13 Jul 2011

BERS✔H 2.0 : Hishamuddin & PDRM Nak Keluarkan Video Ala Video Seks Datuk T?

PDRM Rakam Sepanjang Perhimpunan Haram Berlangsung Sebagai Bukti - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai fakta dan bukti yang kukuh yang akan digunakan bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mensensasikan pelbagai isu yang berlaku dalam perhimpunan haram Sabtu lepas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tuduhan-tuduhan yang dilemparkan pihak tertentu melalui pelbagai saluran, termasuk media asing dan tempatan akan disiasat melalui rakaman yang diambil PDRM sepanjang perhimpunan itu berlangsung.

"Bilik operasi kita (PDRM) mempunyai rakaman semua yang berlaku pada Sabtu lepas. Jadi apa-apa yang telah pun didakwa atau dituduh oleh pihak-pihak tertentu, perkara ini akan disiasat dengan bukti yang kukuh," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, Isnin.

Beliau berkata semua rakaman berkenaan sedang diteliti oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan CyberSecurity Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

"PDRM tak ada perkara yang hendak disembunyikan. Apa sahaja yang ada dalam tangan kita, kita akan gunakan ia untuk menjawab segala tuduhan-tuduhan itu dan akan dipanjangkan kepada pihak Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

"Oleh itu, tindakan akan diambil sama ada terhadap pihak di dalam internet atau media-media asing atau media tempatan sekalipun yang membuat tuduhan yang tidak berasas.

"Sebab itulah pihak media khususnya media asing yang sekarang ini dengan semudah-mudahnya percaya dengan apa yang dikatakan oleh pihak tertentu, saya nak ingatkan pada mereka, bila fakta sebenar dikeluarkan nanti, mereka harus bertanggungjawab,"
katanya.

Hishammuddin berkata semua rakaman yang diambil dari mula hingga akhir perhimpunan itu berlangsung akan didedahkan bagi membuktikan kebenaran, termasuk dakwaan salah guna kuasa polis dalam menjalankan tugas dan fakta mengenai jumlah sebenar peserta perhimpunan itu.

"Ada dakwaan kata jumlah terlibat adalah seramai 50,000...30,000...padahal kita rasa tak mungkin sampai 10,000 pun. Bagaimanapun, kita akan umumkan berdasarkan fakta dan rakaman yang kita ada. Kita boleh buktikannya. Tunggulah bila kita umumkan nanti.

"Mengenai bila rakaman itu akan dikeluarkan, ia banyak bergantung kepada empat pihak iaitu SKMM, PDRM, CyberSecurity Malaysia, dan Peguam Negara, mungkin ia akan mengambil masa," katanya.

Beliau berkata tindakan juga tidak terkecuali kepada anggota dan pegawai PDRM sendiri sekiranya melakukan kesalahan undang-undang.

Hishammuddin berkata rakaman itu juga akan digunakan sebagai membuktikan layanan baik telah diberi kepada semua tahanan di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak di sini.

"Tuduhan bahawa mereka itu tidak dilayan dengan baik, akan dibuktikan melalui rakaman itu. Kita mendapat tahu, ramai yang ditahan di Pulapol, agak terkejut kerana persiapan yang lebih awal telah dilakukan bagi menjaga kebajikan mereka," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata PDRM jelas tidak 'memilih bulu' dalam mengambil tindakan ke atas beberapa individu yang melanggar undang-undang.

"Nak kata kita hanya menumpukan pada satu pihak sahaja, tidak, kerana jelas bahawa semua pihak yang melanggar undang-undang, tindakan telah diambil."

Katanya semua yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis dan Peguam Negara sedang meneliti beberapa kes tertentu bagi menentukan sama ada akan didakwa atau tidak.

"Sama ada di antara mereka akan didakwa mengikut Akta Darurat atau apa sahaja yang ada hubung kait dengan undang-undang, itu kena tanya pada pihak peguam negara kerana ia berada di dalam bidang kuasanya," katanya. - BERNAMA

Ulasan GB

Sudah banyak bukti bergambar dan video dikeluarkan secara spontan tanpa diedit sepanjang insiden Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 9 Julai 2011.

Kini PDRM dilaporkan akan mengeluarkan video versi mereka yang kononnya merupakan fakta sebenar apa yang berlaku.

Sehingga hari ini (11 Julai 2011) video PDRM belum dikeluarkan. Banyak sangat nak diedit agaknya untuk menunjukkan polis bertindak betul sekalipun seluruh dunia mengetahui polislah yang menyebabkan semua kejaidan kekacauan dan huru hara di perhimpunan aman BERSIH.

Siapa percaya video PDRM yang mengambil masa berhari-hari untuk dikeluarkan?

Apakah ia perlu dihantar ke Thailand?

Apakah ia perlu pengeditan yang begitu banyak supaya hanya yang cantik-cantik dan baik-baik saja mengenai polis yang akan disiarkan?

Dan seperkara lagi, Hishamuddin, Menteri KDN memberi amaran:

"Oleh itu, tindakan akan diambil sama ada terhadap pihak di dalam internet atau media-media asing atau media tempatan sekalipun yang membuat tuduhan yang tidak berasas.

"Sebab itulah pihak media khususnya media asing yang sekarang ini dengan semudah-mudahnya percaya dengan apa yang dikatakan oleh pihak tertentu, saya nak ingatkan pada mereka, bila fakta sebenar dikeluarkan nanti, mereka harus bertanggungjawab,"


Kita cabar Hishamuddin ambil tindakan ke atas PBB yang menyatakan kerajaan Malaysia memperlekehkan demokrasi dan juga Amnesty Internation yang mendesak Britain memberi tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menghalang Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu lalu.

Ada berani?

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PONDAN NIE TAK MAMPU MENJADI MENTERI ..... KEBUDAK-KEBUDAKAN ...

horahora berkata...

hisham positive syndrome enlarged ego

Tanpa Nama berkata...

mana ada orang nak ambil gambar yang tak baik dari keluarga sendiri, tentulah ambil yang baik aje, cuma orang lain aje yang mampu ambil gambar yang tak baik dari keluarga kita, oleh itu jangan lah nak menegakkan benang basah, dah ada banyak bukti dah mengaku aje lah daripada mendapat malu di kemudian hari.

dantrat berkata...

depa nie sangap sangat ke?x habis2 seks

TERBAIK SAAT INI!!:
CONTEST!!PERLUMBAAN MALAM!!
VIDEO PEMBONGKARAN CINCIN RM24.5 JUTA ROSMAH!!

Tanpa Nama berkata...

"padahal kita rasa tak mungkin sampai 10,000 pun."..jangan rasa...KIRA!!!

Lang berkata...

hehehe... yg tendang tu bukan polis... dia adalah pendemonstran yg menyamar memakai baju polis...

begitu juga... yang pakai topi merah dan berkelengkapan perisai dan gas pemedih mata itu pon adalah orang2 bersih yg telah merampas pakaian dan peralatan polis 2 hari sebelum 9 julai... pakaian dan peralatan itu telah disorok di kl sentral, dataran merdeka dan beberapa lokasi sekitar kl...

pihak polis hanya berkawal di pulapol... lihat bagaimana baiknya polis2 memberi layanan di pulapol...

pdrm menafikan sekeras2nya tindakan kaar tersebut dilakukan oleh polis... ianya kerja dalang.

Schuk berkata...

kahkahkah... pdrm mmg baik, sampai mat sabu hampir mati la kna langgar kereta.... rupa2nya, yg langgar tu anggota polis jugak... kahkahkah... tahniah!

bg gua bkn semua polis jahat cuma arahan pihak atasan ja yg jd pencacai BN... terima kasih pd pihak polis (yg dr kedah tu) yg sanggup papah mat sabu.

Tanpa Nama berkata...

Video warna ke itam/putih?

Tanpa Nama berkata...

nilah kita ada menteri dalam negeri aja! tetapi ia lupa akan balasan di akhirat nanti.

Tanpa Nama berkata...

pendudk memali dan seluruh rakyat malaysia tidak pernah lupa dengan rusuhan polis keatas penduduk memali akibatnya seramai 17 penduduk memali syahid dan ramai yang cedera dan selepas tragidi pehak berkuasa telah mengeluarkan kertas putih tragidi tersebut yang memehak kepada pencerobahan polis keatas memali begitulah dalam kes himpunan bersih yang berahir dengan salah seorang awam telah menjadi mangsa dan ramai yang cedera atas kekasaran polis, pehak berkuasa akan mengeluarkan vidio yang diedit supaya penuntun keliru dengan apa yang berlaku semuga tidak semudah yang mereka sangka untok menipu rakyat malaysia sepertimana mereka menipu rakyat dalam kes tragidi memali dulu.

Tanpa Nama berkata...

Lang...
Ngko mmg terbaek punyer...
Aku dah cakap, tu semua palsu punyer video. Geng baju merah tu pun Geng Bersih gak. Diaorang tempah kat kedai. Bom asap yg masuk kat dalam spital tu plak, Geng Bersih yg ambil dan lontar masuk dlm spital. Polis tak buat apa2 pun. Diaorang memantau dari IPD jer guna video. Yg dok kawal2 tu bebudak PLKN. Tu yg 'gigih' semacam jer. Helikopter tu plak tgh buat laporan lalulintas ( HOT FM ngan kuad Perodua Era ). Ngkorang ada dengar tak laporan lalulintas kat dlm Era ngan Hot.
Mana2 video yg dlm simpanan korang tu semuanya palsu2 belaka sbb Trio Dato T kata yg mereka shj yg asli kat M'sia ni.
Mana ada polis tendang orang..tu clip video dari "KL GANGSTER".
Pendek kata, polis M'sia mmg terbaek.
Aku habis idea dah nak tulis ni. Aku pun tak pasti tulisan aku ni asli ker palsu. Ntah2 aku pun palsu. Nanti aku jumper Dato T, aku nak tanya diaorang lah.

Tanpa Nama berkata...

tak abis2 fitnah... video polis sembur gas dan air dan mamat patah kaki aku tgk pd 9 julai 5 ptg... aku dok sg petani xdpt pi perhimpunan itu dok tgk ternet la... pagi tu aku p pantai merdeka blk letih aku tido, dlm kul 3 aku terjg dan aku terdgr abg aku berckp pd abah aku "Hadi awang kena tggap pd 12.45 dan mahfuz dan mat sabu kn tangap awai lg", abg aku tgh layari ternet... cpt ja berita dan video bersih 2.0 upload dlm ternet knp video dan cerita polis yg HIshamudin meteri keris ni lmbt sngt? nak edit bg cun-cun dulu ka br nak post?... blh baca la sapa yg nak canang fitnah.