4 Jul 2011

BERSIH 2.0: Apa Kata Kita Ke Stadium Shah Alam?

Titah Agung: PAS mesyuarat khas tengahari ini

KUALA LUMPUR, 4 Julai: Lajnah Politik PAS iaitu lajnah atau biro paling berkuasa dalam PAS akan mengadakan mesyuarat khas tengahari ini bagi membincangkan titah Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang dikeluarkan lewat petang semalam.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, beliau telah berbincang dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebaik sahaja mengetahui titah itu lewat petang semalam.

Datuk Mustafa pula difahamkan telah menemui Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam tadi bagi membincangkan isu yang sama di samping lain-lain hal parti.

Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana serta menyelesaikan masalah dengan rundingan.

Titah ini dikeluarkan baginda enam hari menjelang perhimpunan Bersih 9 Julai ini dengan kira-kira 100 orang sudah ditangkap kerana dikaitkan dengan perhimpunan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara pula telah mengeluarkan kenyataan pintu rundingan sudah ditutup dan akan menahan pihak yang terlibat dengan perhimpunan ini.

Menurut Tuanku Mizan, baginda mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

"Saya rasa sidang media akan diadakan selepas itu bagi menyatakan pendirian PAS berkaitan dengan isu ini," kata Salahudin kepada Harakahdaily.

Mesyuarat akan diadakan jam 11 pagi manakala sidang media dijangka akan diadakan kira-kira jam 12.30 tengahari. -HD

Ulasan GB

Oleh kerana sudah ada titah Agong mengenai perhimpunan BERSIH 2.0 ini, maka GB berpendapat bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 tidaklah wajar dibatalkan lantarannya, tetapi diteruskan dengan diubah perancangannya supaya diadakan di Dewan/ Stadium.

Ia adalah bagi mempastikan tuntutan BERSIH 2.0 tetap berjalan, dalam masa yang sama menghormati dan menjunjung tinggi titah Yang Dipertuan Agong.

Ia juga untuk mengelakkan provokasi yang telah dirancang oleh UMNO dan PERKASA.


Dan kita akan buktikan jumlah yang hadir benar-benar boleh mencecah 1 juta orang, bukan macam Himpunan Belia Najib yang 5,000 dikatanya 1 juta.

Dan jika kita berhimpun di stadium, dengan sendirinya tiada lagi tangkapan gila, sekatan dan penahanan yang disebabkan baju BERSIH.

Kita tidak berundur, tetapi kita ingin menutup pintu fitnah menyatakan kita hendak tumbangkan kerajaan melalui jalanraya bukan pilihanraya.

Fikir-fikirkanlah..

31 ulasan:

AHA berkata...

Kalau di stadium, baik buat consert. Saper yang tahu akan hati rakyat susah...Di Malaysia ajer yang buat demo d stadium...kenapa sekarang baru nak ubah? Semua dah nak berarak.. tapi kalau di stadium..buat sendiri laaa.

zat berkata...

saya setuju !!

PM hari ni pun dh kecut telor lepas dgr titah Tuanku...dia bagi green light buat himpunan kat stadium.

hairan berkata...

sokongggggggg !!!

mangkuk2 hayun perkosa, umno, putra putri umno dlll tuh saje nak buat darurat... nanti leh isa atau daruratkan pembangkang dengan alasan keselamatan. Biasa la dah boleh baca tujuan mangkuk2 hayun tuh semua. Najib pun kata leh wat kat stadium, kita buat mcm pesta... leh tgk nnti najib cancel gak sbb ketar teloq hahahahaha

mcm la dlm al Quran kata umno aje boleh perintah malaysia... apa la!!!

Tanpa Nama berkata...

setuju kalau Agong sanggup mencemar duli menerima memorandum BERSIH di stadium tersebut!

Tanpa Nama berkata...

bersemangat betul AHA di atas, x mahu ke stadium nak jalanraya jugak.

Berjuang jgn pakai nafsu dan semangat semata-mata tetapi kena pakai otak jugak.

Macamana kamu nak pergi ke SOGO dan lain-lain tempat perhimpunan sedang semua jalan ke sana di tutup?

Jadi saya setuju dgn pendapat GB, kita penuhkan setiap inci stadium shah alam....

Tanpa Nama berkata...

Stadium Okay pa. Jangan ada pula sekatan di stadium pulak. Memo boleh bawa ke istana oleh pemimpim dgn kereta. Mari penuh stadium dan juga distadium dinegeri pakatan . Boleh niaga beb kat stadium. Jamgan lupa beli baju raya sekali......

Tanpa Nama berkata...

idea bernas GB.

sebab di jalanraya, sudah pasti geng2 malaun akan wat huru-hara siap berjanji utk tumpahkan darah.

kita bukan bodoh. mereka bersilat kita bersilat jugak. kita ke stadium, hah lansung depa x le wat apa-apa.

Tanpa Nama berkata...

UMNO dan PERKASA tak buat di stadium pun, tak kan kita nak diperbodohkan oleh UG yang masih ada dalam PAS

Tanpa Nama berkata...

sebelum ni pun dah di arah buat dalam stadium, jangan jadi barua UMNO, jom himpun ramai-ramai

Tanpa Nama berkata...

buat setiap hari macam dimesir di semua stadium di malaysia, baru nampak PAS makin berani

Tanpa Nama berkata...

saya turut sokong, drp x dpt berhimpun dan batal, kita pindah ke stadium.

skrg2nya peniaga2 kat jln tar dan sogo ternganga, peniaga pr di stadium yg untung besar.

kita nak tunjukkan handle hal ini dgn baik supaya tidak dijadikan bahan cemuhan rakyat jika berlaku kekecohan yg dirancangkan oleh umno, perkasa, pesilat malah mungkin polis juga.

Tanpa Nama berkata...

kita buat di stadium dengan syarat Yang Di pertuan Agung juga datang terima memo di stadium, amacam?

Tanpa Nama berkata...

anon 2:18

botak kau nak himpun ramai-ramai. macamana nak berhimpun sdgkan jalan semua kena tutup?d

an dah ramai kini ditahan....?

berhimpun kat belakang rumah ko?

Tanpa Nama berkata...

Agong dah bagi titah kita janganlah menderhaka sbb memo pun memang nak hantar kepadanya.Kalau kat stadium kita turun ramai2 pakai la baju bersih biar sampai melimpah2 kat stadium umporno dan perkosa jangan kacau polis pulak bagi kerjasama..

Tanpa Nama berkata...

memang betol, jalan akan ditutup drp 8 hb lagi, drp Trengganu yg janji nak hantar 50K, 50 shj yg akan sampai. begitulah dari negeri2 lain... last-last cuma 300-400 org saja.

so, jika kita beralih ke stadium, semua masih berpeluang utk hadir.

for_pr berkata...

Ambiga kata bersih sedia batalkan perhimpunan sabtu ini. drp dibatalkan lbh baik ikut ckp gb, kita berkumpul di stadium. semua rakyat buka mata lautan kuning memenuhinya.

Tanpa Nama berkata...

Walau apa sekalipun, perhimpunan BERSIH wajib di adakan pada 9 hb nanti. Masalah tempat janganlah dipertikaikan. Kita ikut sahaja saranan ketua. Inilah masanya kita perlu walaq dan taat kepada saranan dan arahan.

Dalam hal perjuangan hanya perlu ada ketua dan pengikut wajib patuh... demi satu perjuangan.. BERSIH DAN ADIL..

Tanpa Nama berkata...

anon 2:49

betullah kita ikut ketua, tapi takkan GB bagi cadangan pun x boleh.

ketua bukan tahu semua.

alangkan nabi mohd terima saranan salman al-farisi dalam membina parit sekeliling kota sebelum berlakunya perang khandak sehingga Islam berjaya mengalahkan musuh ketika itu.

apalah jumud sgt pemikiran...

Tanpa Nama berkata...

Aku sokong kat staduim, yg jauh2 tu bole berkemah.. yg Islam pagi2 tu solat subuh ramai2.

Ada le hikmahnya tu. Niat, usaha semua dah buat. Tapi jgn lupa, lepas perhimpunan, stadium mesti BERSIH !!!

Kita dengar pulak lepas ni apa komen depa..

sokong BERSIH

Tanpa Nama berkata...

betullll
aku sokong gak
lepas ni x der ler kena tahan sebab pakai baju BERSIH sebab perhimpunan BERSIH dah halal.

polis kena pulangkan balik semua baju2 bersih yg dirampas.

Tanpa Nama berkata...

lg baik kalo ramai-ramai g SPR kat Putrajaya..wat komplem ramai ramai penipuan SPR ..dpt 5OK dtg serentak pon dah ckp.. .

Tanpa Nama berkata...

saya turut bersetuju dengan idea gb.

tapi saya ragu bersih dan pimpinan pas akan terima atau tidak.

tup tup dengar tadi ambiga sedia jumpa agong utk batalkan perhimpunan.

... pimpinan pas pulak mana ada baca tulisan blogger selama ini. depa bertenggek nak menang ajer adalah...

bak kata sahabat di atas, susah nak cari pimpinan yg sifatnya merendah diri seperti Rasulullah yg terima idea Salman Al-Farisi....

hetr berkata...

cadangan buat kat stadium awal2 lagi dah dicadangkan oleh kerajaan BN.. tapi masa tu semua orang tolak mentah2, termasuklah idola GB, Mat Sabu.. tapi sekarang ni GB pula yang mencadangkan dibuat di stadium, maka cadangan ini pun dianggap bernas..

Tanpa Nama berkata...

SALAM BERSIH..
ALHAMDULILLAH... MOGA PERHIMPUNAN YANG AKAN DIADAKAN NANTI SEMEMANGNYA BERSIH DARI SEGALA RANCANGAN JAHAT DARI RAKYAT MALAYSIA YANG BERHATI JAHAT...
TERIMA KASIH KEPADA YANG DI PERTUAN AGONG ATAS PANDANGAN DAN CADANGAN TUANKU..PATIK RAKYAT TUANKU SENTIASA BERSAMA TUANKU..DAULAT TUANKU..DAULAT TUANKU..DAULAT TUANKU...
****** PERHATIAN KEPADA ANON 2:49 KALAU NAK EJA NAMA RASULULLAH S.A.W BIAR LA BETUL.... BUKAN MACAM TU EJA NAMA RASULULLAH S.A.W..*****

**** PERHATIAN ******
JANGAN DIIKUT KATA-KATA HASUTAN YANG MAHU KAN PERHIMPUNAN DI ADAKAN DI JALAN RAYA... INSYA'ALLAH YANG DIPERTUAN AGONG AKAN MENCEMAR DULI UNTUK MENERIMA MEMORANDUM BERSIH..
KALAU BUAT DIJALANAN BERMAKNA KITA TELAH MENDERHAKA KEPADA YANG DIPERTUAN AGONG..

Tanpa Nama berkata...

hetr said...

cadangan buat kat stadium awal2 lagi dah dicadangkan oleh kerajaan BN.. tapi masa tu semua orang tolak mentah2, termasuklah idola GB, Mat Sabu.. tapi sekarang ni GB pula yang mencadangkan dibuat di stadium, maka cadangan ini pun dianggap bernas..

Setahu saya GB cadangkan buat kat stadium SELEPAS titah Agong, bukan kerana saranan BN ...bodoh betol lah....

Tanpa Nama berkata...

kita boleh derhaka pada manusia, jangan sekali-kali derhaka kepada allah, nauzubillah

Tanpa Nama berkata...

kalau pemerintah zalaim dan menindas rakyat macam UMNO tak perlu taat, hanya bantu melyu UMNO, tapi tindas majoriti melayu dan umat islam

Tanpa Nama berkata...

kami sokong BERSIH 2 kami sokong BERSIH 2 kami sokong BERSIH 2

Unknown berkata...

Sokong.. berjuang perlu berhemah.. kita pakat turun ramai2 di stadium.. moga YDPA dpt turun terima memorandum tersebut..

Tanpa Nama berkata...

Setuju sangat , himpunan bersih tetap diteruskan , di stadium shah alam atau di tempat yang boleh memuatkan lebih 1 juta orang , dapat dihimpunkan dengan aman. Tetap dengan baju bersih dan dikawal oleh pihak polis yang bertanggungjawab. Dan YPD Agung juga sebagai VVIP pada himpunan tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Kena apa Sallahuddin Ayub nak berbincang dengan Stopa Ali pulak bukan dengan Mat Sabu? Mat Sabu tu Tim.Presiden dan Tim.Pengerusi Bersih.Siapa Stopa Ali? Sisa peninggalan puak UG aje.