, kini dan selamanya tidak akan menerima hukum hudud sebagai undang-undang resmi negara kerana undang-undang itu tidak boleh digubal atau diubah ikut sesuka pemerintah kecuali merujuk kepada alquran dan hadis.

Oleh kerana itu petualang yang memerintah tidak akan terselamat sebagaimana menggunakan undang-undang sivil yang boleh diubah-ubah mengikut selera sesiapa yang berkuasa.

Lihat betapa selamatnya Tun Mahathir dan kuncu-kuncunya berselindung disebalik undang-undng sivil kerana telor peguam negara dan hakim dalam genggaman mereka. Apa saja yang mereka mahu, hakim terus ikut tanpa perlu merujuk pada mana-mana pihak.

Nak jadikan hukum hudud sebagai undang-undang negara, mesti tumbangkan waris penjajah British ini terlebih dahulu.

Awanama berkata...

bn sengaja mainkan isu hudud untuk memerangkap pakatan.Jangan terperangkap yob.Banyak isu lagi perlu di timbulkan jangan layan isu ini.Bila dah tawan putrajaya baru boleh cerita.

Awanama berkata...

jangan mempermainkan hukum ALLAH...ini ke pemimpin negara ....amat sedih sekali....

Awanama berkata...

Itulah hakikat yg kita kena terima sekarang ni... pemimpin umno x mahu hudud dijalankan. Pemimpin datang dan pergi... Hukum Allah tetap sampai akhir nanti... pilihlah yg mana berkenan di hati. Sekiranya hati berpaut pd hukum Allah... carilah pemimpin mahu melaksanakannya... InsyaAllah Dia tetap bersama dgn kita nanti...

adam berkata...

betul ke Najib menolak hudud? Tak pernah dengar pun beliau menolak hudud di mana2 sidang akhbar atau ucapan2 beliau sebelum ni. Minta kepastian