21 Ogo 2011

Isu Mentega Golden Churn: Kenyataan JAKIM Buat Masyarakat Islam Keliru!

Hanya mentega Golden Churn New Zealand tak halal

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan hanya mentega jenama 'Pure Creamery Butter - Golden Churn Butter'keluaran syarikat Ballantyne Food Pty (New Zealand) tidak halal.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat hasil perbincangan Jakim dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Kimia Malaysia, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan, Jabatan Agama Islam Sarawak serta Jabatan Agama Islam Johor pada 8 Ogos lepas.

Sehubungan itu, Jakim menegur media yang menyiarkan maklumat atau memaparkan gambar produk selain keluaran syarikat beralamat di Allen Street Morrinsville 3340, New Zealand berkenaan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 19 Julai lepas, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu, yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis, sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA babi, menyebabkan industri makanan berkenaan terjejas. --Bernama

Ulasan GB

Soalan GB yang pertama kepada JAKIM, apakah JAKIM sudah melakukan ujian, pemeriksaan dan siasatan ke atas mentega jenama 'Pure Creamery Butter - Golden Churn Butter' keluaran syarikat SELAIN DARIPADA Ballantyne Food Pty (New Zealand) sehingga JAKIM menyatakan "hanya mentega jenama 'Pure Creamery Butter - Golden Churn Butter' keluaran syarikat Ballantyne Food Pty (New Zealand) tidak halal"?

Kerana semua orang tahu bahawa sesuatu jenama walaupun dikeluarkan oleh syarikat yang berbeza di negara yang berbeza akan tetap menggunakan resipi yang sama. Justeru itu dimana letaknya kebenaran dan kesahihan untuk "mengharamkan" produk mentega dari Ballantyne Food Pty (New Zealand) dan menghalalkan mentega yang sama dari negara lain?

Apakah kerana apabila Ballantyne Australia mendakwa ada sijil halal maka JAKIM menyatakan hanya dari Ballantyne New Zealand sahaja yang haram? Sijil Halal untuk Ballantyne Australia siapa yang keluarkan?

Sekarang nyatakan samada JAKIM sudah membuat ujian keatas mentega-mentega Golden Churn yang dikeluarkan selain dari Ballantyne New Zealand dan nyatakan Golden Churn yang negara mana statusnya halal supaya umat Islam tidak keliru dan dikelirukan.

Seperkara lagi GB ingin menarik perhatian di sini ialah tatkala negara sedang membincangkan isu-isu besar seperti pembersihan pilihanraya, tetapi JAKIM masih terkepung dengan isu-isu furu'iyah seperti hukum memakan cicak tokeklah, hukum gunakan inhaler masa puasalah dan yang seumpama.

Tetapi belum ada kenyataan JAKIM dikeluarkan apa hukumnya jika SPR melakukan penipuan di dalam pilihanraya, apa hukumnya menggunakan kaedah pengundi hantu dan pengundi klon dan apa hukumnya jika pilihanraya di dalam negara berlansung di dalam keadaan yang penuh meragukan dan dipersoalkan rakyat?

Mengapa JAKIM membisu di dalam hal-hal yang lebih utama tetapi lebih kepada persoalan cabang di dalam Islam?

Ia mengingatkan saya kisah seorang ulamak yang datang menemui Ibnu Umar r.a.

Dia datang bertanya: "Ya Ibnu Umar, apakah hukumnya darah nyamuk kalau darah nyamuk kena baju?"

Ibnu Umar menyoalnya: "Dari mana engkau datang?"

Dia menjawab: "Dari Iraq"

Kata Umar : "Kamu datang dari Iraq ke Mekah, kamu tanya aku tentang darah nyamuk? Sedangkan ramainya darah umat Islam yang dtumpahkan di Iraq di hadapan kamu secara zalim kamu tidak tanya, kamu tanya aku apa hukum darah nyamuk terkena baju? Perkara kecil kamu bisingkan perkara besar kamu tutup mata?"

7 ulasan:

Unknown berkata...

JAKIM takut kalau nak bincang isu pilihanraya..

Entri Menarik Di Sini:
1)Download Fast Five BDRip English Hardsub MKV
2)Octove.com Social Network Pertama Di Malaysia Bagi Hadiah Iphone 4
3)Boboi Boy Download

kita berkata...

Benda menipu nih benda jelas haram bro...x perlu jakim nak ulas.

Awanama berkata...

JAKIM, serupa dengan mufti2 jugak...

ulamak cari makan...

rayman berkata...

Kata Umar : "Kamu datang dari Iraq ke Mekah, kamu tanya aku tentang darah nyamuk? Sedangkan ramainya darah umat Islam yang dtumpahkan di Iraq di hadapan kamu secara zalim kamu tidak tanya, kamu tanya aku apa hukum darah nyamuk terkena baju? Perkara kecil kamu bisingkan perkara besar kamu tutup mata?"

Rasanya ucapan yang disampaikan oleh Khalifah Umar hanya untuk penduduk zaman seangkatanya bukan untuk umat hari ini. Kalau tidak, maskan ada umat Rasullulah yang berani membelakangi Al-Quran dan hadis.

Awanama berkata...

Pemompin UMNO Barua BN kelirukan rakyat,Jakim jangan ikut perangai UMNO pengotor itu, buatlah dengan iklas.

Awanama berkata...

bukan niat nak mengata tapi dari pemerhatian sendiri ramai pegawai2 jabatan agama ni muda2 lagi,tak nampak alim dalam bidang masing2,
jiran saya sendiri pegawai2 muda JAWI bujang2 belaka.tapi jarang nampak ke masjid...

Awanama berkata...

JAKIM BN memang macam tu