6 Ogo 2011

Gadis Miang Kena Cekup Lagi Dengan Lelaki Lain

Ampang - Seorang gadis ‘miang’ yang sebelum ini pernah dikenakan hukuman kerana bersekedudukan dengan teman lelaki tidak pernah serik apabila dia sekali lagi dicekup Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Gambar fail

Namun kali ini, dia dicekup berkhalwat dengan lelaki lain apabila teman lelakinya pergi berkursus.

Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah, Ahmad Nawi Osman berkata, operasi tersebut dijalankan di sebuah rumah kedai kira-kira jam 5.30 pagi semalam, setelah pihaknya menerima maklumat daripada orang awam.

“Kami terpaksa menunggu beberapa minit sebelum pintu rumah dibuka oleh seorang gadis berusia 20 tahun. Dia yang berpakaian lengkap itu memberi alasan tinggal seorang diri di rumah berkenaan apabila kami menyoal siasat,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati rumah tersebut disewa oleh teman lelaki kepada wanita berkenaan.

“Ketika serbuan dijalankan, kami mendapati pasangannya hanya memakai seluar pendek tanpa baju menyorok di bawah katil,” katanya.

“Pasangan tersebut dibawa ke balai polis berhampiran untuk pihak kami membuat laporan polis,” katanya.

Ahmad Nawi berkata, dalam operasi berasingan pihaknya turut mencekup sepasang kekasih yang juga penuntut di institut pengajian tinggi awam (IPTA) pada jam 8.00 pagi di sebuah pangsapuri di Pandan Indah setelah didapati berkhalwat.

“Kedua-dua operasi itu dijalankan di bawah Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. -SH

Ulasan GB

Di dalam bulan puasa pun masih berani bersikap demikian. Syaitan dah dibelenggu, teapi manusia mengambil-alih peranannya.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

penguatkuasa jais dicabar untuk tangkap orang islam yang kaya raya berkhalwat di hotel taraf 5 atau 6 bintang, banyak maklumat di beri pada jais tetapi tiada tindakan..

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya bukan untuk JAIS saja semua penguatkuasa agama negeri juga harus bertindak untuk menyerbu hotel bertaraf sehingga 5 bintang kalau betul betul menjalan kan tugas demi ugama Allah, bukan setakat hotel murah jer, pasal tu gaji tak berkat sebab tidak ikhlas dalam menjalankan tugas cuma berani operasi di hotel murah jer tapi bila hotel mahal kecut telur takut nak buat serbuan risau akan hilang pekerjaan, bukan takut pada Allah, apa nak jadilah pada penguatkuasa agama ni

Unknown berkata...

Orang ni nasib malang sebab dia tidak ada apa-apa gelaran. Bukan anak datuk atau tan sri. Jika dia anak pemimpin atau memang orang besar, nescaya kes begini akan ditutup, siapa pun tak tahu. masing-masing cuci tangan. sebab dia orang kecil, senanglah kantoi!

Tanpa Nama berkata...

Ak kadang2 x fhn keja jais ni ape.tgkap org khalwat,org yg bt dosa yg smbunyi2,tp Allah maha melihat, tp dosa yg terang2 org islam buat,yg npk d mata manusia x la pulak di tgkap,cntoh berjudi,minum arak, x smbahyang jumaat dll..ibu segala mksiat ialah arak,bkn berzina.skali jais bt operasi pngil media,dedah aib org.lama2 Tuhan laknat la korang,satu masa nnt golongan agama yg bt kerja kerana duit,pgkat ni la yg akan di hina sehina2nya..