2 Jul 2011

Tiada Alasan BERSIH 2.0 Perlu Dibatalkan

Tiada sebarang alasan yang relevan bagi kerajaan pemerintah dan pihak berkuasa untuk menafikan hak rakyat berkumpul pada himpunan BERSIH 2.0 akan datang, malah usaha membatalkannya adalah satu tindakan yang mencabuli Perlembagaan Persekutuan.

Naib Presiden PKR, N. Surendran berkata amalan lazim kerajaan pemerintah membatalkan himpunan rakyat bukan sahaja membelakangi Perlembagaan Persekutuan malah ia dilihat sebagai rejim yang takutkan suara rakyat.

"Dengan jelas sebagai isu undang-undang perlembagaan, bahawa anda, saya, kita, rakyat mempunyai hak untuk berhimpun pada 9 Julai 2011 dalam perhimpunan BERSIH 2.0," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sebuah program yang berlangsung di Dewan Himpunan Cina Wilayah Persekutuan dan Selangor semalam bagi memperincikan hak dan kebebasan warganegara untuk berkumpul dan bersuara seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Hadir sama, peguam dari 'Lawyer For Liberty', Fadiah Nadwa Fikri dan R. Sivarasa.

Dengan merujuk kepada undang-undang Pelembagaan Persekutuan pada Artikel 10, Surendran berkata tiada sebarang halangan untuk membataskan rakyat menyuarakan pendapat dan hasrat untuk berkumpul secara aman.

Beliau membacakan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjelaskan tentang Kebebasan bersuara, berhimpun dan menubuh persatuan.

"Artikel 10(a) Tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran, artikel 10(b) Semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata, kenyataan pada artikel 10(a) dan 10(b) ini adalah penting untuk hari ini," katanya.

Surendran berkata, cengkaman kuasa pemerintah terlampau mengekang pergerakan rakyat walaupun hak itu termaktub dalam perlembagaan tertinggi negara ini.

"Perhimpunan boleh dijalankan dengan syarat memberi notis kepada pihak polis, ianya berbeza dengan apa yang berlaku di England dimana rakyat hanya perlu memberitahu dimana, bila mereka akan berhimpun.

"Di Malasyia kita perlu meminta izin dan apabila melakukannya dan keputusan terpulang kepada polis untuk luluskan ataupun tidak, jadi apa yang dikatakan sebagai hak ? Hak yang tidak bermakna," katanya. -tvsnews

Ulangsiar


Bersih 2.0: Suhakam mahu Putrajaya benar himpunan aman 9 Julai

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Di sebalik tindakan keras pihak berkuasa yang dilihat semakin meningkat, Suhakam mahu pentadbiran Najib membenarkan perhimpunan-perhimpunan aman termasuk anjuran Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Pada masa yang sama, Suhakam berkata pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab.

“Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu (dengan) sewajarnya,” kata Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini merujuk kepada perhimpunan aman yang dirancang oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai dan juga perhimpunan-perhimpunan yang dilaporkan dirancang oleh Pemuda Umno dan Perkasa.

Pemuda Umno dan Perkasa mahu mengadakan perhimpunan balas membantah Himpunan Bersih 2.0 pada tarikh dan masa yang sama.

Bersih 2.0 mendakwa pihaknya hanya mengadakan perhimpunan aman bagi menuntut sistem pilihan raya yang bebas dan adil dengan diletakkan lapan tuntutan.

Hasmy berkata Suhakam mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang termaktub ddalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Kata beliau, Suhakam mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun seperti yang terkandung dalam, antara lain laporan tahunannya kepada Parlimen serta permintaan bagi pemansuhan Subseksyen (2), (2A) hingga (2D), (4), (4A), (5), (5A) - (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967.

“Dan, mengesyorkan agar pihak polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ia perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan,” katanya lagi.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan pihak polis tidak akan mengeluarkan permit kepada mana-mana kumpulan yang mahu mengadakan perhimpunan pada tarikh tersebut.

Pihak polis sudah mula memanggil pihak penganjur ketiga-tiga perhimpunan itu.

Malah pihak polis juga sudah mula menahan mereka yang memakai kemeja-T Bersih 2.0. -TMI




Ulasan GB

Sebelum ini GB sudah ulas, petikan:

Panggillah SUHAKAM! Ambil kenyataan mereka. Jangan hanya berani mengugut dan tunjuk kuasa kepada rakyat terbanyak tetapi menikus terhadap Suruhanjaya yang dilantik Agong.

Polis perlu bertindak adil. Perlu jalankan amanah tanpa diskriminasi dan pilihkasih. Tanpa perlu mengikut telunjuk UMNO BN. Tetapi apa yang berlaku kini semua terbalik. Polis hanya menjadi pak turut kepada UMNO BN. Kredibiliti dan integriti polis keseluruhannya terjejas lantaran itu.

Tak mengapa. Teruskan. Rakyat juga "ada kuasa" menukar kerajaan nanti sewaktu pilihanraya. Dan salah satu faktor UMNO BN kalah nanti adalah kerana polis yang bertindak berat sebelah dan menyalahgunakan kuasanya.


1 ulasan:

Awanama berkata...

Memang betul perhimpunan Bersih 2.0 tidak perlu dibatalkan malah mesti diteruskan rancangannya untuk menyerahkan memorandum kepada Agong.

Apa yang kita lihat sekarang, kerajaan yang dilantik rakyat cuba memecah-belahkan perpaduan rakyat yang melantik kerajaan. Pecah dan perintah.

Kita jangan lupa kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohd. Najib selaku PM yang dilantik oleh rakyat, kononnya dengan apa cara sekali pun Putrajaya mesti dipertahankan.

Dia terlupa bahawa duduk diPutrajaya hanyalah menumpang buat sementara waktu saja selagi rakyat suka, tapi dia sudah kecanduan sehingga tidak mahu keluar dari putrajaya kerana dia sangka tempat itu emak bapak dia yang punya. Celaka.

Dia cuba sedaya upaya untuk menolak pilihanraya bersih kerana dia menang pilihanraya dengan cara kotor. Majoriti calon dari UMNO Baru dan BN menang pilihanraya juga dengan cara menipu yang dibantu oleh SPR.

Itu pasallah kita melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh SPR berbaur politik yang berpihak kepada BN.

Pilihanraya akan datang dia masih mahu menipu rakyat untuk menang..... Bangsat.

Sekarang dia telah melaksanakan apa yang diperkatakan melalui polis. Amaran, ugutan, tahan, tangkap, rampas, lokap...

Kita tidak boleh memarahi polis semata-mata tetapi apa yang dilakukan oleh polis itu adalah persamaan keganasan dan kezaliman PM kepada rakyat.

Melawan kezaliman polis bermakna kita melawan kezaliman perdana menteri.Marah polis mesti marah perdana menteri juga kerana mereka berkait rapat antara satu sama lain.

Kita tidak tahu apakah angkatan tentera juga akan diheret sama untuk membelasah rakyat sebagaimana yang dilakukan oleh pihak polis sekarang.

Sudah terbukti bahawa kerosakan dalam negara adalah berpunca dari Perdana Menteri dan polis....

Menentang Perhimpunan Bersih 2.0 bermakna kerajaan BN memang mahu menipu dalam pilihanraya akan datang.

Oleh kerana itu sebagai rakyat yang berkuasa melantik pemerintah kita mesti sentiasa bersatu untuk jatuhkan pemerintah yang zalim dan rasuah.