29 Sep 2011

Kuala Lumpur Menjadi Seperti Las Vegas... Tembak Menembak .. Senario Biasa..

12 das tembak tauke tarik kereta

KUALA LUMPUR: Angkara dendam, seorang pemilik syarikat tarik kereta cedera parah di perut dan tangan akibat ditembak secara rambang oleh dua lelaki yang menunggang motosikal dalam kejadian di Jalan Prima 2, Taman Metro Prima, di sini, semalam.

SIASAT ...pegawai forensik melihat kereta terkena peluru dalam kes suspek melepaskan 12 das tembakan ke atas pemilik syarikat penarik kereta

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, mangsa yang berusia 43 tahun sedang minum bersendirian di sebuah restoran berhampiran syarikat miliknya apabila secara tiba-tiba muncul dua lelaki menunggang motosikal dan berpakaian serba hitam melepaskan tembakan secara rambang ke arahnya yang turut menyebabkan dua orang lain cedera.


Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa berkata kedua-dua suspek melepaskan 12 das tembakan ke arah mangsa yang tidak menyedari kehadiran mereka.

“Suspek menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ berwarna biru menggunakan pistol jenis automatik dan melepaskan tembakan dari jarak 20 meter ke arah mangsa sebelum memecut laju.

“Akibat kejadian itu, mangsa cedera parah di perut dan tangan manakala seorang lelaki berusia 40-an yang minum di restoran sama dan seorang pekerja wanita warga Indonesia cedera di kaki,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, mangsa bersama dua lagi orang awam berkenaan dihantar ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan dan dilaporkan stabil. -HM

Parah dihujani peluru mafia

LOKASI Subramaniam terkena tembakan ala mafia di Jalan Metro Prima, Kepong, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Dua lelaki yang bersenjatakan sepucuk pistol bertindak ala mafia apabila melepaskan 12 das tembakan ke arah seorang penarik kereta menyebabkan mangsa dan dua orang awam cedera dalam kejadian di Jalan Metro Prima, Kepong di sini semalam.

Kejadian yang menggemparkan pada pukul 5.40 petang itu berlaku ketika mangsa yang dikenali sebagai Subramaniam, 43, sedang minum di sebuah kedai di situ. Dia mempunyai dua rekod jenayah lampau.

Tanpa diduga, salah seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ dan memakai topi keledar berpenutup terus melepaskan 12 das tembakan tanpa henti ke arah mangsa pada jarak kira-kira 20 meter.

Dua tembakan itu mengenai perut dan tangan lelaki itu manakala bakinya tersasar lalu terkena pada dua orang awam. Dua mangsa itu terkena serpihan peluru pada kaki masing-masing.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian itu bermotifkan dendam berdasarkan cara suspek menyerang mangsa yang seolah-olah ingin membunuh lelaki itu. -kosmo


Ulasan GB

Ia seperti satu permulaan baru bagi ibu negara Malaysia, menjadi seperti kota Las Vegas dan sebahagian besar bandar-bandar di negara Eropah. Suasana tembak-menembak, dan apa juga jenayah akan berlaku tak kira masa dan tidak kenal sesiapa.

Demikian negara tanpa HUDUD. Kepada yang mahu melihat dan mengambil pelajaran.

9 ulasan:

hyhhh berkata...

isy...cepat2 la hudud nie dibenarkan supaya penjenyah merasa takut lalu bertaubat..

Jom terjah sini:
1)Jawapan Bernas Mengapa Hukum Hudud Patut Dilaksanakan Oleh Ustaz Zaharuddin
2)Kena Kejar Sebab Mandi Bogel
3) Mengapa “Couple” Itu Dikatakan Haram?

otaklunyai berkata...

malaysia bolleh!!

Tanpa Nama berkata...

x per, kalau kena tangkap, bayar jer RM200 sbg hukuman..

x pun duduk dalam penjara - kerajaan bagi makan free...

kita jangan jadi kejam, kesian kat penjenayah jika hukuman hudud dikenakan. dekat mangsa kena tembak tu tak kesian plak?.

lagipun najib kan hebat dari Allah, hukuman hudud x sesuai kat muka bumi malaysia nie...ptuiihh...

Tanpa Nama berkata...

Statistik Jenayah kat Malaysia nie kan dah turun tak gitu? tapi dari har ke sehari kes bunuh, ragut, culik, samun, tembak-menembak makin menjadi-jadi macamana kata kadar Jenayah turun nie?

Tanpa Nama berkata...

suruh utusex dan tv 3/4 pi tanya mangsa mahukah kalau kerajaan laksanakan hukum hudud atau tanya penjenayah tersebut mahukah kalau kerajaan lasana hudud?

Tanpa Nama berkata...

suruh utusex dan tv 3/4 pi tanya mangsa mahukah kalau kerajaan laksanakan hukum hudud atau tanya penjenayah tersebut mahukah kalau kerajaan lasana hudud?

Tanpa Nama berkata...

yang selamat sejahtera hanya pemimpin BN dan UMNO, rakyat tegur, rakyat masuk dalam, penjenayah selamat

Tanpa Nama berkata...

Kalau PDRM berlagak macam cowboys bersifat "trigger- happy",rakyat pun ikut sama.Soalnya,dari mana mereka ini dapat senjata api? Adakah mereka ini juga daru cabang Maaunah?

Tanpa Nama berkata...

apa penjenayah nk takut? kalau kena tangkap pun, semua anggota badan dia cukup sempurna disamping dpt makan free. Lepas keluar boleh buat lagi.