27 Sep 2011

[Bergambar] Kisah Kasih Ibu Selamatkan Anak

Dalam keadaan nyawanya terancam selepas jatuh di lurah yang curam, anak singa ini mengharapkan bantuan yang dapat menyelamatkannya daripada maut.

Keempat-empat singa betina itu meninjau ke bawah tetapi berundur kerana bimbang dengan kecuraman lurah itu.

Akhirnya, satu-satunya faktor yang menentukan siapa di antara mereka yang sanggup menggadai nyawa untuk menyelamatkan anak singa malang itu ialah kasih sayang ibu.

Dengan perlahan dan penuh dengan kesukaran, singa berkenaan menuruni bukit, menuju ke arah si anak, menggunakan kukunya yang kuat untuk mencengkam tebing yang curam itu.

Andai kata dia tergelincir, ibu dan anak singa itu pasti terjatuh ke dalam gaung dan mati.

Ketika anak singa itu yang keletihan hampir jatuh, si ibu mengelilinginya dari bawah dan menyambar dengan rahangnya.

Ibu singa itu kemudian memulakan pendakian yang sama mencabar. Beberapa minit selepas itu, mereka tiba di atas dan dia mententeramkan si anak yang kelihatan masih ketakutan dengan menjilat kepalanya.

Gerakan menyelamat itu, yang dirakam oleh jurugambar hidupan liar, Jean-Francois Largot, di Taman Hidupan Liar Masai Mara, Kenya.

Ibunya tiba di tebing lurah itu dengan tiga singa betina dan seekor jantan.

IBU singa di tebing lurah sementara anaknya di bawah.

SI IBU merangkak dari tepi sebelum menyambar anaknya yang hampir jatuh.

IBU singa menggonggong anaknya naik ke atas semula.

SI ANAK dijilat ibunya selepas berjaya diselamatkan.


6 ulasan:

hyhhh berkata...

bagus betul singa tue..

Jom terjah sini:
1)Pelik!! Nasi Berlaukkan Kondom di China
2)Kena Kejar Sebab Mandi Bogel
3) Penumpang Komuter Yang Smbong Kena Ajar Dengan Ayam

Tanpa Nama berkata...

yang sedihnya ada ibu manusia yg sanggup membiarkan anak gadisnya di "ratah" oleh kekasihnya (bapa tiri gadis / kekasih ibu), ada bapa dan datuk yg sanggup rogol anak dan cucu sendiri - rasanya lebih baik singa itu jadi manusia dan manusia rakus menjadi binatang... apa la nak jadi dunia sekarang

AzMiR

..cik faTiha Tea'ah... berkata...

so sweet..indahnya kasih ibu..wlaupun singa ini hanya binatang dan tidak dikurniakan akal, namun, atas satu nama, kasih sayang ibu, telah menyebabkan ia nekad utk menyelamatkan anaknya...subhanallah...

Tanpa Nama berkata...

aku takut kalau singa tu jadi manusia..dia pun akan terikut perangai manusia yg jahat..so biarkan la dia jd singa sampai kiamat..ahahaah

Tanpa Nama berkata...

Dalam kalangan manusia ada yang bersifat haiwanis, sebaliknya dalam kelompok haiwan ada sifat kemanusiaan.

Tanpa Nama berkata...

Sebaliknya ada manusia yang sanggup buang anak.