26 Jul 2011

Rais Terkedu, Media Arus Perdana Bantah Keras Penubuhan Majlis Perundingan Media

Mesyuarat sulung majlis media 'gagal'

Wakil media arus perdana menyuarakan bantahan keras ke atas cadangan kerajaan untuk menubuhkan Majlis Perundingan Media (MPM) dalam mesyuarat rundingan pertama yang diadakan hari ini.

Seorang daripadanya, Datuk Nuraina Samad berkata beliau serta beberapa orang pengarang lain membantah cadangan berkenaan kerana ia dilihat sebagai satu lagi bentuk kawalan ke atas akhbar.

"Mereka kata ianya majlis perundingan tapi sebenarnya majlis ini hanyalah satu lagi bentuk kawalan," kata editor pengurusan dan penulis blog itu.

Sedangkan media hari ini sudah bergelut dengan dengan soal kredibiliti dan undang-undang sedia ada seperti Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, katanya ketika ditemui Malaysiakini selepas mesyuarat tersebut.

Beliau turut mempertikaikan mengapa pegawai kanan perdana menteri perlu hadir di majlis berkenaan sedangkan wakil media dalam talian tidak hadir.

Turut disuarakan dalam mesyuarat berkenaan ialah kegelisahan pengarang akhbar yang bimbang sekiranya cadangan penubuhan majlis berkenaan akan terus menjejaskan persepsi pembaca, katanya.

"Bagaimana majlis ini akan dapat membantu jualan akhbar?" soalnya.

Mesyuarat sulung itu dihadiri antara lainnya pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman, pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Meor Kamarul Shahid serta wakil pengarang dari akhbar berbahasa Cina - Kumpulan Sin Chew.

Lapor balik pada kerajaan

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh ketua setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf itu sepatutnya membariskan sekurang-kurangnya 80 orang pengarang kanan daripada organisasi media cetak dan elektronik, mengikut kertas cadangan yang dikemukakan kepada wakil media sebelum ini.

Kamaruddin juga mengakui, pertemuan yang diadakan hari ini merupakan satu "kegagalan" namun beliau gembira kerana pengarang berkenaan tetap menyuarakan pendapat mereka.

Jelasnya, kerajaan bercadang untuk menjalankan perbincangan secara berperingkat-peringkat dan mesyuarat hari ini melibatkan sebahagian besar pengamal media cetak.

"Selepas ini baru kita panggil media baru, tapi dengan media cetak pun sudah gagal... Saya lapor balik kepada kerajaanlah.

"Ini hanya untuk dapatkan maklum balas tapi saya mahu yakinkan bahawa majlis ini bukan untuk mengawal tapi hanya majlis rundingan. Ia tiada kuasa eksekutif," katanya lagi ketika ditemui Malaysiakini di majlis sama.

Jelasnya, idea untuk menubuhkan majlis media telah dibincangkan sejak tahun 1970-an namun sehingga kini tidak berhasil.

"Sebab itulah kita berharap dengan adanya mesyuarat ini, ia akan membuka jalan kepada penubuhan satu majlis media. Kita cuma mahu menolong, lain tak ada.

"Apa yang kita mahu, supaya (media) ada badan pengawal sendiri... Tapi buat masa ini ianya agak sukar. Tiada orang yang mengambil langkah pemula, jadi kita mahu ada perbincangan dahulu," katanya lagi. -mk

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah tiba masanya seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan status profesional bangkit menumbangkan UMNO/BN.

Bangkit dan tumbangkan UMNO/BN yang rakus dalam mencengkam kuasanya di tubuh-tubuh rakyat.

Bangkit dan tumbangkan UMNO/BN yang tidak menghargai dan lupa dari siapa mereka perolehi peluang untuk memerintah? Bukankah rakyat telah meminjamkan kepercayaan kepada mereka namun mereka alpa dan mula mendendami rakyat dengan pelbagai dakyah?

Bangkit dan tumbangkan UMNO/BN... sesungguhnya hanya dengan kesatuan rakyat sendiri yang akan menjadi penentu masa depan kita.

Bangkit dan tumbangkan UMNO/BN ... kerana tanpa mandat dari rakyat mereka bukan siapa-siapa.... hanya segolongan rakyat yang pernah lupa mandat yang pernah diberi untuk menjadikan peneraju kerajaan yang baik.

Tanpa Nama berkata...

Ya.. mari beramai-ramai..
Bangkit dan tumbangkan UMNO/BN..
Cerahkan Negara Malaysia dengan kuburkan UMNO/BN buat selama-lamanya.
Sirnakan cahaya harapan rakyat Malaysia menuju Malaysia Baru..
Yang Adil dan Berkebajikan.
Ayuh mari kita Bangkit dan Tumbangkan UMNO/BN dalam PRU-13 nanti.
InsyaAllah kita BERJAYA tumbangkan KEZALIMAN UMNO/BN.

cucukerinci berkata...

Rais yatim...contoh manusia kaki bodek nombor 1 malaysia.....sudahlah Rais , rakyat bukan semuanya boleh diperbodohkan oleh kamu yg siang malam guna RTM utk kepentingan diri kamu dan bini kamu......

Tanpa Nama berkata...

Nak tumbang kena BERSIHKAN SPR dulu kalau tidak setakat angan2 je

JAKA berkata...

SEKARANG MASA UTK :

DEDAHKAN PENGUNDI HANTU

DEDAHKAN PATI YG DIGUNA UTK UNDI BN

BANTAH KERAS/LANTANG BIOMETRIK

LAMBAKKAN LAPURAN PENGUNDI HANTU/KLON

BANTAH KERAS/LANTANG UNDI POS

...........

SEMUA DIATAS MESTI GEGARKAN NEGARA SEPANJANG MASA SEHINGGA PILIHANRAYA

Tanpa Nama berkata...

apa la punya bodo pak menteri sorang nie... tak abih2 buat keja bodo

Tanpa Nama berkata...

Biarkan Menteri-menteri yang ada sekarang ini mengorek kubur UMNO dan politik mereka.